Tag Archive | tempat mandi manda di Kuala Lumpur

BerPiknik @ Desa Waterpark

Ammi kalau time-time cuti memang panas punggung… nak merayap tak tentu hala nanti kena maki pulak dengan mak kan… dan kebetulan masa hari tu… Abang dan Kakak Ammi nak pergi berpiknik-piknik kat Desa Waterpark…so menebalkan muka nak ikut lerr…

ok ini sedikit info pasal Desa Waterpark…  tempat ni terletak di area Sg Besi…

Masa Beroperasi :

isnin – jumaat

(12pm to 6pm)

sabtu, ahad, public holiday

(10am to 6pm)

Yuran / Fees :

dewasa

(RM20)

kanak-kanak

(RM14)

*kanak-kanak bawah 2.5ft.. masuk percuma..

*makanan dari luar tak dibenarkan bawak masuk

Bergegas nak beli tiket masa ni… macam orang ramai jerr. padahal kosong je kat kaunter tiket tu… actually kitaorang  dah sampai lambat kat sini.. tu la motif kalut tu…

Ni dia muka muka excited nak pergi berkubang… ni semua anak saudara kesayangan Ammi…

korang boleh tengok sendiri harga masuk kat gambar ni… kalau tak jelas tu harap maaf la ekk…

tapi awas!!!! korang tak boleh makan nasi lemak.. tak boleh masak burger… tak boleh gorang mee… tak dibenarkan makan sepotong pizza… tak boleh bawak masuk botol-botol air yang buruk… tak boleh bawak masuk gelas yang ada air…

* sila abaikan pernyataan di atas~~

kalau sesat cari map supaya korang boleh kembali ke jalan yang lurus dan diredhoi…

sapu lotion sun block tebal tebal macam abg & anak buah Ammi di atas…supaya tak hitam.. tak kuasa aku nak lotion-lotion bagai…

suka hati korang jugak kalau nak bawak pelampung sendiri…

kalau nak best lagi.. sewa la pelampung kat sini.. harga sewa Ammi tak ingat

ok dah ready-ready nak terjun… sedih.. muka Ammi jugak tak dak dalam entry ni..

antara game yang susah nak lepas… Ammi tak lepas pun..

laut buatan… laut ke??? heheheh… kat sini best time ombak besar dia sampai…

begitu girangnyer anak-anak buah Ammi main… sampai terhantuk kepala kat gelongsor tu… memang sedap secukup rasa~~

kat sini ada disediakan.. loker, bilik salin pakaian, bilik mandi, tandas dan tempat nak solat…  agak selesa nak beriadah hujung minggu..

overall tempat ni ok la.. kawasan dia tak de la sebesar mana pun… kecik je.. tapi kalau siapa-siapa panas punggung hujung minggu tu boleh la  nak pergi santai-santai kat Desa Waterpark ni…

Ammi pelik la.. kenapa hampir semua staff kat situ indian ek… maybe owner dia indian kot… hukhuk..

*  Ammi nak komen sikit la pasal Desa Waterpark ni…kalau jual makanan jangan la terlalu mahal.. kesian kepada pengunjung-pengunjung yang kurang berkemampuan…  beri mereka sedikit peluang untuk merasai keronokan bersama keluarga…

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.