Tag Archive | tempat menarik di pahang

Taman Negara

Sebenarnya dah lama plan nak pergi Taman Negara ni… asyik tak jadi jer.. memang teringin sangat nak pergi sana.. tiba-tiba Faculty of Foundation di tempat saya bekerja nak buat trip ke Taman Negara Pahang.. dan kebetulan depa nak guna staff sebagai pemantau pelajar…

Alhamdulillah.. semua staff lelaki lab department kena pergi.. termasuk la saya… memang best la.. rezeki datang bergolek.. satu sen pun tak keluar…

anyway.. Taman Negara di daerah Kuala lipis Pahang ada 4 pintu masuk… jarak antara pintu masak ni makan masa berjam-jam… jadi pemilihan pintu masuk kena pilih dengan tepat… kalau tak nanti sesat….

jadi laluan kami semua adalah pintu masuk di Taman Negara Merapuh.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam….

P1040166masa ni keadaan masih happy.. girang gembira melihat sign board Bentong tu…

P1040174

P1040176

tiba-tiba.. hati salah sorang staff pengiring mula rasa ada yang tak kena dengan laluan yg kami lalu sekarang ni… tapi just positive… perjalanan diteruskan…

tak lama selepas tu kami sesat… saya positive lagi maybe sebab driver bus tu tak pernah ke Taman Negara.. dan memang tepat sangkaan ku…

asalnya.. semasa di bulatan jalan di Kuala Lipis, salah seorang staff menyuruh driver bus masuk jalan ke laluan jam12… tapi driver bus tu masuk ke laluan jam 3…  the driver bus said…”ooo!! tak per.. ada banyak jalan boleh sampai Taman Negara”.. kami yang bengong ni pun percaya la bulat-bulat…

setelah lapan jam berlalu.. sampai la kami di Taman Negara….. tiba-tiba… kawan saya kata.. “Ni bukan Taman Negara yang kita nak pergi..ni Taman Negara Kuala Tahan… yang kita nak pergi Taman Negara Merapuh…”… saya yang mula-mula kegirangan ofcourse la terdiam… terus tak jadi nak seronok… rupa-rupanya memang betul… kami semua salah pintu masuk ke Taman Negara… haddooiiiii!!!!!

terpaksa la patah balik… perut dah lapar…. dalam perjalanan patah balik kami berhenti makan dulu di salah sebuah warung tepi jalan…. nampak macam biasa-biasa jer jer warung makan tu… tapi rasa masakan dia memang terbaik….  memang rezeki kedai tu la.. yer la hampir 50 orang sekali makan kat kedai dia… untung besar tu….

P1040178 P1040182

 

semua tengah fokus makan.. sedap la katakan… ditambah dengan perut memang dah kebulor… anyway… murah jer harga total semua… RM200… murahkan… ~~ (n_n)

 

P1040184

 

lepas makan.. bus kami turun semula berdekatan dengan bulatan di Kuala Lipis… berhenti tepi station minyak.. tunggu ketua program datang jemput kami iring ke Merapuh… dan Alhamdulillah.. selepas 13 jam perjalanan, sampai la kami di Taman Negara Merapuh, Pahang…

P1040188sampai jer… terus masuk chalet.. ingatkan chalet dia biasa-biasa jer.. sebab siapa saya bawak sleeping beg lagi.. rupa-rupanya… bilik dia lebih dari selesa.. ada katil queen 2 bijik.. ada kipas dan aircond… toilet pun cantik dan kemas… memang sedap la landing….

lepas dah rehat-rehat… kami bersiap-siap nak buat aktiviti Night Walk.. nak dengar bunyi nature dari hutan yang masih virgin….

P1040211

 

dah berkumpul dengan kumpulan masing-masing.. nak follow ranger masuk hutan..

lepas aktiviti selesai jer.. malam tu mata memang dah tak larat dah.. 13 jam dalam bus.. memang sakit satu badan.. tapi kami staff staff pengiring tetap membuat aktiviti… kami ke Gua Musang… semata-mata nak makan malam… hahaha.. gila kan.. tapi Gua Musang dengan Merapuh sangat dekat…

selesai berjimba-jimba… balik chalet terus pengsan.. macam-macam bunyi ada….. hehe..

 

P1040217

 

lagi satu.. kalau korang berada di Taman Negara ni… line telefon memang tak ada..kecuali kalau korang ke papan pacak macam dalam gambar kat atas ni.. baru boleh dapat line… tu pun nyawa-nyawa ikan jer… mamat 2 orang dalam gambar ni sibuk nak call isteri… so depa ni dah tak available lagi la yer..

 

P1040218sempat lagi bergambar malam-malam buta ni… masa ni sunyi sepi.. tak ada siapa pun kat kawasan ni…

P1040222

 

lepas solat subuh.. kami diberi makanan rohaniah sedikit oleh abang Mus kita… bagus budak-budak ni.. time solat tak payah nak jerit-jerit panggil.. pergi surau jer dah berkumpul dah mereka-mereka ni… yer la.. bakal-bakal doktor dan pharmacist la katakan…

P1040271

 

riadah pagi yang dikelolakan oleh abang Mus lagi.. hebat orangnyer…. lepas breakfast.. kami bersiap-siap untuk aktiviti seterusnya…. jungle tracking dan tubing….

P1040330

 

perjalan bermula….

S1330008

 

para pelajar didedahkan dengan ilmu herbalogy… tongkat ali pun ada tau.. jangan main-main.. penerangan disampaikan oleh En.Mahathir… pakar dalam herba..

S1340006

 

perjalanan hampir tamat…

S1340012

 

akhirnya sampai ke penghujung track… perjalanan tak la mencabar.. sangat sesuai untuk semua jenis saiz…

S1340014

 

sampai ke chalet semua orang rehat sambil check kaki kot kot ada pacat….

S1340029

 

dah hasilnya.. memang ramai pun yang kena pacat…

S1340041 S1340043 S1340101

 

kami ke dewan utama di Taman Negara untuk majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada rangers..

S1340122

 

sesi bergambar… berakhirlah sudah aktiviti “Back to Nature” di Taman Negara Merapuh, Pahang…

p/s : gambar tubing tak ada.. sebab saya tak join tubing..

 

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.