Archive | September 2009

Raya Ammi 2009

Jom jalan-jalan….?  ermmm, raya Ammi tahun ni tak de la meriah sangat.. biasa saje… yang menariknya tahun ni semua adik beradik Ammi balik beraya di rumah Ayahanda & Bonda Ammi… so Ammi rasa seronok la sikit.. Raya pertama & kedua tak gi mana pun.. duk rumah je.. hukhuk.. bosannn!!! masa raya ke 3 baru laa Ammi gi beraya umah sedara..

Ammi gi melawat sedara-sedara Ammi yang ada kat Negeri Sembilan.. satunya kat Kuala Pilah & satu lagi kat Senaling.. tujuan utama Ammi gi sana adalah sebab “makan”… hehe…

ammi

Setelah beberapa tahun Ammi tak tukar baju raya..Tahun ni Ammi beli baju raya sebab tahun ni Ammi semangat skit beraya sebab semua orang tersayang ada di samping Ammi.. seronok seronok..

wawa & Ammifiti & wawi

Antara picture yang Ammi suka tengok.. budak kecik dua orang yang baju sedondon tu anak buah Ammi.. muka masing-masing dah kekenyangan macam tu la rupanyerrr…

pilahentrance

Rumah macam muzium ni ialah rumah sedara Ammi yang tinggal kat Kuala Pilah, Seremban… rumah agak besar, selesa & yang paling penting sejuk..

Senaling

Yang Ammi terpacak kat tengah-tengah matahari menegak (gigih tau) ni pulak umah sedara Ammi yang kat Senaling… rumah ni yang paling Ammi excited sangat nak gi sebab dia punya masakan memang waallahh.. sedap…

menu

Antara lauk-lauk yang sempat Ammi ambik…ada Sayur Kacang Buncis, Ikan Masak Sambal, Kerabu Mangga, Perut & Daging Salai Masak lemak Cili Api..

daging salai

p/s : wajib cuba kalau ada di Negeri Smbilan

Daging Salai masak Lomak Cili Api.. lauk ni memang special kat Negei Sembilan…  yang menariknya.. daging ni akan di salai atas bara api terlebih dahulu.. kemudia direbus seupaya daging dia empuk.. nyam nyam.. kemudian baru dimasak mengikut tradisi kampung..

Kerabu Mangga

Menu kedua yang terbaik dari ladang…. Kerabu Mangga.. nampak macam biasa.. tapi rasa dia perrrggghhhhhh… memang habis sepinggan… Kerabu Mangga ni ada rasa masam, manis & pedas…huhu..  sedap woooo…

Lepas beraya kat Senaling.. Ammi tak melepaskan peluang melawat Istana Seri Menanti yang dekat je dari rumah kat Senaling tu… Nak tengok ? tungguuuuuuu……..

To Be Con’t….

Advertisements