RUMAH WARGA EMAS AL-IKHLAS

Dah lama lama Ammi impikan nak pergi melawat rumah warga emas… dan akhirnya impian jadi kenyataan.  baru-baru ni Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ditempat Ammi study buat satu program amal. Ahli-ahli jawatankuasa serta peserta-peserta sukarelawan dialu-alukan untuk memeriahkan lagi program amal ni.. Rumah amal yang terpilih tu adalah “Rumah Orang Tua Al-Ikhlas” di Puchong.. warga-warga emas ni ditempatkan disebuah masjid yang dah diubah suai. Kawasan Masjid ni tersosrok sikit. tapi betul-betul ada kat sebelah jalan besar

Alamat :

Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
lot 3530 jln besar bt 9 kg pulau meranti puchong.

Phone :

016 – 6786374

Ammi at Al-Ikhlas

on the way

Gambar ni masa on the way nak pergi ke rumah orang tua Al-Ikhlas, Puchong. Bus yang Ammi naik tu ikut jalan Highway Seri Kembangan. Perjalanan tak lama pun.. dalam 45 minit dari Ampang Point. so tak sempat la nak rasa kebas-kebas punggung tu.

Taklimat oleh Mak

Sebelum Ammi and the geng di lepaskan bersama atuk-atuk dan nenek-nenek di sana, ada la sedikit taklimat yang disampaikan oleh pemilik Al-Ikhlas. nama dia Ammi tak ingat tapi pemilik tempat tu menggelarkan dirinya sebagai “Mak”.. it’s a very pleasant nickname indeed. banyak perkara yang perlu kami jaga. antaranya hal-hal sensitiviti warga-warga Al-Ikhlas.

ramah mesra

ramah mesra

Kami mulakan sesi pertama dengan beramah mesra bersama dengan warga Al-Ikhlas. sayu juga la hati ni bila lihat keadaan mereka. ada yang happy, ada yang hanya habiskan sisa hidup di katil sahaja.

senaman

senam

sedikit aktiviti kami adakan iaitu senaman Gelak geli… senaman ni semata-mata untuk hiburan mereka sahaja. takkan nak buat POCO-POCO pulak kan… !!!

Lunch

lunch

Dah letih ketawa so time lunch la pulak. Kami semua diberi peluang untuk menyuap nenek-nenek dan atuk-atuk makan tengahari.. Ammi dan beberapa kawan yang lain tak berpeluang nak menyuap sebab kami ditugaskan sebagai AJK technician dan AJK photographer so banyak keje nak kena siapkan sebeluam next slot dijalankan.

BP test

BP test

After lunch hour, warga Al-Ikhlas berehat sekejap untuk solat Zohor. Sebelum solat tu, pelajar-pelajar Makmal perubatan mengambil kesempatan melakukan ujian Blood Presure Test (BP test) dan memberi nasihat mengenai kesihatan badan.

Fara fauzana

Kami mengembalikan kembali nostalgia lama kepada warga tua Al-Ikhlas dengan tanyangan filem P.Ramle yang bertajuk “Tiga Abdul”..  Program kami pada hari tu bergabung dengan program TV 3 bersama Fara Fauzana dan Fan Club memeriahkan lagi program ini.

Untitled-1

Sebelum pulang, sedikit cenderahati diberikan kepada Pihak Al-Ikhlas dan sempat mengambil gambar kenangan. Sebelum balik, kami sempat bersalaman dengan warga Al-Ikhlas. Hati Ammi tersentak sekejap dan hampir menangis apabila melihat beberapa orang ahli warga Al-Ikhlas menangis teresak-esak melihat kami pulang. kalau kawan-kawan ada masa, lawat la mereka di sana. Kongsi la kegembiraan bersama mereka insyaalah jiwa anda juga akan bahagia.

Tags: , , ,

56 responses to “RUMAH WARGA EMAS AL-IKHLAS”

  1. Abah says :

    jeles ni bergambar ngan FaFau!

    • Ammi says :

      Ok la tu.. bukan senang nak bergambar ngan artis ekarang busy la katakan.. kebetulan je tu program ammi and Fara fauzana berlangsung pada hari yang sama..

  2. rozita ahmad says :

    Salam

    Boleh saya tahu lokasi sebenar rumah nie.. kalau ada no telefon lagi ok..

    • Ammi says :

      Ammi mintak maaf sangat2 cuz Ammi tak tau alamat penuh tempat tu.. tapi tempat tu di area puchong… ikut highway sri kembangan.. dari KL dalam 40 minit macam tu je.. dekat saje…

  3. Pn Siti Mariam says :

    Saya dan pelajar2 ting 5 dari sebuah sekolah menengah di Klang akan membuat program khidmat masyarakat utk pel. sivik pd 31 julai ini. InsyaAllah.

    • Ammi says :

      bagus la… semoga khidmat program masyarakat yh akan diadakan akan medapat berkat.. warga2 emas kat sana memang perlukan perhatian kita semua… masa kat sana tu hati ammi sedih tengok keadaan diorang…

  4. Wani says :

    salam,
    Bleh bagi alamat rumah orang tua al-ikhlas..email pd sy.

    • Ammi says :

      Sorry sangat2 wani bcuz ammi tak tau la alamt sebenar tempat tu… sebab masa ammi pergi ni under Kolej PTPL so pihak sana yg uruskan averything.. but why not u try search in internet

  5. Wani says :

    sy dah try search, tapi xdapat la…call tanya directori pun diaorg xde rekod tuh…

    • Ammi says :

      macam ni la wani.. ammi try tanya pihak koleh PTPL kalau2 diorang taukan.. bila nak pergi umah al-ikhlas tu??

  6. Bear says :

    Ni alamat rumah orang tua tu, harap2 dapat membantu

    Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
    34, Jalan 6/23,
    Taman Putra Perdana,
    Puchong,
    Selangor.

    Phone : 03-83195094 OR 013-3106136

  7. linda says :

    salam..agak2 kalau dr jelebu,negeri sembilan nk ke rumah al-ikhlas tu amek mase brape lame ye?

  8. Bear says :

    Basically kan Linda… meh saye tolong jawabkan.

    Ermm Puchong tu bersebelahan dengan Cyberjaya…

    So, kalao dari Jelebu tu agak jauh tu nak ke Pahang kan.. Erm…rasanya cam lebih kurang 3 jam 1/2..

    Harap dapat membantu.

    Ammi, belanje bear cepat.

    • Ammi says :

      thanx tolong jawabkan… ammi ni buzy sikit… terima kasih ada orng membantu.. ok ok.. ammi belanja buka puasa kat hulu langat…

  9. Bear says :

    Orait settttt (Sambil pikir nak makan ape…)

  10. shima says :

    salam.. Saya shima dari ukm.. boleh saya dapatkan full address rumah warga emas al-ikhlas ini? harap dapat membantu..terima kasih

    • Ammi says :

      Ni alamat rumah orang tua tu, harap2 dapat membantu

      Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
      34, Jalan 6/23,
      Taman Putra Perdana,
      Puchong,
      Selangor.

      Phone : 03-83195094 OR 013-3106136

  11. alin says :

    salam..buat kawan2.. tahniah dan terima kasih sangat sebab masih menghargai warga emas..semoga perhatian yang kita beri pada mereka akan dapat mengisi sedikit kekosongan dan kerinduan mereka…

  12. syahiid says :

    salam..tahniah kpd shbt2 yg mnyertai prog2 sbgini..moga2 keinsafan trdetik d hati kita semua agar lbih mnyayangi ibu bapa..d harapkn smge prog trbaik nie mndapat rahmat n ksih syg dr Allah…

  13. Farah Adila Bt Rosli says :

    salam ammi…
    fara here…

    juz nk tny umh Org Tua Al-Ikhlas ni…
    tau x bape org sumeny…bape laki…n bape pompuan???

  14. Ammi says :

    w’salam Fara…
    > terima kasih sudi visit blog Ammi….
    > secara kesluruhan penghuni kat situ Ammi tak pasti sebab ada yang On Off..
    > tapi Ammi boleh bagi secara random la….

    > lelaki dalam 5 – 6 0rg
    perempuan dalam 10 org

    > untuk jumlah yang terkini 2011 Ammi tak pasti….
    > harap2 sedikit sebanyk dapat membantu…

  15. Farah Adila says :

    thnks 4 all da info ammi…
    insylh…kami mmg berniat nk bantu…

    ammi ada no contact pengasas dia ke pe ke?
    sbb dh try cari…n dh call no y ammi bg kat atas…
    tp xdpt la…

    thnks 4 ur co-operation @_@

  16. Ammi says :

    farah,,,

    b4 this ada satu numb phone ammi post kat entry ni.. tapi dah x leh guna..

    lepas tu ada info lagi satu numb.. masa tu boleh guna… tapi sekrng dh x tau la boleh gunan ke x… tapi alamt rumah still betul rasanya…

    sorry ye farrah.. x dpt nak bantu dlm numb phone…

  17. Farah Adila says :

    ye ke ammi….
    actly kami de wut Business Event..
    then ktorg find out n dpt umh nih….
    nk ke sana n ktorg plan nk wut lawatan tgk kwsn umh situ dulu…
    2 y nk cal..
    xpe ammi…nnt fara cb cari cara lain ye..

    pe2 pon…thnks 4 da help yeah…

  18. Ammi says :

    oooo.. ok… no problem farah… yang mana ammi boleh tolong ammi akan tolong…

    semoga berjaya k…

  19. Muhammad Rushamirul says :

    assalamualikum…
    sayer nak servey…lau dari sg buloh ke tpt nie bper lame??nn bper orang kat sane…
    (penghuni)

  20. Ammi says :

    rushamirul…

    ammi tak ingat la sebab masa ni dah lama sangat dah…. berapa org penghuni pon ammi dah tak pasti…. maybe bertambah.. maybe berkurang…

  21. atikah says :

    Hi

    Kalau dari shah alam or subang ambik hghway apa nak pegi ke tempat ni?
    thanks

  22. Ammi says :

    atikah.. ammi fail la bab bab jalan ni.. hari tu pergi pon dengan bas… landmark dia akan lalu kawasan rehat seri kembangan…

  23. nurulain says :

    Assalammualaikum…

    sekadar nak share dengan teman2 berkaitan dengan rumah orang2 tua ini…saye pernah pergi ke rumah orang2 tua ini melalui program Amal KASEH yang dijalankan oleh rakan saye pada 26 Jun 2011……..[boleh lihat melalui page fb saye: http://www.facebook.com/MemznurulAin%5D…..

    satu pengalaman berharga yang tidak dapat dilupakan…ia mengajar erti sebuah kehidupan dan kasih-sayang….

    ok…penghuni rumah orang2 tua ni terdiri daripada 20 orang lelaki dan 25 orang perempuan…insan berhati mulia yang mewujudkan rumah ini bernama puan Muji binti Sulaiman, dan dibantu sepenuhnya oleh menantu beliau, Puan Norlaili Abd. Kadir……

  24. Ammi says :

    terima kasih nurulain sebab sudi kongsi pasal rumah warga al-ihklas ni.. ammi pun rasa benda yg sama.. semua perasaan bercampur.. walauapa pun ammi memang seronok sangat sebab sedikit sebanyk dapat hulurkan bantuan kepada mereka..
    teruskan usaha amal k…

  25. Aimil Fariz says :

    Salam.alamat yg btol yg mana satu ?Rumah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
    lot 3530 jln besar bt 9 kg pulau meranti puchong. atau umah Jagaan dan Rawatan Orang-Orang Tua Al-Ikhlas,
    34, Jalan 6/23,
    Taman Putra Perdana,
    Puchong,
    Selangor.

    • Ammi says :

      ammi tak pasti la.. sebab dah lama betul ammi tak kesana… tapi kawan2 ammi yg komen di page ni ada letakkan alamat yang latest kat situ.. hope itu boleh membantu…

  26. mas hayu says :

    slm kalo dr taman maluri , kampung pandan jauh x ke puchong. agk2 bpe jam amik mse???

    • Ammi says :

      hayu.. ammi x pasti la hayu.. ammi boleh tolong dari segi alamat sahaja.. itu pun atas bantuan kawan2 ammi.. maaf la kurang membantu..

  27. paed says :

    alhamdulillah…satu program yg sgt bagus untuk menghargai warga emas..selalu la keep in touch dengan mereka supaya xde touch n go…good job!:)

  28. Ammi says :

    paed… insyallh.. kalau ada program2 mcm tu lagi insyallh ammi akan sertai.. thanx utk comment yer

  29. Pn Siti Mariam Bt Ismail says :

    Kami, guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Telok Gadong, akan membuat lawatan ke Rumah Orang-orang Tua Al Ikhlas. InsyaAllah pada 22 September 2011. Semoga perancangan ini berjalan lancar.
    Lawatan pernah di buat pada tahun 2010 atas nama program Khidmat Masyarakat, Sivik dan Kewarganegaraan. Pn Muji memang seorang yang berjiwa penyayang.Moga segala usaha beliau di berkati. Selamat Berpuasa kepada warga Rumah orang-orang Tua Al Ikhlas.

  30. Ammi says :

    Pn Siti Mariam…
    lawatan Ammi ke sana memang memberi seribu makna…
    semoga lawatan puan pada september ni berjalan dengan jayanya…
    pn muji memang berjiwa besar.. semoga allah tempatka beliu dalam rahmat allah… kami panggil dia “Mak”.. love that nickname so much..

  31. ida says :

    kat rumah ni ada 49 penghuni – 20 lelaki, 29 perempuan.harap dapat membantu yang bertanya😉

  32. Ammi says :

    ida…

    terima kasih share info… yang terkini Ammi memang tak tau… thanx ya..

  33. zakirah says :

    Salam,

    boleh tahu tak contact number rumah jagaan ni, no tu dah xde dalam perkhidmatan. Harap ada yang sudi membantu..terima kasih..

    • Ammi says :

      w,salam… zakirah… ammi pun dah buntu dah tolong carikan contact number rumah ni.. sebab rasanya dah tukar sebab masa ammi pergi sana pun dah lama dah… maaf sangat2 x dpt membantu

  34. khairul says :

    bro…brapa orang penghuni kat sana?

  35. Khairul says :

    Tahnks bro…i dah dapat info kat atas…cuma no tel blum dapat lagi…i nk confirm nak buat lawatan kat sana bersama The Red warriors lembah Kelang…kalau bro dapat no tel terkini, tolong info kat saya no hp 0172999298 sebelum 24/25.09.2011.tq bro…

  36. makcik says :

    sedih bila Ammi citer nenek atuk nangis masa u all nak balik tuh.. makcik rasa kena bawak anak2 makcik tgk suasana di sana baru mereka faham kenapa kita jaga org tua2 nih

    • Ammi says :

      makcik… memng sayu hati bila tinggalkan mereka… masa kami di sana mereka happy sangat.. bila kami nak balik rasa seperti kami mencabut kegembiraan mereka.. ada juga yg sangka ingkatkan kami nak bawak mereka pulang… ya allah sedih sangat masa tu.. kalau ada rezeki makcik pegi la melawat mereka.. sangat berbaloi..

  37. nur aisyah binti azmi says :

    salam..adakah rumah warga emas ini memerlukan fisioterapi atau penjagaan org2 tua..terima kasih

    • Ammi says :

      nur aisyah…

      ammi x pasti mereka perlukan atau tidak sebab ammi bukan owner.. tapi bagi pendapat ammi, mereka2 ni perlukan rawatan seperti fisioterapi…

  38. wanie says :

    nak pinjam picture kat sini utk office program yer?…tqvm

  39. Ammi says :

    wanie..
    program apa tu???? sila la…. tak ada masalah…

    credit la blog ammi kat sana yer.. hehe.. TQVM…

  40. hizar says :

    seronoknya g melawat umah warga emas, saya masih belom berkesempatan lg skung sy baru dok mencari yg terdekat dengan kawasan sy…. teruskan la melibatkan diri dalam aktiviti mcm nie semoga Allah memberkati niat murni kamu…

  41. Ammi says :

    Hizar…
    thanx hizar.. actually ammi memang suka buat aktiviti amal… terutama rumah warga emas.. tapi biasanya program mcm ni terpaksa join pusat2 institusi2 tertentu.. hope ammi diberi peluang lagi utk berbakti.. amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: