Lawatan Ke Pusat Darah Negara

School Health Science (SHS) Kolej tempat Ammi belajar telah membuat lawatan ke Pusat Darah Negara (PDN)… pelajar-pelajar yang terlibat adalah semua pelajar Teknologi Makmal Perubatan (MLT) yang mengambil subjek Praktikum Immunohematologi Klinikal II dan III diwajibkan pergi ke sana.. bayaran dikenakan sebanyak RM6.00 seorang (pengangkutan)… perjalanan tak jauh mana pun dari Ampang Point ke PDN dalam 30 minit sahaja… PDN ni berhadapan dengan Muzium Balai Seni Lukis Negara dan bersebelahan dengan Hospital Besar Kuala Lumpur.. Semua sampel darah yang diambil tak kiralah daripada pesakit ataupun penderma darah akan dihantar ke PDN untuk di diagnosis bergantung pada jenis keperluan dan penyakit .. ujian HIV pun dibuat disini juga.. Tapi yang tak bestnyer kami tak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam makmal… soooo…. ni jela gambar yang ada.. ada jugak yang Ammi ambil dari internet..

DSC01741DSC01739

Gambar kat atas tu masa Ammi baru sampai… so ambik gambar kenangan kat situ.. yang wanita dua orang ni pulak adalah Lacturer Ammi merangkap Lacturer pengiring Ammi… Tudung Merah tu nama dia Puan Dayang dan free hair tu pulak Cik Mariam…

BloodBank1

Macam ni la rupa bangunan PDN tu.. kat dalam dia besar la jugak.. kalau tak silap Ammi ada 3 tingkat..

DSC01745

Sampai je kat PDN semua pelajar kena pergi Auditorium sebab nak dengar talimat dan tayangan video tentang sejarah PDN ni… lepas tu Ammi & geng dipecahkan kepada dua group… ye laaa… kalau sekali harung susah la nanti.. apa pegawai makmal cakap pun tak tau sebab ramai sangat..

BloodBank2

Kawasan Lobi PDN..

2429068079_7f5c75aed9

Ini adalah bilik orang ramai menjalani proses menderma/donor darah… ada yang derma darah biasa sahaja iaitu kumpulan darah ABO.. ada juga yang derma darah “Aferasis”.. apa beza antara kedua-dua ni adalah kalau darah ABO tu penderma just derma darah penuh dan darah mereka akan melalui proses penyaringan di makmal nanti.. kalau Aferasis pulak kalau tak silap Ammi darah penderma masuk ke dalam mesin Aferasis tu dan mesin tu akan ambil Platlet dan Serum sahaja.. lepas tu Sel Darah Merah akan dimasukkan balik ke dalam badan kita pada masa tu jugak… tapi penderma Aferasis adalah orang-orang tertentu sahaja dimana kesihatan mereka dah di sahkan oleh pihak hospital.. nak tau macam mana rupa mesin Aferasis tu.. tengok kat bawah ni….

aferesis_01

Ini lah mesin Aferasis.. pemderma akan duduk di sebelah mesin ini…

So.. itu saja gambar yang Ammi ada.. nak cerita panjang lebar tak seronok kalau tak de gambar.. betul tak..? Ammi tau korang semua bukannya suka sangat nak baca panjang lebar kannnn!!! heheh.. Ammi pun sama!!

Tags: , , ,

2 responses to “Lawatan Ke Pusat Darah Negara”

  1. Abah says :

    teringin nak dermah darah sbb nak check darah, darah type ape. Bolehhhh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: