Perkhemahan Rekreasi Kepimpinan

Sekolah Rendah Agama Kampung Melayu telah membuat satu Program Perkhemahan Rekreasi Kepimpinan dengan kerjasama Unit Fasilitator Kolej Pusat Teknologi Pengurusan Lanjutan Ampang .. Kem ini diadakan di Kem Herba Sungai Congkak, Selangor.. sesiapa nak tau pasal Kem ni Ammi dah sediakan gambar sekali dengan Nombor telefon. Program  ni diadakan selama 2 hari 1 malam.. pelajar-pelajar yang terlibat adalah daripada darjah 3 sampai lah darjah 6.

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang ketua Fasilitator sediakan selama 2 hari 1 malam adalah :

LDK 1 :

1. Laguku

2. Potret Kawan Saya

3. Sepuluh Perkataan

LDK 2 :

1. Two Minutes To Late

2. Mercedes

3. Sekolah Ku

LDK  3

1. S.W.O.T

kem herba

Kalau lalu sepanjang jalan Sungai Congkak tu nanti akan jumpa Signbord ni kat sebelah kiri.. kem ni bersebelahan dengan Kem Rimba Ria Suara Hutan.. kalau siapa-siapa nak buat program kat sini Ammi syorkan la sangat-sangat.. sebab harga dia berpatutan, kemudahan yang dibagi ok.. pastu makan dia best.. lepas tu korang boleh belajar pokok-pokok herba yang ada kat sana. Kem ni ada Doktor yang pakar tentang tumbuhan2 herba ni yang akan menerangkannya..

DSC01520

DSC01515DSC01516

DSC01531DSC01528DSC01561

Biasa la hari pertama apa lagi kalau tak pecahkan kumpulan lepas tu buat logo & tradmark kumpulan masing-masing. Disebabkan adik-adik ni semua dari sekolah agama.. so kena la buat berkonsepkan yang sama waktu dengannya..  macam-macam diorang buat..

kump 1DSC01571kump 3

kump 4kump 5kump 6

kump 7kump 8kump 9

Inilah hasil logo-logo yang adik-adik tu cipta selepas 1 jam ketua fasilitator bagi. “Boy Over Flower” pun ada tau.. uikk.. jangan main-main.. kecil-kecil dah tengok cerita korea hokkeeeyyy.. !!!.. semuanya ada 9 kumpulan..

DSC01534DSC01648

DSC01538DSC01540

Dewan utama ni menjadi tempat adik-adik ni berkumpul, membuat LDK, kena denda (pelajar lelaki paling banyak), menyanyi dan dengar ceramah dan macam-macam lagi la…

dewan makandewan

Dewan makan utama.. kat Kem Herba ni mengamalkan makan di bawah.. so secara tak langsung boleh mengmbalikan konsep makan berjemaah dan seronok.. back to basic!!.. tapi kalau siapa yang perlukan kerusi pun ada juga..

DSC01595DSC01599

Lepas Riadah petang adik-adik ni dilepaskan mandi sungai.. masa ni mereka ni semua dibawah pengawasan ustaz2 dan ustazah2 mereka.. Fasilitator yang lain pergi rehat jap.. penat dek non.. masa diorang ni dilepaskan mandi sungai.. dah macam kena histeria dah.. panggil nak bergambar pun dah tak dengar dah..

DSC01611DSC01612

Dewan utama ni juga menjadi tempat adik-adik ni solat berjemaah dan juga berQiamullail..

DSC01613

Masa ni adik-adik ni dah berkumpul di dewan utama untuk aktiviti seterusnya iaitu Night Walk.. adik-adik ni akan berjalan dalam hutan seorang demi seorang.. real hutan tau.. bayangkan tengah malam sorang2 dalam hutan.. gambar tak de la masa night walk.. kakak Mu tido kott.. huhu

DSC01616DSC01618

senaman pagi dan riadah petang diadakan di padang dalam Kem Herba ni.

DSC01620DSC01621

Pada hari kedua Slot Ceramah telah diadakan.. penceramah dijemput khas oleh Unit Fasilitator (UNIFAS) iaitu En.Kamarul Azami B. Mohd Zaini.. Dia ni Pengurus IQ Class Management. Nama glamour Abg Kam.. dia ni memang tak boleh kita orang lawan la sebab memang Fasilitator Profesional.. Ammi and geng amik kursus fasilitator dengan Abg Kam ni la.. sesiapa nak tau atau memerlukan khidmat program boleh la contact Abg Kam ni.. Klil Link yang Ammi Bold kan.. Ammi  & Geng ni Fasilitator Amatur.. banyak lagi yang perlu kami belajar..

DSC01639DSC01638

DSC01637DSC01636

Beginilah salah satu contoh keadaan masa LDK sedang berjalan.. di akhir program.. penyampaian hadiah diberikan kepada semua kumpulan.. tapi gambar takde.. memori kamera habis kot.. actually semua gambar ni diambil daripada kamera Muzaiyana a.k.a. Mu.. habis program apa lagi.. balik laa.. melepek!!

Tags: , , , , , ,

4 responses to “Perkhemahan Rekreasi Kepimpinan”

  1. Abah says :

    ala tomei2nyeeee adik2 niiiii. Jeles tak pat temankan

  2. Ammi says :

    [Comment ID #209 Will Be Quoted Here]

    haaaa…next time boleh la temankan Ammi gi program.. fasilitator memang tak cukup ni..

  3. shukriah shukri says :

    sekarang ni dok wat pe?

    • Ammi says :

      dalam proses nak habiskan parktikal… shukri pepias ka ni.. tahniah atas perkahwinan ye… x jemput pun.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: