Pusat Gajah

Ammi ikut satu trip ke Pusat Gajah yang terletak di Kuala Gandah, Lanchang, Pahang… Perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam… kalau korang pergi sana kena ikut Tol Gombak..Pastu korang akan jumpa lagi 2 tol… coasting nak pergi sana tak mahal pun murah je..  Tol pergi dan balik lebih kurang RM20 sahaja…

Antara aktiviti yang Ammi buat ialah bagi gajah Makan.. pastu boleh naik gajah, boleh bergambar dengan gajah, tengok gajah mandi, ada tontonan video…

Kat sini Ammi senaraikan bayaran untuk semua aktiviti tu…

Bayaran Masuk : Free

Naik Gajah : Free

Tontonan Video : Free

Ambil gambar dengan gajah : free

Bagi gajah makan : free (jam 10pg – 11pg dengan jam 2ptg – 3 ptg) “lebih kurang la…”

P1050191

member

Di tapak parking Kereta .. korang jangan risau pasal parking sebab tempat parking kereta sebelah je dengan Pusat Gajah

pintu masuk

Jalan masuk ke Pusat Gajah.. Bumbung hijau tu adalah lobi utama.. so korang kena register kat dalam tu sebelum masuk ke kawasan kandang gajah..

lobi utama

sticker

Lepas Register, korang akan dapat sticker dari pihak pengurusan.. kalau korang tak ada benda ni korang tak boleh naik gajah..

pintu masuk ke kandang gajah

Masa ni kami tengah excited nak masuk kat tempat gajah tu.. zink hijau gambar gajah tu adalah pintu masuk ke kandang gajah tu..

anak gajah

Bila masuk dalam ni.. pertama-tama skali korang akan jumpa anak gajah ni.. Masa ni hati Ammi macam nak balik je sebab takut.. hahah..

P1050208

Kat sana tu pula semua bapak dan mak gajah.. nenek gajah pun ada dari India Umur dia 73 tahun.. kalau tak silap.. bayangkan lagi gementar la jantung Ammi..

P1050209

Pakcik ni pulak juru cakap kat sana.. dia akan explaine pasal gajah2 kat situ.. dia jugak akan ajar macam mana nak bagi makan gajah..  Lepas tu kami diberi peluang bagi makan gajah.. memang best…

bagi makan gajah

Masa ni dalam jam 10 pagi lebih macam tu la.. kami bagi makan tebu… petang nnt ada skali lagi bagi makan.. macam2 buah ada..

P1050214

Lepas sentuh gajah je gemuruh jantung, limpa, paru2 bagai semua hilang… terus seronok plak nak main2 dengan gajah..

gajah denak

Kat hujung sana tu nama dia gajah Denak.. gajah Denak berfungsi sebagai penjinak untuk gajah2 yang liar..

naik gajah

a

Ammi naik gajah masa ni.. memang pengalaman yang tak boleh dilupakan… bukan senang nak naik gajah tau.. korang penah ke? wah ketwat!!!

P1050235

P1050234

P1050233

P1050231

video show

Kat dalam lobi Pusat Gajah ni ada tempat registration, fakta2 pasal gajah, auditorium untuk tengok tayangan video dan kalau korang nak buat sumbangan amal pun dekat dalam lobi utama ni jugak..

Tayangan dokumentari ni best tau.. diorang tunjuk macam mana gajah Denak ni berfungsi untuk menjinakkan gajah..

gajah mandi

P1050259

Gajah mandi ni pun salah satu aktiviti yang menarik.. pada mulanya kami semua nak mandi sekali dengan gajah2 ni.. dah bawak baju bagai… tiba2 kami berubah hati tak jadi nak mandi together2 sebab gajah tu berak beramai2 kat dalam sungai tu.. ayooooo… besar pulak tu… terbantut niat asal…

so overall memang best.. Ammi nak syorkan korang pergi la visit gajah2 ni.. satu pengalaman yang tak mungkin korang  boleh lupakan…

Tags: , , , ,

2 responses to “Pusat Gajah”

  1. Bear says :

    Satu pengalaman yang tak mungkin korang lupakan la ayat akhir..

    ayat az cam pelik..satu pengalaman yang tak mungkin korang tak boleh lupakan…

    Maknanya boleh la eh?

    Hayoo peninggggg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: