Taman Tamadun Islam @ Terengganu Part 3

Entry lepas Ammi ada cerita sikit pasal Masjid Kristalkan.. pastu Ammi ada sebut pasal Taman Monumen yang ada di Taman Tamadun Islamkannn…. so bahagian ketiga ni Ammi nak kongsi bersama-sama dengan korang apa yang ada di dalam Taman Monumen ni…

Sebelum tu.. seperti yang Ammi cakap Taman Monumen ni terletak di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Terengganu, Malaysia.. bersebelahan dengan Masjid Kristal dan berdekatan dengan Muzium Negeri Terengganu.

Dalam Taman Monumen ni menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik… Memaparkan 21 monumen Islam seluruh dunia yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam…

1

Pintu gerbang utama Taman Tamadun Islam(TTI)..

2

Ini adalah tempat masuk ke Taman Monumen.. sebelah kanan dekat tong sampah tu tempat pertanyaan serta pembelian tiket masuk..

Harga Masuk  :

RM 15.00 (Dewasa warganegara Malaysia mykad)

RM25.00 (bukan warganegara)

untuk kanak-kanak Ammi lupa la.. tapi korang boleh visit websit yang Ammi bagi ni www.tti.com.my

3

4

Selepas korang buat pembayaran… korang akan dapat pasport… valid selama 1 tahun… korang nak tau apa kelebihan dia.. selagi pasport tu masih belum tamat tempoh.. korang boleh gunakan pasport tu untuk masuk lagi kali kedua(harga sama ye RM15 per head) dan mendapat kelebihan-kelebihan yang istimewa… antaranya… dapat naik Tramp atau basikal secara percuma.. kalau kali ketiga masuk akan dapat 30% discount Buggy Rental, Free Tramp Ride or Bicycle Ride….

7

8

Comelkan Tramp dia.. basikal ada dua jenis korang boleh pilih… yang single dan yang couple.. maksudnya.. naik 1 basikal tapi kayuh 2 orang bersama-sama.. hehehe.. sebab apa diorang sediakan perkhidmatan ni..??? sebab… kalau korang jalan kaki, keluasan tempat ni adalah 800 meter ye.. tapi jalan kaki memang terasa kepuasannya.. sesiapa yang rasa tak larat tu cepat2 la sewa Tramp atau basikal sebelum anda melepek kat tengah2 jalan..

56

Galeria disediakan kalau korang nak beli cenderahati untuk mak ayah ke, kekasih ke, atau untuk kawan-kawan… haaa… Masa korang register masukkan… diaorang akan bagi sekali Kupon makan sebanyak RM3.00.. so boleh la korang redeem kat Wan Man Cafe ni.. Cafe dia bersih, cantik dan layanan diaorang mesra…

9

Masjid Xian Mosque, China… didirikan pada 1392 Pada zaman Dinasti Tang..

10

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia… rekabentuknya mengimbas kembali persekitaran bersejarah di zaman Kremlin..

11

Great Mosque of Agadez, Niger… Masjid yang diperbuat daripada tanah yang dikeringkan.. ada 13 baris perancah kayau nak kukuhkan struktur dia…

12

Kelyan Minaret, Uzbekistan… dibina pada tahun 1127 masihi… Masjid ini dibuat daripada bata yang dibakar..

13

Great Mosque of Qairawan, Tunisia… dibina pada 670 masihi… Monumen Islam yang tertua di Tunisia..

1415

Suleyman Mosque, Turkey.. dibina pada tahun 1557 masihi pada zaman empayar Ottoman…..

1617

Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia.. Kawasan kedua paling suci bagi umat Islam.. dibina di atas rumah Nabi Muhammad SAW dan tempat baginda disemadikan..

18

19

Mosque of Mohamed Ali, Egypt… dkenali sebagai Masjid Alabaster…

2021

Aleppo Citadel, Syria.. anggaran dibina pada abad ke 10 sebelum masihi dia atas sebuah bukit di Syria..

2223

Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia.. Tempat paling suci bagi Umat Islam iaitu Kaabah (tempat tertinggi yang terhormat dan berprestij)..

24

Sheikh Lutfallah Mosque, Iran.. Dibina pada abad ke 17..

25

Great Mosque of Samarra, Iraq.. dibina semasa zaman pemerintahan Khalifah Abassiyah Al-Mutawakkil pada abad ke-9.

26

Kubbah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin.. dibina pada tahun 692 Masihi..

27

Badshahi Mosque, Lahore, Pakistan… dibina pada tahun 1673 Masihi Masid terbesar pada zaman tersebut.. boleh memuatkan sehingga 65,000 orang jemaah..

28

Taj Mahal, Agra, India… Maharaja Mughal kelima, Shah Jahan telah bina istana ni untuk mengenang kisah cinta abadinya.. dan juga simbol kasih sayang terhadap isterinya, Mumtaz Mahal… korang kalau cinta isteri bagi apa??? huhuh..

29

Sultan Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam.. dinamakan sempena sultan Brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958..

30

Pattani Central Mosque, Thailand.. dibina pada tahun 1954.. Masjid ni lebih kurang macam bentuk Taj Mahal..

31

Kudus Minar, Central Java, Indonesia.. dibina pada tahun 1549..rekabentuk masjid ni bercirikan gabungan Hindu dan Jawa.. paling ketara adalah menara dia sebijik macam Chandi yang biasa ditemui di kuil hindu.. tapi ini masjid ye..

itu la serba sedikit gambar yang Ammi ambil masa kat sana..  ada tiga masjid lagi yg Ammi tak sempat ambil gambar sebab tak cukup masa la.. dah nak tutup.. speaker kat sana dah jerit2 suruh pengunjung keluar sebab dah nak jam 6.00 petang.. hehhe…

so ini pun salah satu tempat yang wajib korang pergi kalau singgah di Terengganu ye..

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: