D’Monica Bay @ Terengganu Part 7

D’Monica Bay… itu nama glamour… kalau nama melayunye pulak Pantai Teluk Mak Nik.. Pun glamour jugak… hehehe.. ada apa ye kat situ???.. apa lagi kalau tak pasal tengok penyu… kat Malaysia nikan susah nak tengok penyu.. kalau dapat tengok pon kat Santuary Penyu kat Cherating tu haa…

Tapi kat D’Monica Bay ni korang boleh tengok penyu secara live naik ke darat… bukan setakat dapat tengok penyu.. tapi dapat jugak tengok penyu bertelur.. lepas tu dapat peluang pulak main geli geli dengan anak penyu kat sana..

Kalau korang nak pergi Pantai Teluk Mak Nik ni menggunakan khidmat agen tu mahal la sikit kalau tak silap dalam RM45.00 macam tu… tapi kalau korang call terus Pak Su(pemandu pelancong) dapat murah je.. korang pergi terus kat pantai tu nanti Pak Su bawak korang dengan harga RM25.00 sahaja… murahkan..

kalau nak tau nombor telefon pak su.. korang boleh pergi ke kedai cenderamata di belakang Sanctuary Penyu, Cherating.. korang mintak nombor telefon dekat Mak Su.. Ammi tak boleh bagi tau sebab Ammi dah hilangkan nombor telefon Pak Su.. Careless tul…

ini ada la sedikit gambar yang Ammi sediakan untuk korang tengok-tengok.. mana la tau kot-kot terbuka hati nak pergi ke kan.. huhu..

1

2

Masa ni penyu dah bertelur dan dah nak balik ke laut… sempat la Ammi bergambar sambil pegang bakul yang berisi anak-anak penyu..

3

Tu dia anak penyu… anak-anak penyu ni adalah daripada spesies Penyu Hijau.. banyak penyu-penyu mati sebab tersangkut pada pukat pari yang digunakan oleh nelayan.. korang mesti pelikkan sebab apa penyu boleh mati sedangkan dia hidup dua alam… penyu2 ni mati sebab tak cukup oksigen.. penyu boleh bertahan dalam air selama 45 minit sahaja.

45

Sebelum lepaskan anak-anak penyu ni.. korang boleh bermadu kasih dengan mereka ni.. heheh.. seronok sangat dapat pegang penyu secara live.. hehehe…

67

Peluang pegang telur penyu yang baru je bertelur pun boleh kalau korang ada kat sana.. fresh tau.. baru kuar dari perut penyu..  masa tu korang boleh jugak tengok penyu bertelur secara live..

89

Last sekali adalah aktiviti melepaskan anak penyu ke laut… by the way.. anak-anak penyu ni kena lepaskan dari jarak 5 meter dari pantai ye.. sebab anak penyu ni akan ingat dalam otak dia dan lepas tu akan datang kepantai ni balik untuk bertelur dalam masa 20 tahun lagi.. Tapi yang pastinya hayat mereka kita tak tahu.. daripada 100 ekor mungkin seekor je yang hidup.. itu yang pasti…

Masa lepaskan anak-anak penyu tu, perasaanAmmi rasa gembira pun ada.. rasa sedih pun ada… tapi overall memang best… so jangan la korang makan telur penyu yang semakin pupus ni ye.. kalau tak de pemakan telur maka tak ada la si penjual telur.. satu lagi.. jangan suka buang plastik bag kat dalam laut sebab penyu makan jelly fish.. bila nampak plastik dia akan makan sebab dia ingat itu jelly fish..

So itu saja untuk entry kali ni.. tunggu sambungan terengganu part 8 pulak ye.. bye bye..

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

2 responses to “D’Monica Bay @ Terengganu Part 7”

  1. en_me says :

    chomeyynyerr anak2 penyu tewww.. ehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: