Fireflies/kelip-kelip @ Kuala Selangor

Semalam Ammi pergi jalan-jalan kat Kuala Selangor… sebelum tu, Ammi pegi jemput adik di UITM Puncak Alam, Shah Alam… after that terus bertolak ke sana…

Ermmm…Apa itu Fireflies? dan apa itu Kunang-kunang?… nak kepastian pergi la ke Kampong Kuantan di Kuala Selangor.. bukan di Kuantan ye…  dalam Bahasa Melayu nama binatang ni Kelip-kelip.. dalam Bahasa Jepun Intaro Pika Pika..

Yang biasa korang tengok kat rumah tu ialah Kunang-kunang.. masih mengeluarkan cahaya dan saiz Kunang-kunang adalah lebih besar jika dibandingkan dengan Kelip-kelip ni…

Kelip-kelip ni hanya boleh dijumpai di Pokok Berembang di kawasan sungai banyak la… di situ la rumah diorang and daun-daun tu la makanan diorang…kalau hujan diorang akan duduk di bawah daun-daun Berembang tu.. kalau nak tau pergi la sendiri menikmati kecantikan Fireflies ni.. murah je tak mahal pun..

Ammi sediakan sedikt maklumat tempat tu..

Tempat :

Kampong Kuantan, Kuala Selangor

Harga :

RM40 (1 sampan), 4 orang

Masa operasi :

7pm to 6am (kalau tak silap la)

1

2

Tempat nak tegok Fireflies ni ada dua tempat.. yang satunya tempat yang Ammi pergi ni.. yang satu lagi Ammi tak pasti… mengikut kata salah seorang pemandu pelancong kat situ.. tempat yang Ammi pergi ni adalah tempat yang betul dan terbaik sebab memang cantik pemandangan Fireflies kat sini…

54

Kalau nak buat pembayaran korang boleh datang kat kaunter yang Ammi tunjukkan ni.. lepas korang bayar.. dorang akan bagi 4 botol air mineral water saiz kecil… so kalau terlupa nak beli ke tak payah risau dah…

678

Sebelum korang ke Kaunter pembayaran … Korang kena la jalan kaki masuk ke dalam sikit untuk ke kaunter dan ke tempat sampan yang korang nak naik nanti..

9

Lepas buat pembayaran bagai… boleh la korang pergi terus ke tepi jeti tu haaa… servis dia ok la… bagus.. sistematik dan bersih… actually tempat nak tengok Fireflies tu tak jauh pun dari jeti tu.. sepanjang seberang sungai tu je.. huhu…

10

Masa ni Ammi tengah tunggu giliran nak naik sampan… Ammi ingtkan tak ramai.. rupanya ada satu bus rombongan datang nak tengok kelip-kelip jugak… lepas tu ada satu group mat salleh punnn nak tengok jugak…

1112

Semua pengunjung kena pakai jeket keselamatan… haa… masa ni Ammi punya giliran dah nak naik sampan.. excited giler.. Malam tu lebih daripada 13 bot digunakan..btw, masa tengok kelip-kelip tu korang tak dibenarkan mengambil gambar menggunkan flash… sebab bila flash kamera keluar je.. semua kelip-kelip tu akan hilang… tapi video cam dibenarkan…

fireflies

Actually gambar ni Ammi ambil daripada internet… tapi kalau korang nak tahu.. macam ni la keadaannya masa Ammi tengok Fireflies tu.. memang cantik sangat.. macam christmas tree… kalau cahaya terang tu si Jantan punya cahaya.. kalau malap je si Betina punya cahaya.. kalau ada peluang maybe Ammi akan pergi lagi sekali… ooo yee… kecantikan dia tak sama langsung ye macam di rumah-rumah atau di belakang-belakang sekolah asrama korang tu ok.. ermmm harap maklum…

So kunjung-kunjung la pusat pelancongan yang banyak giler kat Malaysia ni… huhu..

P/S :

Sorry.. kualiti gambar kurang memuaskan…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

6 responses to “Fireflies/kelip-kelip @ Kuala Selangor”

  1. masjuju says :

    google tentang kg kelip kelip. nice info~

    • Ammi says :

      masjuju.. terima ksih sudi visit blog ammi.. beri info kpd orng ramai adalah matlamat ammi.. hehhe.. thanx.. visit2 la selalu…

  2. jamaliah says :

    salam.. just bgtau, no tel yg tertera pd tiket adalah no tel rumah sy skrg. minta jasa baik blogger agar tukar / ganti tiket tu yer.. kesian pd yg nak dtg ke kg kelip2 tp salah no plak…

  3. Ammi says :

    jamaliah…

    thanx untuk info.. nasib baik bagi tau… insyallh ammi akn tukarkan… kalau tahu contact nombor terbaru bg tau la ammi ye…

  4. noor hayati says :

    salam
    nape tk fokus kelip2?patutnya gambar lebih banyak fokus kelip2 dan pemandangan yang menarik

  5. Ammi says :

    cik noor hayati…
    kita x dibenarkan ambil gambar menggunakan flash… suasana kat situ sangat gelap.. hanya bermandikan cahaya bulan… disebabkan x leh guna flash so itu jer la yg termampu… hehe.. kalau pergi tengok live lagi best sebenarnya.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: