Taman Rama-Rama & Reptilia @ Melaka

Ammi ni memang suka jalan-jalan… kalau boleh nak explore 1 dunia… tapi apa nak buat bajet ciputttt jee… buat masa ni Ammi nak explore dalam Malaysia je dulu.. banyak lagi yang Ammi tak pergi…. nanti ada duit & rezeki lebih boleh la jalan2 negara orang pulak.. saudara Ammi sendiri yang ada kat Singapore pun Ammi tak pernah visit diorang.. diorang yang selalu datang Malaysia visit Ammi & Family…heheh…

untuk panduan korang menacari hotel di Melaka sila klik link yang Ammi bagi ni…

Klik :

HOTEL DI MELAKA

Ok.. tak mau citer banyak… kali ni Ammi nak cerita sikit pasal Taman Raman-Rama & Reptilia…  Masa ni Ammi pergi hari yang sama pergi naik melaka River Cruise…  mula2 tu macam malas nak pergi sebab Ammi akan buat reserch sikit sebelum pergi ke mana2.. banyak blog2 yang Ammi baca telah membayangkan pada Ammi Taman Rama2 & Reptilia ni memang tak best… Ammi tak puas hati dan Ammi pergi sendiri ke tempat tu dan keputusannya sangat la tak mengecewakan… tempat tu memang best.. sebab korang boleh tengok sendir haiwan2 yang ada kat dalam tu secara dekat… memang best…

Macam-macam ada kat dalam tu… Ammi harap dengan gambar2 yang Ammi kongsi dengan korang ni akan membuatkan korang rasa nak pergi kat sana..

Pintu Utama ke Taman Rama-Rama Dan Reptilia…

Ammi pelik betul tau… kalau time Ammi pergi mana2 kan.. mesti dengan tetiba je ramai orang datang.. korang tau tak… masa kita orang sampai.. bus2 pelancong ni sikit je… tetiba.. korang tengok la sendiri berapa bijik bus… No komen la…

Senarai harga masuk ikut kepala (per-head)… maybe korang tak jelas kat cermin tu.. Ammi bagi tau secara roughly…

Dewasa/ Adult : RM6.00

Kanak2 / Child : RM3.00

Kamera / Camera : RM3.00 (each)

**kitaorang tak bayar pon untuk kamera.. heheh.. bawak masuk sorok2… huhu…

Mesti korang ingat haiwan2 ni yang ada kat dalam tu taman tu kan… actually ni baru bahagian depan nak introduce je… tak masuk bahagian dalam dalam lagi… lepas korang bayar je.. masuk2 je korang akan di sajikan haiwan2 ni secara live…

Ada satu bahagian di dalam taman tu ada disediakan tawaran bergambar dengan super big Iguana.. and super big ular sawa.. burung pun ada.. korang jugak boleh bagi haiwan2 kat situ makan… beli pisang kat kedia yang disedikan pastu boleh bagi makan.. hehe.. nice kan…

Ini baru la nak masuk dalam.. bahagian pertama korang akan pergi ke Taman Rama-Rama dulu… rama2 sangat banyak dan cantik uollsss…

Decoration dalam taman ni sangat cantik dan buatkan Ammi impress… double thumbs up!!!

Cantikkannnnnnn…. No komen!!! hehehe…

Insect Cave.. kat dalam ni macam gua.. gelap dan sejuk sikit.. dalam ni Ammi tak explore sangat sebab agak gelap.. so ni je la pic yang sempat Ammi ambil.. ulat gonggok gergasi,… heheh…  besar hokkey… dan banyak pulak tu… Scorpion pun banyak jugak… sorry tak de gambar…

Taman Ikan Koi… Ammi tertarik betul dengan kecantikan Taman Ikan Koi ni.. relax dan cantik…  korang tengok sendiri pun dah boleh agak…

Ammi tak tau nak describe haiwan ni.. tapi yang pastinya memang sebijik macam kura-kura… lama Ammi perhatikan kepala kura-kura ni.. kejap memanjang.. kejap memendek… sekali tengok korang akan nampak macam  lelaki punyer kepala tuuuutttttt.. !!!!!! heheh… istighfar istighfar…

Brown Asian Giant Tortoise… agak besar la jugakkan.. tapi mata dia horror ok.. jangan tenung lama2… hehehe…

Dalam banyak-banyak haiwan.. haiwan ni la yang paling special untuk Ammi.. Bearcat… 1st time Ammi tengok ye… badan dia macam kucing gergasi… muka sebijik macam beruang yang ada misai kucing..

Tapir pun ada ok… sekor je kat dalam tu… tapir ni duduk macam dalam sangkar aquarium.. tu yang nampak macam ada reflection… kesian kat Pakcik Tapir ni.. tak de kawasan air untuk dia…

Nama spesies ni ialah kura-kura Bintang… kecik saje size dia ni… dan cantik..

Harimau bintang pun ada… masa korang jalan-jalan kat dalam ni… pastikan korang lihat kawasan dlam tu dengan teliti sebab dia tersorok sikit.. kalau jalan sambil lewa je korang akan terlepas harimau ni…

Ini ialah Kongkang.. orang selalu sebut pasal Kongkang ni tapi ini la 1st time Ammi tengok Kongkang.. tu pun tak jelas sebab diorang di tidur dalam kumpulan kot… kalau korang tengok betul2.. gambar ni ada lebih dari seekor Kongkang… kepala2 diorang akan terkumpul di bahagian dalam.. so susah la nak tengok muka  diorang ni.. hansem sangat la kot..

Kalau tengok memang tak perasan pun apa yang ada kat dalam kolam hijau ni… tapi nasib Ammi baik hari tu sebab masa tengok2 kat dalam kolam tu tetiba timbul dua ekor ikan.. OOOO MMMYYYY GGOOODDD!!! besar giler nak mampos ikan ni… dan sangat menakutkan… kolam ni bersebelahan je dengan Bearcat…Nama ikan ni Chinaldin.. ikan ni adalah spesies yang berasal dari Amazon Basin Brazil.. hati2 ye.. ikan ni menggigit.. karang tak cukup sifat pulak korang balik umah…

Antara burung yang ada kat sana… Kasawari, Emu, Enggang.. tu je nama yang ingat.. sorry ye..

Haiwan atas ni kalau korang tak tau memang hampeh la.. meh sini Ammi tolong sepakkan laju-laju…

Bersebelahan dengan sangkar buaya tu… korang akan jumpa lorong terakhir yang mana lorong tu korang boleh tengok macam2 jenis ulat…  spesies ular sawa yang dalam Harry Potter Satu pun ada.. alaaa yang masa Harry bercakap2 dengan ular kat dalam zoo tu.. sory la ye.. Ammi peminat setia Harry Potter.. huhu…

Keluar dari dalam kawasan Taman ni.. korang akan keluar ke Muzium… dalam muzium ni ada macam2 rama2 dan haiwan2 lain yang telah di awet dan boleh dibeli.. sediakan duit je.. semua boleh dapat..

So selamat cuti-cuti Malaysia… heheh😀

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

6 responses to “Taman Rama-Rama & Reptilia @ Melaka”

  1. en_me says :

    been there done that.. ehehe

  2. Bear says :

    Eii best!! Antara hari yang menyeronokkan!

  3. Ms Idayu says :

    nice pic n info..
    sy, 1 of management staff kat tmn rm2..
    tq for ur visiting..
    hope 2 see u for the next visit..
    tq gak for ur support comment about us.very appreciate it..
    ajak kwn2 yg lain 2 visit us.tq again..
    we encourage u to give any comments in order to improve our farm..tqvm

    • Ammi says :

      hao Ms idayu… ammi tekejut sangat ada org dari tamn rama2 tu comment my blog.. terima kasih banyak2… btw, kat sana memang best… sebab banyak jugak haiwan2 yg x de kat zoo dpt tengok.. hehe..

      thanx a lot sebab comment kat blog ammi ni ye…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: