Naik Beca @ Melaka

Sepanjang Ammi hidup.. dan sepanjang berpuluh-puluh kali Ammi pergi melaka.. ini lah kali pertama Ammi naik beca kat Melaka tu.. heheh.. memang pengalaman yang agak menarik…

Ammi dengan adik Ammi ni tak plan pun nak naik beca… lepas Ammi naik Menara Taming Sari tu Ammi dan adik Ammi jalan2 la kat pasar besar yang depan muzium kapal tu.. tetiba secara tak dirancang kami berdua tahan beca pastu terus tanya harga… abg beca tu cakap RM20 je.. dia bawak pusing2 bandar Melaka tu dalam 30 minit macam tu la… so Ammi pun setuju nak naik… dalam masa yang sama… Ammi risau jugak.. dok pikiaq.. larat ka abg beca tu nak angkut kami berdua.. dah la sorang2 saiz XL kannn~~~ dah la abg beca tu kecik keding je… hehe

Ammi teruskan jugak niat nak naik beca tu… haaa ambik kau.. sendat hokkey dua orang naik satu beca… kalau tak caya tengok gambar jap lagi… bukti bahawasanya sangat la sendat…

anyway… kalau korang nak cari hotel-hotel di Melaka serta harga sekali, boleh klik link yang Ammi bagi ni…

Klik :

HOTEL DI MELAKA

kaaannnnn~~~~~~ hahahahahha…..

oo yee.. untuk pengetahuan korang semua.. harga beca ni berbeza mengikut owner beca tu sendiri… ada harga RM20.. ada RM15… ada RM40… so tak tentu.. Ammi rasa makin canggih makin mahal kotttt….

sepanjang perjalanan Ammi naik beca ni.. abg beca ni ada la cerita serba sedikit sejarah Melaka ni.. memang nice…

Maybe korang pernah nampak benda lobang2 ni kat Melaka… tapi tahu ke motipppp dia pagar benda ni… ???? tempat ni adalah tempat dimana ahli2 arkeologi mencari bahan sejarah Melaka masa dulu…tu je..  hehe

Bangunan putih yang indah ni…(indah ke???) hahaha… ialah bank yang pertama wujud di Melaka ni… sebelah je dengan tapak lobang2 arkeologi tu..

Ammi ditunjukkan jugak pokok sejarah yang dah memberi nama pada Melaka ni… aishhh.. tak payah cerita la.. semua yang pergi sekolah mesti tahu punya la.. kalau tak tahu tu.. pergi bukak buku teks sejarah sekolah menengah korang tu balik…

Masa Ammi pusing2.. abg beca tu ada la cerita jugak pasal kederaan kedabak besar bewarna kuning seperti gambar di atas ni… nama kereta aneh ni Ammi tak tau… tapi yang menariknya kereta aneh ni boleh bergerak atas darat dan atas air.. huhu.. bestkan.. tapi masa ni Ammi tak cukup bajet nak naik.. sebab sekepala harga nak naik kalau tak silap Ammi RM35… kalau tak silap la… kaunter tiket tak jauh pun dari kereta aneh tu.. macam dalam pic yang ammi tepek ni la…

tu je la cerita pasal Beca.. nak tulis panjang2 pun bukannyer korang nak baca pun.. buat penat Ammi tulis je kannn~~… hehe.. bye bye..

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

4 responses to “Naik Beca @ Melaka”

  1. Bear says :

    Test2 ni kali ke 4 dah komen..geram plak.

    Anyway, mmg cam sardin naaa.

    Haaa beca mmg ikut ske hati dier jer nak letak harga, depends on kechanteqan beca tu. Kalo lagi mahal, yg ader speaker Feng Tau hahahaha :p

  2. syahidagg says :

    best jugak melaka..bawak budak2 sek gi lawatan ok gak

  3. Ammi says :

    syahidagg..

    melaka memang best bagi ammi.. sebab banyk betul tempt yg boleh kita visit.. 3 hari 2 malam pun rasanya belum tentu habis lagi… hehe

    kalau bawak budak2 sek p sana memng lagi la sangt sesuai sebab kat sana mmng tempat bercuti yang banyak dengn ilmu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: