Archive | October 2010

Haszlena Homestay @ Langkawi Part 2

Sepanjang Ammi berada di Pulau Langkawi.. Ammi dan keluarga tinggal di Haszlena Homestay… sebelum Ammi pergi Pulau Langkawi.. Ammi sempat buat research di internet untuk tempat tinggal yang sesuai… cari punya cari.. akhirnya jumpa jugak yang paling sesuai dan murah.. iaitu di Haszlena Homestay.. homestay ni terletak di Taman Nilam.. berdekatan dengan Wildlife Park..

Ammi sangat berpuas hati dengan service dari pihak Kak Hasz… memang bestttt~~~~

Tempoh Ammi sewa :

3 hari 2 malam

Harga total :

RM300.00 (including Deposit)

facilities :

Air-cond, Astro, dapur, gas, peti ais, mesin basuh, pinggan mangkuk, buaian baby, sejadah, telekung, tuala, sabun mandi.. dll

* kesimpulanya… sama macam rumah yang ada family.. complete…

*toilet sangat bersih…Best.. homestay 5 stars..

x

contact number kak Haszlena.. kalau berminat sila la call… korang kena booking awal sebab rumah ni sentiasa je penuh… untuk 2011 pun dah ada orang booking tau…

pemandangan dari luar.. rumah teres tau.. cantik lagi…

astro.. yang kat tepi tv tu jajan… pihak homestay yang sediakan.. bukan Ammi yang beli tau… hehe

Kawasan dapur… sama tak macam kat rumah korang.. tuu blakang tuu.. buian baby pun ada tau.. klas sangat…

Ni toilet kat dapur… sangat bersih.. actually ada lagi satu toilet di bilik tidur utama… lupa pulak nak ambil gambar… nak tau macam mana bilik air tu.. pergi la website kak haszlena..

bilik tidur utama.. ada air-cond, kipas dan bilik mandi..

Bilik tidur ke dua.. ada air-cond dan kipas… Ammi tidur sini.. hehe.. best best best~~~

Bilik tidur ke tiga.. ada kipas je.. hehehe… tapi still best..

P/S : sesiapa yang datangdengan family atau group sama jantina ke langkawi.. Ammi syorkan korang sewa la di Haszlena Homestay… maklumat lanjut boleh klik je website yang ammi bagi kat atas tadi..

Langkawi Part 3.. Ammi nak sharing dengan korang pasal cable car kat Langkawi.. pengalaman yang tak boleh Ammi lupakan… tunggu k..

Advertisements