Melaka Planetarium

Lepas Ammi visit Taman Mini Malaysia & Mini Asean.. Ammi singgah pulak di Melaka Planetarium.. Actually Ammi dah sampai petang tu… tapi masih 50-50 nak masuk ke tak nak.. pastu just masuk je la dan tanya kaunter pasal palnetarium ni.. kebetulan hari yang Ammi datang adalah hari something pasal planet2 ni.. Ammi pun tak ingat la nama spesifik dia… so costumer service tu cakap malam tu ada buat tayangan video berharga RM5.00 sahaja utk 3 cerita..  kalau tak silap Ammi nama orang yang incharge tu Hamidah…

kalau korang nak tau.. Tempat tayangan video ni bukan macam tengok wayang kat cinema tu.. dia sangat berbeza daripada cinema atau TGV atau sama waktu dengannyer…

Kerusi yang korang duduk adalah dalam keadaan separuh baring.. actually hampir baring pun ye.. dan… screen dia bukan di depan.. tapi diatas… ye laaa.. dah korang duduk hampir baring takkan la screen nakkan depan pulakkan…

contact number Melaka Planetarium :

06-2322122

mana la tau tiba-tiba korang nak duduk atau tercari-cari hotel yang berdekatan dengan tempat-tempat menarik di Melaka ni kan…  jadi Ammi bantu korang siap-siap  buat persediaan bajet hotel korang…

Klik :

HOTEL DI MELAKA

so macam mana keadaan tempat tu.. Ammi akan tunjukkan…

Reka bentuk dan keadaan antara siang dan malam di Melaka Planetarium…

Segala pertanyaan dan pembayaran boleh dibuat di kaunter ni haa… korang jangan risau.. diorang ni sangat pemurah dengan senyuman dan akan cuba jawab sebaik yang mungkin… macam ni la rakyat Malaysia… cayaa lahhh!!

Pintu masuk ke bahagian atas dan bawah… atas tayangan video.. bahagian bawahh plak macam pameran sains.. alaa.. macam planetarium Negara KL..

Antara benda2 yang dilarang dibawa masuk…antaranya kamera… tapi Ammi bawak jugak masuk senyap2.. heheh.. ye la… habistu tak dak kamera.. tak boleh la nak cerita kat blog…

keadaan tempat duduk di dalam bilik tayangan… korang tengok macam biasa je kan… korang tengok jap lagi Ammi buat demo duduk atas kerusi tu..

Konti tempat pihak pengurusan on dan off movie…

screean ni buka depan Ammi.. tapi di atas Ammi tengah berdiri.. kamera di ambil dari sudut bawah… warna hijau maksudnya tayangan tak mula lagi pon.. hehe

Jeng jenggg… cuba tengok sudut darjah Ammi duduk.. kan kan kan… warna hijau tu adalah screen dia.. bayangkan screen tu dari kiri Ammi sampai kanan Ammi dan keadaan screen tu melengkung…

Cuba korang tengok gambar 1st Ammi letak atas tadi… kan ada kubah macam masjid tu… kubah tu adalah screen dalam bilik ni…  heheh.. so bayangkan.. tayangan video ni adalah 3D.. tak payah pakai cermin mata 3D… korang akan rasa berada di dalam cerita yang ditayangkan… macam korang berada dalam cerita tu… heheh.. memang best..

kalau korang tak berpeluang nak pergi melaka… di Planetarium Kuala Lumpur pun ada… so cuba la rasai pengalam yang menarik ni…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

3 responses to “Melaka Planetarium”

  1. Bear says :

    Environment dah best and terbaik, cuma movie boleh diimprove lagi dari masa ke semasa… harap pihak planetarium ambil perhatian🙂 peace

    • Ammi says :

      ha’a kan.. betul betul betul… tayangan video kena di perhebatkan lagi supaya orang tak boring… pihak planetarium jugak kena tayangkan jugak2 video yang berbahasa melayu.. sekurang-kurangnya dapat memberi peluang kepada warga2 emas yang tidak mahir berbahasa inggeris mempelajari tentang sains…

  2. nufa says :

    nak tanye..masuk free ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: