Naik Feri @ Langkawi Part 1

20 Oktober 2010 (Rabu).. Ammi bertolak ke Pulau Langkawi… Kali ni Ammi pergi bercuti dengan Family… ditanggung penuh oleh keluarga.. hehe.. so follow je la kan… kikiki…

Ammi bertolak pada hari rabu malam… perjalan yang sangat memenatkan… naik kereta.. perjalanan mengambil masa 8 jam + 1 jam naik feri… Ammi sampai di jeti perlis jam 6.30 pagi macam tu la.. terus beli tiket..

cadangnya nak naik Feri Lada.. tapi lambat sangat dia bertolak… so Ammi nak sampai awal ke Langkawi supaya tak buang masa…  jadi Ammi naik bot Marine Star 3…

Harga Tiket Feri :

RM18.00

semua harga feri sama je… hehe

korang boleh beli tiket di kaunter yang disediakan… actually korang boleh naik bot di 2 tempat..iaitu di Kuala Perlis atau pun di Kuala Kedah.. kalau tak silap Ammi naik dari Kuala Perlis ke Langkawi…

Jadual Waktu setiap jenis feri bertolak ke Langkawi.. Ammi naik yang Marine Stars 3..feri ni bertolak awal.. jam 7.00 pagi.. naik di platform nombor 7.. kalau nak naik Feri Lada.. dia bertolak jam 10.oo pagi.. so korang dah buang masa banyak nak menunggu..

bukan bahagian atas tu tempat Ammi duduk ye.. tapi di bahagian dalam… tempat duduk not bad la… tapi kalau korang nak rasa lagi best dan selesa boleh la pilih Feri Lada…

Macam ni rupa Feri Lada… lebih besar dan lebih selesa.. harga semua sama je..

begini lah keadaann dalam Marine Stars 3.. perjalanan korang takkan boring sebab dioarang akan tayang Movie… so korang akan leka tengok movie dan akan mengurangkan faktor mabuk laut..  kalau yang suka tengok permandangan tu.. boleh la tengok melalui tingkap feri..

Sampai saje di Jeti Langkawi… korang boleh buat pilihan samada nak guna perkhidmatan pemandu pelancong atau pun nak sewa kenderaan… macam-macam jenis kenderaan ada.. kalau banyak duit boleh la sewa kereta mahal sikit kan… tapi buat apa sewa mahal-mahal.. bukan kereta kita pun.. yng penting selesa dan boleh bergerak ke tempat destinasi yang nak dituju.. hehe..

Perkhidmatan :

Ammi menggunakan perkhidamatan RST Holiday Sdn Bhd..

Kenderaan sewa :

Ammi sewa Van..

Harga :

satu Hari RM70.00

Ammi nak suggest kat korang.. korang boleh ambil pakej yang disediakan kat RST Sdn Bhd ni.. antaranya Ammi book

private bot pergi Island Hopping :

RM280.00 (3 pulau including eagle fedding)

1. Pulau basah

2. Pulau Dayang Bunting

3. Pulau Eagles Feeding

Masa :

4 jam

bukan setakat Island Hopping… Ammi juga beli terus tiket untuk Cable Car.. kalau korang beli kat sini harga jauh lebih murah berbanding kalau beli kat sana…

Harga :

RM16.00 (dewasa)

* kanak2 Ammi tak sure sebab tak de budak kecik yang ikut Ammi.. heheh.. kalau harga di tempat cable car RM18.00.. so boleh jimat RM2.00

Dah penat perjalanan.. beli tiket bagai… Ammi pergi cari kedai la.. nak makan breakfast sekali dengan lunch… heheh.. kalau korang ada kat sana singgah la kat kedai makan Sup Corner… sangat berbaloi… sangat sedap… semua best.. kalau tak silap Ammi kedai ni berdekatan dengan Pekan Kuah

Taman Nilam adalah tempat yang akan Ammi tinggal sepanjang 3 hari 2 malam… Ammi tinggal di Homestay.. nak tau macam mana tempat tinggal Ammi.. tunggu Langkawi Part 2 k… hehehhe…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

5 responses to “Naik Feri @ Langkawi Part 1”

  1. Bear says :

    Hahahaha ammiii salah info daaa bukan wild life park… kedai makan ni dekat dengan pekan kuah…

  2. ihsangamerz says :

    wah anda hebat juga yah dalam pengambilan fotonya🙂 keren bgt deh artikel ini😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: