Cable Car @ Langkawi Part 3

Lepas sampai je kat Haszlena Homestay.. Ammi lepak rehat2 dulu sampai Zohor.. lepas Solat zohor dalam jam 2.00 petang…  apa lagi… tak nak buang masa la kan.. dah excited sangat nak pergi jalan2 ni… disebabkan tiket Cable Car dah dibeli awal2 lagi  di RST Holiday Sdn Bhd… dah tetentu lah jadi aktiviti pertama di Pulau Langkawi ni kan…

Kalau korang tak jumpa panduan nak ke Cable Car tu.. korang boleh cari Oriental Village… tak pon boleh cari guna satu laluan nak pergi Telaga Tujuh… insyallah mesti jumpa punya la… kalau susah sangat beli GPS sebelum pergi Langkawi ye.. habis cerita… heheh

Macam Ammi cakap masa part 1 dulu… beli tiket di Jeti lebih murah kalau nak beli kat Oriental Village … so Ammi bagi sedikit info k…

Tempat Ammi beli tiket yang murah :

RST Holiday Sdn Berhad…(Dekat Jeti tau)

Harga Tiket :

RM14.00 (per-head)

* Dah sampai kat Cabel Car.. pergi counter tukar tiket dengan sticker..

Kalau dah jumpa kuda putih ni… dah memang dekat sangat dah dengan tempat Cable Car kat Oriental Village… Kuda ni berdiri di tengah-tengah simpang 3.. so kalau ke kiri korang akan pergi ke Telaga Tujuh.. so korang ambil kanan…

kat dalam ni korang boleh la nak jalan2 dulu ke atau nak buat apa2 aktiviti lain dulu ke kan.. sebab kat dalam ni bukan sekadar ada Cabel Car.. ada kedai2 cenderahati dan beberapa permainan yang menarik tau.. antaranya….

Nampak menarikkan.. memang menarik pon… nama benda alah ni SEGWAY FUN RIDE… macam mana bayaran semua Ammi tak pasti la sebab Ammi tak naik benda ni.. tapi kalau korang nak tau lebih lanjut boleh la call diorang ye..

Phone Number :

019-5299173

korang tengok la sendiri.. bertapa tingginyer Cable Car ni akan mendaki… masa ni jantung Ammi dah berdenyut sangat laju… mati laa.. dah la Ammi gayat tahap dewa… tawakal je la sebab tiket dah beli.. tak naik karang nanti kena marah… hehe

Lepas korang beli tiket kat Jeti… kat kaunter tempat Ammi berdiri ni korang boleh tukar tiket dengan sticker…

sticker yang korang dapat nanti boleh la lekat kat mana-mana yang korang nak lekat.. tapi jangan bagi hilang tau sebab nanti sticker ni kena pulangkan balik baru boleh keluar…

Cable Car ni bergerak non stop… pintu akan dibuka secara automatik.. tapi cable car ni sentiasa bergerak walaupun pintu terbuka… so kalau korang nak turun ke stesen2 perhentian kat atas nanti kena la turun dengan pantas…

muka Ammi masa ni tak boleh blahhh!!! tuhan je yang tau betapa gayatnyer Ammi masa ni.. nak senyum pun dah macam kerang busuk…

masa ni Ammi berada di ketinggian 700 meter… kabus sangat tebal… Menara Taming Sari kat Melaka pun baru 80 Meter…

sekrang up lagi 5 meter tingginyer…. kat atas ni sangat sejuk..

705 meter ni adalah ketiggian pada stesen ke 2… masa stesen pertama 700 meter je… tapi masa kat stesen ke dua ni tak dapat tengok sangat pemandangan sebab kabus sangat tebal dan awan pun tebal..

masa ni nak turun ke bawah… mula2 je rasa macam nak putus jantung sebab laju giler dia turun dari puncak… tapi makin rendah makin selesa la.. tu yang pose poyo2 tu…

Pengalamann Ammi naik Cable Car ni adalah satu lagi pengalaman yang best… so korang harus cuba dan pergi rasa sendiri apa yang Ammi rasa…

Tags: , , , , , , ,

4 responses to “Cable Car @ Langkawi Part 3”

  1. akma says :

    hikhik muka ammi xbley blah time ats cble car 2 kan..muka budak minx 50 sen!😛 hikhik

  2. akma says :

    hakhakhak lau akma,mmg xdela nk naek…lau naek pun,mmg tutup jela mata..smpi atas bru bkak mata🙂 ohoho..
    jdy cam org buta jap!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: