Kota Mahsuri @ Langkawi Part 5

Lama bebenor nak mengupdate Langkawi Part 5 ni ye.. busy giler la akhir2 ni… ni pun curi2 masa skit nak mengupdate… ye la.. nanti Nuffnang tak jalan meyyy!! Motippppp~~~

Kali ni Ammi nak cerita pasal Kota Mahsuri.. Ammi rasa semua orang dah maklum citer pasal Mahsuri ni kan…kemasyuran cerita Mahsuri ni sangat terkenal di Malaysia dan Thailand..

mungkin jugak dah lama korang tak pergi visit..  so Ammi update la serba sikit pasak Kota Mahsuri yang terkini k..

Info Bayaran / fee :

Kaunter A (personal)

RM5.00 (dewasa)

RM2.50 (7 – 12 tahun)

RM1.00 (5 – 6 tahun)

Kaunter B (grouping)

RM (tak tahu sebab Ammi masuk as personal)

.. sorry ek.. hehe

Video Kamera

RM5.00

* siapa muka ala-ala mix macam bangla ke.. mat saleh ke.. sila bawa mycard bersama.. heheh

Pintu masuk utama ke Kota Mahsuri

Kaunter A

Kaunter B… sebelah sahaja dengan kaunter A

bersebelahan dengan pentas Caklempong ni ada mini muzium pasal Mahsuri.. gambar Ammi tak dapat tunjuk sebab tak boleh ambik gambar kat dalam tu.. tapi menarik sangat kat dalam tu sebab banyak sejrah2 Mahsuri di pamerkan di dalam tu.. very nice..

Mahsuri Bt Pandak Mayah.. telah menyumpah Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur selama 7 keturunan…  Ammi tolong tuliskan apa yang di catit kat batu hitan tu.. hheheh

Tabung duit ni diletak bersebelahan dengan Makam Mahsuri… tak tahu la apa motifnyer.. tapi kalau korang nak derma.. bolehh jee…

nanti masuk dalam je korang akan jumpa rumah besar ni.. korang jangann tersilap tau.. ni bukan rumah Mahsuri… Ammi pon tak tau la rumah apa ni sebab tengah renovate…siapa ada beca bagai… hehe

Kat dalam ni baru kawasan kisah Mahsuri… memang cantik… banyak pepatung… melambangkan keamanan.. huhu

ini lah rumah kediaman Pandak Mayah… rumah keluarga dan Mahsuri tinggal.. korang boleh masuk dalam.. tapi kena bukak kasut.. Ammi mengesyorkan korang pakai selipar je la datang sini sebab banyak  tempat korang masuk kena bukak kasut…so  jom tengok dalam dia pulak…

ilustrasi Mahsuri.. cantikkan~~

Ruang tamu rumah… ada satu buian baby tergantung kat tengah-tengah rumah ni.. budak ni punya suka sampai tak nak balik..

tempat tidur.. berdekatan dengan dapur… budak ni masih seronok tak nak balik… aneh betul budak ni.. padahal bukan ada siapa pun kat dalam ni kan.. jeng jeng~~~

Bahagian dapur rumah… pakai dapur tungku je tau.. sangat berbeza dengan dapur rumah kita… hehe.. kalau Ammi la jawabnyer memang korang tak makan la…

Bahagian bawah rumah.. ada la beberapa koleksi alatan tradisional.. tak tau la zaman sekarang masih guna atau tak..

dah habis pasal rumah Mahsuri.. so sekarang ni ke Muzium Diorama.. benda apa ni ek.. mula2 Ammi pun tak tau apa benda tu Diorama kan.. so excited giler nak masuk… tapi kena bayaran..

murah je.. tak mahal pun… kalau korang nak masuk dalam ni ammi cadangkan masuk la time ramai2 orang atau pun korang masuk ramai2… seram ler…  masa Ammi masuk dalam ni tak de seorang pon ada just bertiga je dengan adik2 Ammi.. orang lain semua tak de… hukhuk..

Koleksi-koleksi Mahsuri.. semuanya original… cuma ada la diorang lukis2 nak bagi cantik.. macam kat tempayan air tu.. cantik ke??? kalau biarkan original lagi bagus… hehe

Keturuna ke 6 Mahsuri..  Tn Haji Wan Ismail..

Keturunan Ke tujuh Mahsuri.. Wan Aishah… sekarang menetap di Thailand

Ammi nak cerita la sikit pasal sejarah Mahsuri ni… Wan Mahora isteri kepada Dato’ Seri Pekerma Jaya telah mengfitnah Mahsuri berselingkuh.. telah mendapat perintah Dato’ Sei Pekerma Jaya menjatuhkan hukuman di sula sampai mati.. semuanya angkara si Wan Mahora yang bersubahat dengan 2 ekor Dayang  yang tak guna.. tak sedar diri tu.. geram tul Ammi…  hukuman sula tu tak jadi.. Mahsuri tak mati2… disebabkan Mahsuri dah tak tahan diseksa.. Mahsuri memberi tahu dia akan mati jika menggunakan keris pusaka keluarganya… selepas ditikam dengan keris pusaka.. darah putih mengalir dari tempat tikaman mahsuri… orang semua pelik.. so orang ramai anggap Mahsuri menjadi korban fitnah.. sumpah Mahsuri seakan-akan menjadi kenyataan… Pulau langkawi diserang oleh luar.. negara mana tak ingat la.. Wan Mahora di tangkap dan diseksa sehingga la dia mati.. padan muka kau.. keji sangat perangai tu…

setiapa sabtu dan ahad akan diadakann tayangan pentas yang dilakonkan semula kisah korban Mahsuri ni.. Nasib Ammi tak baik sebab minggu yang ammi pergi tu tak de tanyangan sebab pelakon diorang tak cukup.. ada yang balik kampung… hehe

kat dalam ni jugak ada mini zoo.. semua burung2 yang cantik.. hehe.. ada kena mengena dengan Mahsuri atau tak.. itu Ammi tak tau…

Lepas penat pusing2 kat dalam Kota Mahsuri.. korang boleh la shopping buah tangan utk kawan2 kan.. tak jauh dari Kota Mahsuri… by the way.. kat sini harga dia jauh lebih murah berbanding dekat Pekan Kuah…

actually ammi memang suka visit tempat2 sejarah… so habis sudah cerita Mahsuri.. tunggu cerita Langkawi Part 6.. cerita pasal Dataran Langkawi & Island Hopping..

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

3 responses to “Kota Mahsuri @ Langkawi Part 5”

  1. akma says :

    so nice!

  2. akma says :

    sekali sekala pegi tmpat bersejarah ok what,dri pegi tmpat mnghabiskan duit 24jam..huhuhu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: