Island Hopping(Dayang Bunting Island) @ Langkawi Part 7(2)

Lepas pusing-pusing menikmati kecantikan di Beras Basah Island… Ammi pergi melawat pulak Dayang Bunting Island..bentuk pulau ni memang nampak macam  perempuan yang sedang mengandung.. kat Dayang Bunting ni best sikit sebab dah macam ala-ala taman rekreasi dah… kalau tak percaya korang tengok sendiri..

cuba korang perhatikan pulau di tengah-tengah tu… macam dayang bunting kannnn~~~heheh

di Dayang Bunting island ni jugak.. korang akan diberi masa 1 jam untuk pusing2 kat sana…

korang kena jalan naik keatas kalau nak tengok atau nak mandi manda di tasik bunting ni… tempat dia memang cantik…

bila korang turun bahagian bawak kan.. kat bawah tu ada jeti besar, ada swimming pool… so korang boleh mandi manda kat situ.. tempat salinan baju pun dah di sediakan…  tapi korang kena pakai jeket keselamatan masa mandi sebab air tasik ni sangat dalam….

kat tasik ni ada diorang letakkan cerita lagenda tasik dayang bunting ni.. so boleh la korang membaca kalau berminat…

korang baca sendiri board ni…. kedalam tasik ni adalah 30 kaki.. tak ada security guard.. so pandai2 la korang pakai jeket keselamatan k…

kat sini jugak ada disediakan solar boat, paddle boat, canoe dan life jacket… cuma korang sediakan duit je.. hehe.. ammi tak mandi pun.. sebab tak bawak baju mandi dan tak tahu pun kat sini boleh mandi manda.. so next time la.. kalau pergi lagi…

masa Ammi nak naik tangga balik ke bot kan.. ada la terjumpa dengan sekor anak monyet ni… duduk tepi tangga tu pastu pegang dia punya “adik kecik” dan main2 macam guitar… heheh.. lucah sungguh… by the way.. kat pulau ni pun banyak monyet ye… so hati2 dengan barangana korang dan makanan korang…

masa dalam perjalanan nak ke Eagle Feeding.. driver bot ni bawak Ammi singgah ke sebuah gua ni… tengok kelawar kat dalam tu… banyak jugak kelawarnyer… dalam gambar ni.. nampak tak bintik2 hitam yang banyak tukan.. tu la kelawar.. hehe..

lepas ni ke Eagle Feeding… antara  pengalaman yang best sangat… tunggu next entry k…

Tags: , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: