Wang Kelian @ Perlis Part 2

Lepas habis pusing-pusing kat Gua Kelam… Ammi tak nak buang masa dan terus pergi ke Wang Kelian…. Wang Kelian ni terletak di sempadan Thailand… actually dah masuk Thailand dah pun… cuma di sempadan je la…

sekrang ni.. pada hari sabtu dan ahad.. korang boleh masuk ke sempadan Thailand tanpa menggunakan pasport.. so boleh la korang shopping kat sana puas-puas…  kalau tak silap Ammi kereta boleh masuk.. tapi tak pasti la macam mana cara dia… Teksi memang tak boleh masuk…

So kat sana tak de la banyak sangat Ammi shopping… antaranya Ammi beli Lampu Dinding hiasan yang diperbuat daripada kayu… banyak jugak la beli.. dalam 6 biji macam tu.. beli minyak wangi… apa benda ntah lagi.. Ammi pun tak ingat… yang pastinyer memang best urusan jual beli kat sana…

Masa ni masih di sempadan Malaysia – Thailand… tapi kalau korang tengok pemandangan di sekeliling kat situ… dah mula ada sign board 2 bahasa… malay & Thailand…

kat sana nanti korang akan lalu untuk pemeriksaan imigresen Malaysia dulu…

Lepas tu baru lalu untuk pemeriksaan Immigration Thailand pulak…

kat sana.. hampir semuanya adalah warga Thailand.. totaly budaya diorang dan budaya kita sangat berbeza.. terutamanya dari segi percakapan.. ada perniaga kat sana memang tak boleh cakap melayu langsung..  ramai perniaga di sana cakap.. intonasi percakapan warga Malaysia ni sangat kasar..  jadi Ammi nak bagi la tips sikit bila korang nak beli kat sana…

1.  cakap dengan lemah lembut bila berurusan jual beli dengan peniaga di sana.. cakap selembut yang boleh.. kalau tak.. jangan harap korang boleh dapat harga murah kat sana..

2. kalau diorang tak boleh cakap melayu.. tapi korang nak beli barang kat diorang… gunakan kalkulator untuk urusan jual beli dengan diorang nanti..

3. jangan lupa ucapkan terima kasih… atau pun “Kop Kun”.. maksudnya terima kasih jugak…. selepas urusan jual beli..  korang akan tengok kepuasan perniaga kat situ dengan senyuman.. murahkan lah senyuman korang ye… hehe..

So Ammi tak boleh lama-lama kat Wang Kelian..masa tak mengizinkan.. Ammi terus gerak ke Padang Besar… kat sana pun sempadan Malaysia Thailand jugak.. tapi tak boleh masuk Thailand… hehe.. nak tahu apa ada kat sana.. tunggu Perlis Part 3 ok..

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: