Majlis Pertunangan @ Guar Perahu, Penang

Last Week.. Ammi and the geng balik kampung kat Penang… tujuan utama adalah nak menghadiri majlis pertunangan  kawan Ammi… Adam dan Nurul… Majlis pertunangan berlangsung di Guar Perahu, Penang (rumah perempuan la kan…) hehe

Kalau dari kampung Ammi dalam 15 minit macam tu dah sampai dah.. dekat je dengan rumah Nurul.. antara member-member yang hadir masa hari tu.. Ammi.. Hafiz.. Epan.. Naju.. sarah dan Haikal…

Majlis pertunangan ni kalau tak silap diraikan sekali dengan majlis doa selamat… menu hari tu memang best.. dah macam lauk kenduri kawin dah..tu yang paling wajib tu… hehe.. antara menu yang ada… nasi putih, ayam masak merah, daging rendang, roti jala, air oren, buah-buahan… tu je yang Ammi ingat..

** pada kesempatan ni… Ammi nak ucapkan tahniah kepada pasangan Adam dan Nurul di atas majlis pertunangan yang telah diadakan.. terima kasih juga atas undangan  untuk  Ammi dan kawan-kawan ke majlis tersebut…

Pihak lelaki baru sampai… dalam jam 3 petang.. kalau tak silap… “awal sangat~~”... sampai berpeluh-peluh Nurul.. hahah..

Pasangan Adam & Nurul a.k.a No ‘on…

Nurul..serba pink…

Masa ni Adam nampak resah sangat…masa ni dia belum masuk jumpa pihak perempuan lagi.. hehe.. tau la nak ngadap bakal bapak mertua kan…very the~~

Hantaran dari pihak Lelaki dan Perempuan… meriah tau.. dah macam majlis perkahwinan dah…ni baru bertunang.. kalau nikah nanti tak tau la macam mana kan..

Geng geng comel.. hahaha.. statment berani mati….

kusyuk ni.. tengah makan.. lauk sedap sangat.. (sebenarnya dah kebulur tunggu Adam)

Ammi sangat suka pasangan couple sarah & Haikal ni.. sweet giler..

masa nak balik tu.. ternampak diorang baru letak roti jala.. apa lagi.. serbu dulu sebelum balik…memang dasar beruang..

petang tu Ammi & geng gerak pergi jalan-jalan kat Penang… pergi Batu Feringgi dan makan ikan bakar.. Adam belanja..  nanti Ammi update kemudian la ye..

sekali lagi tahniah untuk Adam dan Nurul…

Tags: , , ,

Trackbacks / Pingbacks

  1. Baru Update? » Skolblog - January 4, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: