Rayman 2 The Great Escape @ UbiSoft

Game…!! memang Ammi tak suka main game… baik game PC ke.. Play Station ke.. PSP ke…  dan apa-apa jenis la.. memang Ammi tak berminat…Ammi memang ada masalah main kejap lepas tu Ammi jemu…Mungkin tak jumpa game yang betul-betul kena dengan jiwa…

Kalau Ammi main game perang kan… Ammi yang akan kejang nanti.. kaki tangan sejuk.. pastu jantung mesti laju…  game perang memang tak sesuai dengan Ammi… huhuhu.. maybe sebab Ammi ni tak boleh terkejut kot… *Sigh

sampai la sepupu Ammi ada syorkan 1 game ni.. game PC… nama game tu Rayman 2 The Great Escape… keluaran Ubi Soft punyer.. ini la 1st game yang Ammi main sampai habis… memang best giler game ni… game ni jugak ada sediakan beberapa jenis bahasa… ikut kepakaran korang la..

Game ni macam ala-ala movie dunia fantasi.. ekspedisi menyelamatkan Globox.. sejenis makhluk bewarna biru yang akan memberi si Rayman ni kuasa untuk menyalamat dunia Globox ni.. heheh..

makhluk biru comel tu la Globox… gambar ni masa mula-mula start game.. Rayman ni dipenjarakan oleh askar robot.. masa dalam penjara ni la dia jumpa dengan si makhluk biru ni…

untuk menyelamatkan dunia Globox ni… si Rayman ni kena cari 4 jenis topeng yang sangat berkuasa yang mana dapat menyelamatkan dunia fantasi diorang ni daripada askar-askar robot… sepanjang perjalanan si Rayman ni akan menempuh macam-macam jenis bahaya.. banyak makhluk-makhluk aneh yang akan datang serang dia… so game ni bukan setakat seronok… tapi dia menguji cara anda berfikir untuk serangan…dan seram… memang mencabar jugak la nak lepas satu-satu chapter tu..

Topeng-topeng yang dah jumpa.. kena dibawa ke tempat penjaga topeng bertangan panjang ni…

antara halangan-halangan yang si Rayman ni kena mengadap…

pertempuran antara Rayman dengan makhluk kotak elektrik…

serangan daripada ikan Pirana mulut besar… bila Pirana ni kena tembakkan.. gigi dia akan pecah macam kaca terhempas kat lantai.. ahaha…

Makhluk penjaga bola kristal… korang kena bunuh makhluk bulat ni.. lepas bunuh.. baru korang akan dapat bola kristal. tu.  tapi gambar kat atas ni korang nak kena dapatkan bola macam buah manggis gergasi..  makhluk ni boleh keluarkan api daripada mulut dia.. dan makhluk ni suka serang hendap dari belakang.. bila korang toleh belakang je.. dia akan menyorok.. keji sangat perangai..

part nak lawan makhluk ais gergasi ni pun antara cabaran yang agak susah.. kena ada skill.. korang kena fikirkan skill masing-masing… tujuan nak bunuh raksasa ais tu untuk dapatkan gelung terbang yang warna purple tu.. gelung tu akan membantu korang bergayut untuk melepasi sesuatu tempat… cara dia korang tembak pada gelung tu.. lepas tu akan keluar rantai cahaya..

rantai cahaya ni berasal daripada sejenis makhluk.. nama dia Ly…. dia akan membantu korang nanti… macam mana rupa asal makhluk Ly ni.. macam gambar kat bawah ni…

Makhluk Ly… kelebihannya boleh jadi gelung terbang.. boleh melompat dengan pantas dan laju…

ini la robot askar… diorang ni robot askar suruhan.. nak tau siapa Big Boss diorang… jap lagi Ammi tunjukkan… hehe

by teh way… Korang kena kumpul cahaya kuing terbang.. dan sangkar penjara mengikut kuantiti yang yang di perlukan bagi setiap chapter… setiap chapter jumlah yang diperlukan berbeza.. tujuan dia untuk korang melepasi ke chapter yang lain..

ini adalah salah satu chapter yang best.. korang kena ambil kotak bom.. bawak ke hujung tempat pelekat plaster tu.. dan baling ikut sasaran dia kat plaster tu… tapi sepanjang korang bawak tu akan ada bom-bom terbang yang akan dilepaskan pihak tentera robot.. masa ni korang akan kalut.. Ammi main masa ni sampai terjatuh dalam kolam asid yang warna hijau tu.. kalut punya pasal.. haha..

ada beberapa chapter nanti korang kena melepasi sesuatu kawasan kena guna Roket Ayam.. Ayam ni berlari sangat laju… dan korang tak boleh berlaga atau bergesel dengan benda terlalu kerap sebab ayam ni akan meletup..

ada beberapa chapter yang susah masa Ammi main.. memang ambil masa sikit nak melepasi chapter yang korang main.. antaranyer… :

Main Jet Ski Naga Air…. memang laju.. lepas tu dalam perjalanan tu ada pula jumpa dengan Roh-Roh Tengkorak.. Bom Bom Terapung… Pirana… kalau korang langgar confirm korang mati…

Menyeberangi laut dengan menyelam dengan Paus Besar… korang kena bergantung Oksigen yang ada dalam Laut ni… dan korang bukan senang ye nak dapatkan Oksigen tu.. sebab korang kena berebut dengan Ikan Pirana.. siapa cepat dia dapat.. lepas tu nak cari jalan keluar lagi.. silap haribulan memang korang mati sesak nafas je kat dalam ni… stress aku main chapter ni…

Naik Roket Ayam Terbang… dalam ruangan graviti… ini pun antara chapter yang macam celaka sangat.. susah nak mampus… tiga empat jam pun belum tentu korang boleh lepas… .

Chapter terakhir korang akan lawan BIG BOSS….hahahah….

ini la “BIG BOSS” dia… ketot.. kecik je.. hahaha… tapi last Chapter pun chapter yang sangat susah… korang kena lawan boss dia dalam ruangan Lava… korang pulak kena lawan dengan menggunakan roket ayam terbang tu.. memang terbenam la kan dalam Lava tu.. haha…

walau apa pun… game Rayman 2 The Great Escape ni memang best.. menjaminkan kepuasan.. tapi game ni dah takde jual kat kedai dah.. susah nak cari..  kalau korang jumpa.. beli la.. memang best…

selamat mencuba…

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: