Idrus Ikan Bakar + Jalan-Jalan + Misteri @ Penang

Cerita kali ni sebenarnya pasal ikan bakar….tapi gambar-gambar makanan tak cukup la… Ammi pun tak tau mana pergi semua gambar-gambar tu… kalau tak silap Ammi ..ada ambil gambar.. tapi sekarang dah tak de… ermm.. lantak la…

disebabkan gambar tak banyak.. so Ammi masukkan la cerita rojak-rojak sikit kat dalam entry ni… korang layann je ok…

nak citer apa dulu ek… ermm.. nak citer jalan-jalan dulu…

lepas pusing-pusing kat Hard Rock Hotel… Ammi pusing-pusing dulu kat area Batu Feringgi sebelum makan malam…

nak tahu info hotel-hotel yang ada di Penang… sila klik link yang Ammi bagi ni…

Klik :

HOTEL-HOTEL DI PULAU PINANG

Restoran Tarbush kat sini sangat besar… sebelah Tarbush ni ada restoran The Ship… sebelah The Ship ada Restoran Thailand….

pusing-pusing kat Batu Feringgi ni Ammi rasa macam best jugak.. sebab memang happening…

kawan Ammi cakap dah macam kat Hat Yai Thailand.. sepanjang perjalanan memang meriah dengan jualan dengan kedai-kedai… pelancong dari luar pun ramai… so boleh cuci mata… rezeki jangan tolak… hehhe

macam-macam benda ada jual kat sini… especially kraftangan untuk cenderahati … barang-barang perhiasan dan T-shirt pun banyak..

Masa jalan-jalan ambil gambar kan…  kitaorang ada la berhenti kat sebuah rumah… nama dia Rumah Perak… snap punya snap… lepas tu..~~  korang tengok la sendiri objek yang dah berjaya di capture…

Kawan Ammi tercapture satu objek cahaya disebalik pokok.. dua kali snap.. dan kedudukan cahaya hijau tu tak statik…

yang peliknya sekarang…  kawasan yang di ambil gelap… pastu  dengan mata kasar korang takkan nampak apa-apa sebab gelap… dalam kamera baru nampak..benda cahaya hijau apa.. Ammi tak tahu la.. hehe… wallahu’alam…

ok.. habis cerita misteri… perut lapar… so nak serbu kedai ikan bakar… yang penting Adam belanja… hahaha…

Adam ni tahu kat mana ikan bakar yang sedap kat Penang… so kitaorang follow je… janji kenyang…

Thank you Adam…. ikan bakar memang best…

ok.. tempat Ammi makan kat Restoran Idrus Ikan Bakar

Alamat :

No 3, Batu Uban,

Pengkalan Polis Marin Wilayah Utara,

Lebuh Raya Bayan lepas.

Contact :

Idrus

(012-5553769)

Nazaria

(012 – 5841667)

Ilias

(012-4528858)

Antara menu yang kami order malam tu…. :

Nasi Putih

Sotong Goreng

Kailan Ikan Masin

Kangkung Goreng Belacan

Tom yam Campur

Ikan Siakap 3 rasa

Ikan Kerapu Bakar

Ikan Pari Bakar

Air Fresh Apple Juice

Air Watermalon Juice

Anggaran bayaran malam tu untuk 7 orangbelow than RM180.00

kebersihan… puas hati

servis… puas  hati

kesedapan… puas hati

harga.. berbaloi baloi~~

sebelum masuk kedai.. korang boleh pilih jenis menu lauk korang kat luar ni untuk makan malam korang…

Masa Ammi sampai orang dah ramai.. gambar ni Ammi ambil lepas makan.. kebulor giler malam tu..hehe…

Bahagian dalam restoran..

Nasi Putih..

Kailan Ikan Masin…

Ikan Pari Bakar..

Ikan Siakap 3 rasa

Tom Yam Campur…

Perut dah kenyang… balik la.. nak tunggu apa lagi kan… tetidur dalam kereta.. kekenyangan…

esok tu Ammi gerak balik lepas makan Mee Udang Sg Dua… makan je keje hidup ni… *sigh… tapi aku sukaaaaa~~~ hahahah…

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

2 responses to “Idrus Ikan Bakar + Jalan-Jalan + Misteri @ Penang”

  1. rina says :

    ada tempat ikan bakar yang best..dekat Balik Pulau..kawasan dalam..kena masuk satu jalan tepi sekolah lepas trafik light..ada jalan nak ke muzium perang sebelum tu..try lh..

  2. Ammi says :

    rina…
    yer ker… kena cuba ni.. thanx utk informasi yer

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: