KLIMS 2010 @ PWTC KL

KLIMS atau pun nama penuh dia Kuala Lumpur International Moto Show 2010.. telah diadakan di PWTC Kuala Lumpur… bermula 2/12/2010 hingga 12/12/2010…  event ni diadakan 4 tahun sekali..

Ammi tak pernah pergi pun sebelum ni.. ni kali pertama Ammi pergi… actually KLIMS ni sesuai untuk orang-orang yang meminati pasal permotoran ni… memang sesuai…

Macam-macam jenis kereta yang ada kat situ… antaranya…. Toyota, Naza, Perodua, Nissan, Honda.. macam-macam lagi la…

Ammi ni buta tuli sikit pasal permotoran ni… so kalau nak tau lebih lanjut.. korang klik je link sini

Tujuan utama Ammi pergi KLIMS ni sebab nak tengok BatMobile dan Bumblebee Transfomer…  tu je.. hehe…

Ammi pergi kat sana hari kedua event… 3/12/2010.. hari jumaat.. masa ni pun orang dah ramai.. tak tau la kalau hari minggu kan… hehehe

* ini harga weekdays… kalau wekend Ammi tak tau…

kalau student with ID card…. RM5.00

Kalau bukan student… RM15.00

macam-macam korang boleh dapat kat dalam tu.. goody bags… hadiah-hadih yang boleh korang redeem kat counter dalam sana..

jangan lupa dapatkan Show Guide Calender yang ada di jual kat ruang legar kat situ.. maksudnya sebelum masuk ke hall… harga RM10.00…

dalam calender tu of course la kalender 2011 kan~~ tapi yang lagi menariknya… dalam calender tu ada banyak kupon-kupon istimewa yang boleh korang redeem masa kat dalam nanti… korang jugak akan dapat goody bags lepas beli Show guide calender tu…

Ammi nak cerita pasal kereta pun Ammi tak reti sangat.. so korang layan je la gambar-gambar ni ye.. semua gambar-gambar ni di dalam dan di luar hall..

Kaunter pembelian tiket masuk.. yang mana student IPT tu.. jangan lupa bawak student card korang ye…

nak naik ke Hall 1, 2, 3 & 4

Kereta kat atas stage hijau ni adalah hadia-hadia untuk pemenang cabutan bertuah… tempat pertama sampai ke tiga semuanya akan dapat hadiah kereta…

cabutan bertuah ni akan dibuat kalau tak silap Ammi last day event ni nanti… so sesiapa yang tak pergi KLIMS lagi tu pergi la sebelum 12 haribulan ni… masih sempat nak masuk lucky draw ni… sesiapa yang masuk sebagai student jangan harap boleh sertai lucky draw ni ye…

laluan masuk ke hall 1, 2, 3 & 4… korang kena masuk hall 1 & 2 dulu.. baru boleh buat pusingan masuk ke hall 3 & 4.. ada pahamm ka~~

food court ada disediakan kat sini… tapi harga event.. faham-faham je la kan~~ mahal kot… burger biasa seketul pun dah RM4.00.. giler nak beli.. tak berbaloi… so better korang makan kat luar je..

gambar-gambar yang sempat Ammi ambil.. macam-macam jenis ada… kereta konsep pun banyak jugak….

Perodua ada keluarkan satu kereta konsep… Ammi suka design kereta tu.. spoty, smart, solid dan cantik.. pada mata Ammi ler.. kalau mata juling korang tu Ammi tak tau la..

gambar kenangan abg rezaa dengan kawan dia.. orang kuat Perodua.. hehe

kereta konsep terbaru Produa… cantikkan… dalam dia not bad… besar jugak… luar nampak solid je..

Transformer Camero.. huhu.. cantik… tetiba anak Dato’ Hisahamudin dapat duduk dalam kereta tu.. jelesss~~~

Replika Transfomer Bumblebee… kalau tak silap Ammi tinggi dia 16 kaki…

Replika BatMobile… nak kata cantik pun tak.. nak kata buruk pun tak.. nak kata pelik.. memang pelik…

ini yang penting… Batman… huhu… korang boleh bergambar dengan Batman ni.. tapi sediakan duit secukupnya… ni bukan patung tau.. “ini butul-butul punya kejadian… “

ada mesin ATM Wireless… tak cuba pun.. malu.. duit tak dak… hahah..

Tetiba ada kaunter saman trafik PDRM kat tengah-tengah hall… motippp~~ memang kaunter ni la paling orang tak ramai.. haha.. semua larikkk~~~

balik tu terus pergi makan kat AU keramat.. murah je.. jangan membazir.. heeheh… (padahal bajet kannn~~)

Tags: , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: