Mirota @ Surabaya Part 11

Lepas pergi Jambatan Merah Plasa, Ammi gerak ke Mirota.. tak jauh pun Jambatan Merah.. Mirota ni sebenarnya kedai 3 tingkat yang menjual macam-macam jenis cenderahati a.k.a souviner

Harga berpatutan…  kat Mirota ni, pengunjung yang datang sangat ramai… ada yang shopping sampai habis berjuta juta rupiah.. sebab apa??? sebab barang-barang dia memang unik sampai juling bijik mata…

Kalau korang jalan-jalan kat Surabaya ni, lepas tu terjumpa bangunan ni singgah tau.. jangan tak singgah… memang best… nak shopping macam-macam jenis batik pun ada kat sini.

sungguh lucah patung-patung kat sini… bahagian bawah tutup.. bahagian atas tak tutup… sedey~~ tapi bergambar jugak ni.. bolehhh~~

actually kat dalam Mirota ni tak dibenarkan sebarang gambar diambil… ini pun gambar-gambar curi masa makan kat dalam Mirota ni… hehe..

Gambar ni sebahagian je tau… setiap tingkat jual barangan yang berbeza-beza.. perabot-perabot unik pun ada…

Minuman yang Ammi pegang ni adalah minuman tradisi di Surabaya…. nama dia Ammi tak ingat… tapi rasa dia lebih kurang macam cendol… dan yang pastinya sedap..

Menu Ammi hari tu.. order Soto Ayam..  sedap weiiii~~~

Yang ni nama dia Bakso… tapi kalau korang datang kat Mirota ni jangan order Bakso ni ye sebab tak sedap… kikiki~~

Dekat Indonesia sangat terkenal dengan Kicap ABC.. kicap ni dimakan dengan Bakso atau pun Soto.. kat Malaysia pun ada dijual.. tapi harga dia mahal sikit la.. botol kecik macam dalam gambar ni dalam RM2++.. kalau kat Surabaya dalam RM1 lebih je..

Masing-masing dah shopping.. sekarang ni tengah tunggu teksi nak balik Tunjungan Hotel..

susah jugak nak dapat teksi area Mirota ni… nasib baik la sepanjang di Surabaya cuaca tak panas langsung… memang seronok jalan-jalan… hehe..

2 responses to “Mirota @ Surabaya Part 11”

  1. ayudian says :

    Namanya es dawet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: