Happy New Year 2011

Pejam Celik.. pejam Celik.. dah masuk tahun 2011…. tahun meningkat dari satu angka ke satu angka… kalau tahun makin menaik, umur pun mesti la naik…. dalam beberapa bulan lagi genap la umur Ammi yang ke 26 tahun…

Ammi nak flash back siikit kenangan 2010…. macam-macam aktiviti Ammi buat… ada kenangan manis, ada kenangan pahit.

antara kenangan manis 2010 :

1. pertama kali Ammi mendapat hadiah birthday pada umur 25 tahun

2. Makan angin bersama keluarga di Langkawi, Perlis, Thailand

3. Pertama kali menjejakkan kaki ke Negara orang di Surabaya, Indonesia

4. Dapat Netbook baru model Inspiron Mini 1012 Dell

5. Bercuti ke Cherating, Pahang bersama teman-teman baik

6. Pertama kali ke Desa WaterPark

7. Mendaki Bukit Broga setelah sekian lama tak buat aktiviti-aktiviti mencabar

8. Pertama kali pergi Balik Penang dengan best Friend dan pusing-pusing ke Batu ferringhi waktu malam

9. Pertama kali naik cable car

10. tahun 2010 adalah tahun yang banyak Ammi cuba makanan-makanan baru di restroran-restoran yang tak pernah Ammi pergi

11. Berkenalan dengan kawan-kawan yang baik-baik dan berkualiti.

***itu antara kenangan manis pada tahun 2010….

ini pulak antara short list target Ammi pada tahun 2011…

1. nak habiskan praktikal dan tamatkan pengajian

2. membuka perniagaan

3. membuat simpanan ekonomi yang lebih drastik

4. nak tingkatkan keyakinan diri dan kualiti diri

**itu sahaja antara short list Ammi pada tahun 2011… nanti dah ok boleh la tambah senarai lagi.. hehehe…

Ok la… pada hari pertama tahun 2011 ni Ammi nak ucapakan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011.. Ammi harap dapatlah diri Ammi dan teman-teman yang lain dapat mempertingkatkan lagi mutu diri dan mutu keimanan dan ketaqwaan kepada Tuhan Yang Maha Esa…

Ammi jugak ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada insan-insan yang pernah Ammi lukakan hati… Ammi bukan sengaja buat macam tu.. mungkin Ammi tak sedar atau pun ada sesuatu yang membuatkan Ammi terpaksa buat macam tu… sekali lagi Ammi mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki…

Semoga tahun ni dapat memberi lebih keberkatan pada kehidupan Ammi, kepada insan-insan yang Ammi sayang dan kepada Negara tercinta Ammi, Malaysia…

Amin.. Amin.. Amin… Ya Rabbal ‘alami…

Tags: , ,

6 responses to “Happy New Year 2011”

  1. Epan says :

    Selamat tahun baru jugakk. Huhu. Tahun ni kene pegi jalan jalan lagi banyak.

  2. Ammi says :

    epan..happy new year gak…
    aiyooo… kalau kaya hari2 nak p jalan…

  3. Epan says :

    Tape xyah jalan jauh2. Dekat sudah. Explore tempat sendiri.. Huhu..

  4. Ammi says :

    nangessss~~ (T_T)
    hari2 muntah tengok tempat sendiri…

  5. Epan says :

    Tape az tunjuk jalan je, pastu tunggu la lam kete. Kami explore. hahahhaha.

  6. Ammi says :

    mana aciiii… kena la ikot jugak… nanti sangap kat umah,,, kikiki

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: