Nak Komen Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Jujurnya Ammi memang susah sikit nak pergi tengok wayang cerita-cerita Melayu… filem melayu pertama yang Ammi tengok kat wayang adalah filem Giler-Giler Pengantin.. itu pun sebab nak rasa macam mana suasana kat panggung… masa tu Ammi berumur 17 tahun.. dan filem tu adalah filem pertama Ammi menjejakkkan kaki at panggung wayang…

Filem Melayu kedua yang Ammi tengok kat wayang ialah cerita Magika… lamakan jarak tahun tayangan antara Giler-giler Pengantin dan Magika…hehe..

Bukannya Ammi tak support industri Malaysia… tapi ntah la.. jarang filem melayu berjaya menarik minat Ammi ke panggung wayang… itu bukan la bermaksud Ammi tak tengok filem-filem Melayu… Ammi tengok jugak.. tapi DVD je la…

TETAPI~~~~~~

Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid telah berjaya menarik minat Ammi ke panggung wayang… mula-mula tu tak la excited sangat… tapi cerita HKLBR ni kerap Ammi dengar menajadi perbualan orang ramai.. termasuk la saudara-saudara Ammi…

Tiba-tiba Ammi excited sangat-sangat nak pergi tengok cerita ni kat Panggung….  Filem ni ditayangkan pada 9 Dicember 2010… Ammi pergi tengok pada 30 Dicembar 2010... bertapa terkejutnya Ammi di TGV Jaya Jusco Cheras Selatan, Tayangan pada jam 5.20 petang telah habis di jual

disebabkan habis dijual.. Ammi betambah-tambah teruja nak pergi tengok… beli tiket jam 7.20 petang.. korang nak tau tak… tinggal seat kosong yang paling depan sekali dan beberapa seat couple dua baris di bahagian atas sekali… Ammi tak ada pilihan dan rasa membuak buak sangat nak tengok cerita Hantu kak Limah ni terpaksa beli couple seat…

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Masa yang dinantikan dah sampai… korang nak tau… dengan jujurnya.. tak sia sia Ammi beli tiket HKLBR… memang Filem Hantu Komedi terbaik yang pernah Ammi tengok sepanjang Ammi hidup ni… memang gelak pecah perut… lakonan diorang sangat natural.. dan kreatif…  sebenarnya cerita ni adalah sambungan daripada filem Zombi Kampung Pisang... sambungan filem ZKP memang terbaik dari ladang.. tak puas nak tengok… rasa macam nak tengok lagi sekali…

Tahniah untuk Mamat Khalid sebab berjaya menarik minat penonton-penonton Malaysia memenuhi pawagam untuk menonton filem melayu.. Ammi harap kualiti filem seumpama ini dapat dikekalkan…

Harap-harap ada la sambungan part 3 pulak ye… Ammi mesti pergi tengok punya kat pangung wayang…

untuk filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH ni Ammi bagi 5 BINTANG…. best… mantap…

Tahniah…!!!

Tags: , , , , , ,

10 responses to “Nak Komen Hantu Kak Limah Balik Rumah”

  1. Epan says :

    Kalau download xleh ea.. haha. Ade lagi ker kat wayang.

  2. Ammi says :

    kat wayang x habis tanyang lagi ler..~~~ hehehe… tunggu sebulan lagi mesti ada org share kat jiwang torrent…

  3. Epan says :

    Kalau ade lagi kat wayang nanti tgk je la kat wayang. Jom 2nd round? hahaha.

  4. Ammi says :

    2nd round… layannnnn~~~ memang plan nak tengok lagi sekali pon…. x puas… hahah

  5. Epan says :

    Okeh minggu ni macam menarik. mari mari

  6. Ammi says :

    ok set~~~ tapi minggu nikan nak kita balik melaka…

  7. Epan says :

    ooOo lupe plak, tape ari kamis. Haha. or next week pun bole.

  8. Ammi says :

    tarak hal punyer…. heheh…

  9. as-syams' says :

    hahhahhahaa…
    memang best lah citer hantu kak limah balik rumah ni…
    gamat satu panggung wayang, gelak macam nak sawan kih3!

  10. Ammi says :

    as-syam :
    tapi sayangnya panggung wayang kat malaysia ni tayang sebulan lebih2 sikit je kat panggung… tunggu jual DVD la pulak.. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: