Al-Fatihah Buat Insan Disayangi @ Abg Shukri

Robinson 44 (R-44) hangus terbakar

16 Dicember 2010 – Khamis, Harian Metro

mungkin korang ingat tentang article ni….

Article ni Ammi tak sempat baca pada tarikh yang dikeluarkan… tapi mak Ammi ada baca… berulang-ulang kali dia membaca…

lepas mak Ammi baca dia akan bercerita pada ammi dan adik beradik yang lain pasal kes ni dengan nada yang marah dan sangat kecewa dengan pihak yang tak bertanggungjawab… tapi mak Ammi tak pernah sebut nama si mangsa… dia tak perasan sesuatu disebalik kes ni..

7 Januari 2011, Jumaat…

Mak Ammi pulang ke kampung halaman di Penang nak menziarahi Tok Wan  (sebelah ayah) dan Tok (sebelah Ibu) yang sakit uzur…

Adik beradik Ammi tak balik… hanya parent Ammi je yang balik masa tu…

8 Januarai 2011, Sabtu…

Parent Ammi pulang dari Penang membawa berita yang sedih untuk Ammi sekeluarga…

tujuan ke penang menziarahi tok wan dan tok.. tapi lain pulak jadinya bila dapat tahu  abg sepupu Ammi yang rapat telah meninggalkan kami semua tanpa kami sedari yang sebenarnya mak dah baca berulang-ulang kali mengenai kes kapal terbang terhempas ni…

rupanya kami tak sedar sebenarnya article yang mak baca mengenai kemalangan tu adalah anak saudaranya sendiri… mak  Ammi la yang paling sedih sekali…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sepupu Ammi yang bekerja di Unit Udara PDRM sedang menjalani latihan penerbangan di Intergrated Training And Srvices (ITNS)..

Masa latihan dijalankan dimana kapal terbang milik syarikat penerbangan swasta di bawa secara solo terhempas sebelum terbakar di Malim Mawas… sepupu Ammi meninggal akibat terbakat separuh badan…

sebelum ni arwah pernah mengadu enjin kapal terbang bunyi macam bot… dan banyak kali dah mengadu pasal keadaan helikopter latihan yang teruk… tapi tak ada sebarang tindakan

Helikopter yang dibawa adalah helikopter jenis.. Robinson 44 (R-44) dengan 4 tempat duduk

nasi dah jadi bubur.. nak menangis pun tak guna… mana pihak yang tak guna tu korang tanggung la kat akhirat nanti…

yang pastinya keluarga Ammi tak dapat nak maafkan kepada pihak yang tak betanggungjawab… sedangkan aduan mengEnai helikopter syarikat tak guna tu dah di buat banyak kali…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Semoga arwah Abang Shukri di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan di cucuri rahmat….

Untuk Pak Long dan Mak Long dan Kak Syamila… Ammi ucapkan takziah dan banyakkan la bersabar…

Untuk Akmal Faris… Uncle Ammi pun ada kat sini sentiasa support dan sayangkan Akmal…

Ammi dan keluarga terkilan sebab tak sempat balik tengok upacara pengkebumian abg Shukri…

AL-FATIHAH

( SEMOGA ROHNYA DI CUCURI RAHMAT.. AMIN AMIN AMIN )

P/S : cerita lebih lanjut… klik sini

Tags: , , , , , , , , , , ,

8 responses to “Al-Fatihah Buat Insan Disayangi @ Abg Shukri”

  1. Epan says :

    Mmg tak bertanggungjawab langsung, mesti nak jimat kos so dier wat tatau dier bile derang report pasal engine helicopter tu. Mesti mahal kalo nak service/check kan so dier wat tatau je la. Teruk btol, lepas ni seumur idup tak senang sbb mende ni da jadi.

    Al-Fatihah buat sepupu az tu..

  2. Bear says :

    Hayooo…Al-Fatihah ya…semoga rohnya dicucuri rahmat dan orang yang tak bertanggungjawab tu terima la balasannya.

    Btw, airport kuching ditutup sbb kapal terbang Air Asia tergelincir. Tayar depan patah. Apekah horror??????!!!!!!

  3. Ammi says :

    epan..

    miskin sangat ke kan sampai nk service sebijik pun susah… bukan banyak bijik pun dioarang ada.. sebijik tu je la guna untuk training… jahanam betul diorang ni… tu la… x pe.. x pe… kat dunia terlepas x pe.. nanti kat akhir siap la diorang…

    btw.. terima kasih…

  4. Ammi says :

    bear…

    sedekah fatihah banyak2 tau… kalau boleh setiap hari baca…

    ye ke air asia tergelincir.. haddoiii.. takotnyerr.. orang dalam tu mcam mana??

  5. hasmi says :

    air asia tu terbabas pasai licin sgt heeee….satu ari xde flight

  6. Ammi says :

    hasmi :
    cerita hari tu x dak kena mengena dengan air asia.. sila baca dengan teliti..

  7. buss says :

    Al-fatihah……

  8. Ammi says :

    buss..
    terima kasih.. al-fatihah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: