Muzium Orang Asli @ Melaka

7, 8, 9 Januari 2011….

Visit Melaka lagi.. hehehe… tujuan utama nak jumpa adik Ammi si Wawa ni nak paskan barang keperluan dia di UITM Lendu, Melaka…

Jumpanyer sekejap je.. berjalan yang lebih… jumpa Wawa pun hari ahad.. last day kat Melaka… tak sampai 1 jam pun jumpa dia pastu terus balik KL…

Kali ni kat melaka Ammi visit beberapa tempat yang belum pernah Ammi sampai lagi… iaitu.. Muzium Orang Asli, Muzium Lebah dan Dataran Bandaraya Melaka … Lepas tu re-visit Taman Mini Malaysia..

Kesemua tempat ni Ammi visit dalam 1 hari sahaja pada 8 Januari 2011, Sabtu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Entry kali ni Ammi nak cerita serba sedikit pasal Muzium Orang Asli Melaka (MOAM)…

MOAM ni terletak bersebelahan dengan Taman Buaya, Ayer Keroh

Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal Kaum Orang Asli, boleh la datang ke MOAM ni…

Kat sini banyak mempamerkan bahan dan peralatan dari suku kaum Asli Senoi, Jah Hut ,Mah Meri dan banyak lagi

banyak jugak pameran yang ditunjukkan… ada peralatan memasak, perangkap binatang yang digunakan, pertanian, jenis kediaman, istiadat perkahwinan.. senang cerita, macam-macam ada…

tapi sebelum itu…kat Melaka ni banyak gila hotel-hotel murah dan selesa yang boleh anda pilih.. kalau rasa nak rasa suasana sebenar di Melaka, wajib la korang tidur di Melaka.. baru rasa feel Melaka tu kan…

Klik :

HOTEL DI MELAKA

maklumat waktu operasi dan nombor phone utuk sebarang pertanyaan…

bayaran masuk ke MOAM ni murah sahaja… hanya RM1.00.. jadi tak ada alasan untuk korang tak nak pergi ke MOAM ni…

walaupun bayaran masuk murah, pihak pengurusan masih menjaga keselesaan pengunjung… ada air-cond tau… jangan main-main.. klasss~~

comel tak…????

kategori-kategori suku kaum asli di Malaysia…

istiadat perkahwinan… wali dari pihak lelaki.. wali dari pihak perempuan… lepas tu akad nikah… memberi sebungkus hantaran tanda pernikahan dan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak..

contoh barang-barang hantaran… yang penting ada bahan2 daun sirih dan sirih.. lepastu ada sebentuk cincin perak…

antara contoh rumah-rumah orang asli..

antara jenis jerat yang digunakan kaum orang asli… tapi dah tak guna dah sebab sangat bahaya untuk manusia…

cara pengkebumian orang asli…

jenis-jenis alatan muzik..

alatan memasak…

yang jenis buluh Ammi pernah try.. Ammi masak dalam hutan dengan orang asli… memang sedap rasa masakan dia..

section ni menerangkan mengenai kraftangan yang dihasilkan oleh suku kaum asli…

Kat bahagian bawah muzium ni ada di sediakan satu sudut khas.. dimana  ditunjunkkan sebahagian contoh cara hidup kaum suku asli melalui cara Diorama… agak cantik dan hidup..

Ammi syorkan korang datang la ke MOAM ni.. memang best… dan ada orang yang bertugas untuk menerangkan lebih lanjut mengenai Suku Kaum Asli ni..

yang lebih menariknya… penerangan diterangkan oleh orang dari suku asli jugak… memang sangat menarik…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

lepas habis pusing kat MOAM ni.. Ammi terus ke Muzium Lebah

Ammi dah penat nak menaip… so tunggu next cerita ok…

Tags: , , , , , , , , , , ,

10 responses to “Muzium Orang Asli @ Melaka”

  1. Bear says :

    Yearghh dah lama dok melaka pon, ni 1st time pegi..ingat cikai2 jer..skali dalamnya sangat informatif, bersih, mesra, dan yang paling penting, ber air-conddddd. Muzium femes kat bandar melaka pon ada yang air-con tak sejuk hoke.

    Sangat selesa.

    Bagus betul Muzium ni. Bangga2.

  2. Epan says :

    “melalui cara Diorama… agak cantik dan hiup..” — hiup? ke hidup? Haha.

    Korang prasan tak ade label yg derang pakai marker/kertas je tulis. Cam tak siap je section tu. haha..

  3. Ammi says :

    bear : lama dok melaka ke.. lama dok kat KL… hukhuk…

  4. Ammi says :

    epan..
    > hiup = hidup.. kikiki
    > ye ke.. x perasan pulak ada tulis dengan maker… bajet x cukup kot… ye la masuk RM1.00 je.. nak bayar aircond lagi.. hehehe…

  5. Epan says :

    Ade yg pakai marker, belah2 blakang tu. Budget xde la kot nak tempah name plate. Haha..

    Tapi ade air cond so sedap. Muzeum lain panas nak mampos

  6. akma says :

    cam bez jer je nie..skali sekala mendalami kehidupan org asli erk..hihi
    anywy nk masok muzium nie xdela byr mahai bebeno~~n kondisi dlm pun berecond..2yg penting senornya..hihi
    ammi: haaa…akma pun mncri2 gak ape kah yg dimksudkan dgn “hiup”hoho aneh jer bunyi nyer..

  7. Ammi says :

    epan.. betul-betul…

    yang penting aircond… memang banyak muziumkat melaka panas nak mampos.. aircond rosak…

  8. Ammi says :

    akma :

    cissss~~ kejisss~~~ hahha

    dah pernah p ek at sana??

  9. GadisMerahJambu says :

    datang baca2 entry ni..sebab nanti nak pegi..heeee😀

    • Ammi says :

      gadis merahjambu.. bagus la kalau nak pergi sana.. agak menarik bg ammi.. sebab diorang mesra dan penerangan akan diberikan oleh kaum org asli jugak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: