Re-Visit Taman Mini Asia & Mini Asean @ Melaka

8 January 2011

Taman Mini Malaysia & Mini Asean kali kedua… hehehe… kali ni Ammi datang bersama visitor yang baru… kan Panda Biru….🙂

kali ni Ammi rasa beruntung sebab kali kedua ni Ammi dapat pusing-pusing bahagian yang tak dapat Ammi visit masa pertama kali Ammi pergi kat Taman mini ni… KLIK SINI

di melaka juga terdapat banyak hotel yang boleh korang pilih sebagai hotel pilihan.. dan info ini akan dapat membantu anda membuat bajet percutian anda…

Klik :

HOTEL DI MELAKA

Re-visit kali ni Ammi dapat tengok kawasan perkampungan negara-negara asean selain negara Malaysia..

kiranya entry kali ni adalah sambungan daripada yang pertama kali…

masa pertama kali Ammi pergi sini.. bermula daripada jambatann ni dan ke atas ditutup untuk kerja pembaikpulihan…  so masa tu kecewa betul sebab tak dapat jalan habis…

kalau korang perasan.. masa kat entrance korang beli tiket tu ada tulis pasal “Bot”.. betul tak…

sebenarnya bot tu korang boleh naik memlalui area jambatan ni.. berdekatan dengan kandang kuda…

Ammi tak pasti samada ada bayaran spesifik ataupun termasuk dalam pakej sekali…

Masa ni tak ada seekor kuda pun di lepaskan dalam kandang kuda.. hanya ada seekor kuda je di letakkan di bahagian  untuk pengunjung menunggang kuda..

tapi kuda ni istimewa sikit sebab mata kuda ni buta…mata kuda tu ada selaput putih.. tapi kuda ni still boleh mendengar dan makan macam biasa..

Dewan Seminar Santapan..

Ammi tak tahu apa fungsi utama dewan ni… ada jugak Ammi jenguk-jenguk kat dalam dewan ni.. tapi niat nak masuk tu tetiba macam terbantut..

sangat gelap dan suram kat dalam ni.. macam tak terurus.. kekuatan tak cukup nak explore kat dalam tu.. hehe

Perkampungan Singapore..

Perkampungan Vietnam..

Perkampungan Myanmar

Perkampungan Kemboja..

perkampungan Laos..

kat sini pemandangan memang cantik…. tapi disebabkan rumah-rumah kat sini tak berpenghuni makanya suasana kat sini bagi Ammi macam seram la pulak…

actually masa pusing-pusing kat sini, Ammi agak rushing nak kejar waktu nak tengok persembahan kebudayaan kat PENTAS TEJA…

dulu, masa 1st time Ammi pergi tengok persembahan kebudayaan tak sempat nak tengok dari awal.. jadi kali ni Ammi awal-awal tunggu kat depan stage tu.. semangat kebudayaan ni.. heheh..

Macam biasa.. masa akhir persembahan, dancer akan tarik penonton naik ke stage secara random… Ammi pun di tarik sebenarnya.. tapi Ammi tolak permintaan.. malu laaaa~~~ kebetulan kaki pun tak berapa mengizinkan nak menggedik atas stage tu..

tapi ada la lebih kurang 7 orang naik atas stage tu.. ada 2 orang mamat ni memang kelakar habis…  nak tau siapa, ni Ammi tunjukkan…

Mamat belah kiri sekali ni, kalau korang tengok memang berterabur dan kalot giler masa dance.. memang  kayu habis la pergerakkan dia…

tapi tak ada la tergelak sangat macam mamat lagi sorang ni…

oooohhhh~~~ yang ini memang Ammi memang pecah perut gelak.. sebab muka dia memang happy giler… luar biasa punya happy.. orang lain semua muka sengal je kann… yang dia ni dah sugar high~~

perut lapar giler.. masa nak balik tu singgah la satu kedai kat food court kat luar Taman Mini Malaysia..

ada satu kedai ni orang tak ramai pun… tapi dia ada menawarkan makanan pekej.. set menu macam dalam gambar ni sekali dengan air…

memang menarik dan terus order… rasa dia memang tak mengecewakan.. gulai dia memang strong… layanan pun memuaskan..

sesiapa rasa nak bajet makan lunch masa kt area Ayer Keroh ni, boleh la datang ke food court Taman Mini Malaysia & Asean..

petang tu Ammi lepak-lepak kejap kat Bandar Melaka minum cendol bersebelahan dengan melaka river cruise..

balik rumah petang tu lepas lepak-lepak kat rumah rehatkan badan.. malam tu Ammi pergi ke Dataran Melaka…

Tags: , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: