Misteri Banglo Lama @ Part 1

Kisah benar ni berlaku pada Ammi masa Ammi sekolah asrama dulu….

Dulu Ammi bersekolah di Lahar Minyak, Kepala Batas, Penang… kiranya kawasan perumahan bahagian pedalaman sikit… kalau orang tak biasa datang memang boleh sesat…

al-kisahnya masa tu penempatan asrama tak cukup.. jadi Ammi and the geng, lebih kurang dalam 15 orang ditempatkan di sebuah rumah lot yang disewa oleh pihak sekolah…

rumah tu kalau tak silap Ammi lebih kurang dah 10 tahun tak ada orang duduk… masa 1st day nak masuk tu memang stress la jugak sebab banyak benda nak kena kemas..

pintu masuk pun dah ditutupi dengan sarang labah-labah…  rumah banglo tu ada 2 tingkat..bahagian atas papan dan bawahnya batu dan juga mempunyai lebih kurang ada 4 bilik sahaje… bilik tak banyak.. tapi yang menariknya kedudukan bilik berada dalam bilik… maknanya dalam bilik tu ada lagi satu bilik yang lain…

Rumah banglo lama ni memang ada bilik sikit je.. tapi hall utama dia sangat besar… dan rumah banglo ni banyak pintu keluar… atas, bawah, tepi dan belakang…

dari hall ada satu pintu ke dapur.. dan dari dapur pulak ada satu pintu keluar ke bahagian belakang.. maknanya pintu ke dapur dan pintu nak keluar ke balakang bertentang antara satu sama lain

di kawasan dapur ada satu bilik mandi.. dan toilet nak buang air besar terletak di bahagain luar rumah bersebelahan dengan store simpan barang dan membelakangi sawah bendang…

kawasan balakang tu, pihak sekolah dah buat tempat khas untuk student mandi.. makna kata semua student mandi beramai-ramai la kat luar tu…

di bahagian hall utama ada satu pintu di tepi rumah, dimana kalau buka pintu itu akan bertentang dengan tembok rumah dan masjid… rumah ni bertentang sahaja dengan masjid.. tembok rumah ni yang memisahkan rumah Ammi duduk dengan masjid tu.. makna kata kalau nak keluar melalui pintu tu kena jalan ke hujung tembok baru boleh keluar…

dalam rumah banglo lama tu ada 2 bilik yang di kunci oleh tuan rumah.. dan kami di larang untuk masuk ke dalam bilik tersebut… masa tu bodoh bodoh sengal lagi, so dengar je la cakap pengetua sekolah tu…

di bahagian bawah ada satu bilik yang mempunyai satu balik lagi di dalamnya.. jadi kami tak dibenarkan masuk ke bilik yang ada satu bilik lagi didalam bilik tu… dan bilik besar yang ada di hall utama…  aissshhh~~~ susah betul nak explaine.. harap-harap korang faham la ek…🙂

sesi mengemas rumah dah settle.. bermulanya kehidupan asrama kat rumah banglo lama tu… masa tu kami tak tidur guna katil.. kami lebih selesa bentang tilam kat lantai dan tidur ramai-dalam satu bilik.. actually lebih seronok macam tu sebab boleh borak-borak sebelum tidur…

jalan ke Lahar Minyak Kepala Batas (Pic :copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

lepas beberapa minggu kami duduk kat situ…

ada satu malam ni, kami baru lepas solat isya’ kat masjid… lepas tu lepak-lepak la sementara nak tunggu tidurkan… ye la~~, 15 orang je yang ada dalam rumah tu.. so tak ada la riuh rendah sangat.. memang selesa sangat-sangat…

dalam syok borak-borak tu, tiba-tiba kami terdengar bunyi macam ada orang campakkan pasir atas bumbung rumah…. kami diam lagi masa tu… tak fikir apa-apa sangat… tak lama lepas tu kami dengar pulak bunyi lebah yang sangat banyak seolah-olah macam berpusing-pusing kat atas bumbung rumah yang kami duduk tu..

masa tu la kami mula bertegur pasal benda tu…

Ammi cakap “Korang dengar tak bunyi lebah atas bumbung.. tadi bunyi pasir… mak aku cakap kalau bunyi pasir atas bumbung maknanya ada orang nak sihir rumah tu..”..

tapi masa tu kami bersangka baik lagi… takut tu takut la jugakkan.. sebab bunyi benda tu sangat jelas dan nyata.. semua orang dalam rumah tu dapat dengar..

Rumah yang ammi duduk.. kebetulan jumpa di internet (Pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Malam tu kami tidur macam biasa… bermulanya malam tu, setiap malam kami akan dengar macam ada orang naik tangga dari hall utama ke tingkat atas kami tidur… dan kami akan dengar macam ada orang buka pintu kayu bilik kami… lepas tu benda tu berjalan masuk separuh laluan je.. lepas tu benda tu akan senyap sepi dan hilang…

hampir setiap malam perkara yang sama berlaku… kami buat tak tahu je… disebabkan hari-hari dengar benda yang sama.. kami dah jadi lali dah.. makna kata macam dah rentan dengan bunyi tu..

tapi kalau nak pergi toilet malam-malam still mintak member temankan jugak… kecut tu kecut la jugak.. ye la nak pergi jamban kena keluar rumah tau.. berhadapan pulak dengan sawah bendang  dan store lama yang tak ada orang dan dikelilingi banyak pokok pisang… seram hokkey… kalau pergi tu mesti sampai 4 – 5 orang yang akan teman.. siap bawak lampu suluh lagi sebab kat luar tu tak ada lampu.. heheh

contoh gambaran rumah yang hampir sama dengan rumah Ammi duduk.. (Pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Dari hari ke minggu.. dari minggu ke bulan… semakin hari semakin kerap kami diganggu dengan bunyi-bunyi aneh dalam banglo lama tu… mula-mula di tangga hall rumah… lepas tu kami tak layan.. dah lama-lama tu tiba-tiba ada satu bunyi aneh pulak yang datang  melalui beranda rumah….

nak tahu apa yang berlaku kat beranda rumah tu..??  tunggu MisteriBanglo Lama @ Part 2 pulak ye…

dah macam drama siri la pulak… tapi kisah ni memang benar-benar berlaku dalam hidup Ammi dalam 10 tahun yang lepas… nantikan sambungan ceita ni dalam part 2 nanti ok..

Tags: , , , , , , ,

9 responses to “Misteri Banglo Lama @ Part 1”

  1. akma says :

    aiyoooo…terbyg2 jer citer nie lau kt umah..
    awat tetibe wat entry citer2 mistik nie??
    siap ader part2 bgai..xtahan~~hihi

  2. Ammi says :

    akma :
    saja je nk kongsi pengalaman mistik2 kat orang. hehe..
    actually rumah banglo ni memang giler punya berhantu… sebab tu la nak buat part2 sebb kalau nk citer dlm 1 entry nnt org tak larat nak baca.. ammi pun x larat nak menaip.. kikiki

  3. akma says :

    hihi mmg lah gile,antu2 nie xpi sekolah..lain lah kalau atu kak limah..kahkah
    n kiteorg pun xlarat nk baca pnjg2 kan~~hihi

  4. Ammi says :

    uiiii.. ckap pandang2.. karang hantu kecik hati kang.. dia p serang baru tau..

    tahu x per.. sebab tu buat chapter… kikiki..
    hantu kak limah tu giler..

  5. akma says :

    haha dia nk serang akma???halaaa..xtakot pun😛
    mmg pun kak limah 2 giler,pas 2 org yg tgk pun giler2 @sempoi gak..kihkih

  6. Bear says :

    Ape kate hincik Ammi cari gambar bangalow kat google..kira kasi gambaran…

    Tgk belog ni…wahhh malaysia ader ghost hunter sendiri laa..siap rakam bagai..and ader bangalow yg derang pi… cam gambaran bangalow yg Ammi citer plaks..

    http://www.malaysian-ghost-research.org/journal/2010/05/

  7. Ammi says :

    bear :

    hohh~~ nak kena letak gambar banglow ke.. ok la.. ammi try cari yg sama dengan ciri2 banglo dlm citer ammi ni…

Trackbacks / Pingbacks

  1. Misteri Banglo Lama @ Part 2 » ammibear.com - January 21, 2011
  2. Misteri Banglo Lama @ Part 5 (Final) » ammibear.com - January 27, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: