Misteri Banglo Lama @ Part 3

Recap : Part 2

Musim cuti sekolah..

cuti sekolah dah sampai.. memang happy la semua orang nak balik rumah kan…. semua orang dah balik masa tu… tinggal la 3 beradik ni tak balik lagi…

sebelum Ammi balik, sempat la jugak bertanyakan kat diorang…”Korang tak balik ke???”…

diorang cakap… “kitaorang balik.. tapi kitaorang balik esok sebab ayah kitaorang kena kerja… esok baru datang ambil.. “

makna kata.. malam tu 3 beradik ni kena bermalam lagi 1 malam kat banglo lama tu… hanya bertiga shaja malam tu… aiyyooo.. memang menakutkan….

jangkaan Ammi tepat.. rupa-rupanya malam tu diorang kena ganggu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

cuti sekolah dah habis.. semua orang balik asrama macam biasa… tapi setiap kali nak balik asrama tu mesti rasa berat je kaki nak melangkah.. macam-macam fikir.. Ammi yakin, semua orang yang pernah duduk asrama akan rasa malas yang sama..

3 beradik tu tak sampai lagi.. kami tak tahu lagi cerita diorang ni…

lepas diorang sampai, tak lama lepas kitaorang rehat-rehat tu, 3 0rang beradik ni pun buka cerita pasal malam sehari sebelum diorang ni balik rumah…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

masa malam tu, diorang macam biasa la tidur tempat masing-masing… tiba-tiba malam tu diorang dengar bunyi yang sama macam dulu.. dengar ada orang naik tangga dan bukan pintu bilik tu…

salah seorang daripada 3 beradik ni tak boleh tidur, dan kebetulan malam tu dia lah yang paling dekat sekali tidur dengan datangnya bunyi tu…

masa dia cuba nak lelapkan mata, dia terdengar ada benda berjalan perlahan-lahan dan baring sebelah dia…

masa tu, dia memang dah takut giler dah masa tu.. tapi dia beranikan jugak diri dia… dia selak selimut yang dia cekup kepala dia tu, memang dia terkejut besar..

korang nak tau apa yang baring kat sebelah dia tu…. ??? ada satu lembaga putih sebesar manusia baring kat sebelah dia… masa tu memang terkedu lakan… cepat-cepat dia tutup kepala dia balik dengan selimut dia… heheh..

Ammi rasa, tu la lembaga putih sebesar anak lembu lintas depan almari yang sama Ammi nampak masa malam tu…

(Pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Apa yang sebenarnya yang ada dalam rumah banglo lama ni pun kami tak tahu.. memang seribu tanda tanya…

ada satu petang tu, kami plan jahat nak intai apa ada dalam bilik yang dikunci tu…

kebetulan, salah satu bilik yang dikunci dalam rumah tu terletak  dibawah bilik kami tidur dan lantai tingkat atas pulak papan dan dilapik dengan tikar getah..

kami tarik tikar tu dan kami terjumpa ada satu lubang kecil yang tembus ke bilik tu.. apa  lagi semuanya mengintai la apa ada kat dalam tu… Ammi pun tengok jugak…

nak tahu apa ada dalam bilik tu..??

ada set bilik yang di susun dengan baik dan bersih… bayangkan, rumah korang yang ditinggal selama 10 tahun, apa jadi?? mesti la berhabuk yang sangat terukkan…

tapi bilik yang kami tengok ni sebaliknya… atas katil bersih dan tak ada habuk atau tahi cicak pun… ada sesetengh barang ditutup dengan kain kuning…

memang kami musyhkil masa tu…

(Pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

ada satu petang tu, kami lepak-lepak kat beranda rumah…

macam biasa la, petang-petang borak-borak sambil makan-makankan… tengah syok borak-borak, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik tua..

kami pun tertanya-tanya jugak, siapa dia nikan….. korang nak tau siapa dia?? nak tahu apa tujuan dia datang kat rumah banglo tu?? dan nak tahu apa yang berlaku seterusnya???

macam biasa la.. tunggu part 4 ok…

Trackbacks / Pingbacks

  1. Misteri Banglo Lama @ Part 4 » ammibear.com - January 25, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: