Misteri Banglo Lama @ Part 4

Recap : Part 3

ada satu petang tu, kami lepak-lepak kat beranda rumah…

macam biasa la, petang-petang borak-borak sambil makan-makankan… tengah syok borak-borak, tiba-tiba kami didatangi seorang pakcik tua..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sambungan….

pak cik :

“Boleh tak pak cik tanya sikit…?? anak ada jumpa tak balang kaca kat store belakang rumah?? “

kami :

“tak jumpa pulak pakcik… kenapa??”

pak cik :

“kalau anak jumpa, tolong bagi kat pak cik ye.. dalam balang tu ada anak-anak pak cik.. dengan isteri pakcik…”

kami : (blur + cuak)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

pak cik tu pergi macam tu je lepas dia cakap dengan kami pasal balang kaca tu…

kalau korang nak tahu.. balang kaca tu dah pecah masa kami mandi kat belakang tu… mana la kitaorang tau pasal balang tu kan..budak-budak la katakan.. semuanya hiper aktif…

balang tu dah pecah lama dah.. dan masa tu kami terfikir jugak.. ntah-ntah selama ni kami kena ganggu berpunca daripada balang kaca tu… ntah la..

(pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

pasal balang kaca tu kami just let go je.. malas nak fikir panjang-panjang…

ada satu malam ni, kami semua plan nak tidur kat hall utama kat bawah rumah secara beramai-ramai…

kami tidur sebaris dengan dinding yang ada pintu menghadap tembok rumah dan masjid, macam yang Ammi cerita dalam part 1 dulu..

posisi Ammi malam tu betul-betul bertentang dengan pintu tu..

macam mana ntah malam tu, Ammi tetiba menggedik menggatal kacau kawan Ammi tidur.. Fadil nama dia…

betul la orang tua-tua cakap.. kalau suka kacau orang nanti kita yang akan diganggu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

semua orang dah tidur malam tu..kecuali Ammi.. tak mengantuk lagi..

macam ni cara Ammi  menggedik kacau si fadil ni…

“fadil~~~ bangun fadil~~~ hihihi~~~fa~~~dil~~~”…  bunyi macam ala-ala hantu gitu…

dengan selambanyer malam tu Ammi kena kacau dengan makhluk dari rumah tu dengan bestnyer…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

tepat jam 12 malam tu… Ammi terdengar ada orang jalan di luar rumah… Ammi cuba nak pastikan betul ke tak.. jadi Ammi dengar dengan teliti… dengar punya dengar, memang sah ada orang kat kaki lima luar rumah tu..

benda tu berjalan sambil menyeret-nyeret kaki dia…

masa tu Ammi tak fikir apa-apa lagi… benda tu berjalan sampai ke bahagian belakang tempat kami mandi…

dalam hati Ammi cakap… “mungkin penjaga asrama kot..”..

ok buat tak tau lagi…

lepas tu dia buka pintu belakang…. pintu belakang tu kalau buka, kaki pintu tu akan bergesel dengan lantai… so bunyi agak kuat..

dua tiga saat lepas tu, Ammi tersentap dan jantung Ammi dah mula berdebar-debar sebab  Ammi baru teringat yang pintu belakang dah dikunci dari dalam.. mustahil boleh dibuka dengann kunci.. sebab pintu tu dikunci dari dalam menggunakan selak pintu seperti pintu pagar rumah…

Ammi memang yakin sangat pintu tu dah di selak dari dalam… memang itu kerja Ammi setiap malam sebab Ammi ialah ketua asrama kat situ..

Ammi terbangun dan terus duduk dengan kaki melunjur memandang pintu kedua selepas pintu pertama dibuka…

pintu kedua tu Ammi hanya lock biasa sahaja… makna kata kalau disentap kuat-kuat pintu kedua tu memang boleh terbukak…

dan pintu kedua tu kalau dibuka akan masuk ke hall utama, tempat Ammi dan kawan-kawan Ammi tengah tidur…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ammi punya cuak dah tahap dewa dah masa tu…

Ammi kejut Fadil… tapi dia tak sedar… Ammi masa tu macam dah cramp sangat dah tak boleh bergerak..

Ammi masa tu berdoa dalam hati..

“jangan la kau bukak pintu tu.. jangan la kau bukak pintu tu..”

tiba-tiba tombol pintu kedua tu bergegar, seolah-olah benda tu nak bukak pintu tu.. tapi dia tak boleh bukak… masa tu tombol bergegar dengan sangat kuat…

Ammi kejut Fadil… “Fadil!! bangun Fadil!!!….”

Ammi kejutkan pulak kawak-kawan Ammi yang lain.. tapi macam diorang ni tak dengar apa-apa.. macam tidur mati je malam tu…

(pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

bersebelahan dengan pintu kedua tu, kami ada susun banyak al-quran kat situ.. kat hall utama ni jugak kami selalu mengaji quran lepas maghrib…

mungkin berkat al-quran yang disusun kat tepi pintu tu menyebabkan makhluk tu tak boleh bukak pintu tu..

tak lama lepas tu.. tiba-tiba keadaan senyap sepi dalam 1 – 2 minit…

tiba-tiba Ammi dengar makhluk tu dia pecahkan pinggan-mangkuk kat dapur tu.. talam-talam besi semua dia campakkan kat bawah… dia mengamuk mungkin sebab dia tak dapat bukak pintu kedua tu..

masa tu bunyi memang terkuat yang amat… macam laki bini mengamuk… yang peliknya tak ada seorang pun kawan Ammi yang sedar.. hanya Ammi seorang sahaja yang dengar dan lihat semua ni dengan jelas dan nyata..

selepas tu.. semua kembali macam biasa… suasana dah jadi normal… Ammi pun baca doa sikit dan terus tidur sampai pagi…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

esok paginya start cuti weekend…

Ammi la orang pertama yang bangun tidur awal-awal lagi…. Ammi memang tak berani nak bukak pintu dapur tu lepas kejadian malam tadi…

kebetulan, penjaga asrama datang… Ammi suruh dia buka pintu tu…

dia tanya “kenapa ni..?? kenapa tak bukak pintu tu…???

Ammi cakap.. “tak ada apa-apa.. buka la dulu pintu tu…”

dia pun bukak… Ammi terus pergi jenguk kat kawasan dapur tu…

korang tau, semua yang Ammi dengar malam tadi, tak ada apa-apa pun yang berlaku kat dapur tu… dan pintu keluar yang di selak dari dalam itu pun tak berlaku apa-apa… masih elok dikunci dari dalam…

Ya Allah… bayangkan kalau malam tadi Ammi pergi bukak pintu tu.. agak-agaknya apa la yang akan Ammi bertembungkan…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

cerita tu memang jadi bualan kami semua pagi tu.. sampai la ke pengetahuan pengetua sekolah….

pengetua kami nak pindahkan kami ke asrama yang lain… tapi korang nak tau, kami semua diganggu masa last day kami di situ..

kali ni makhluk aneh tu mengganggu kami semua secara terang-terangan dan kami semua nampak perkara-perkara yang aneh berlaku kat rumah tu..

korang bayangkan 15 orang diganggu serentak… memang kuat betul makhluk tu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

episod akhir nanti Ammi akan ceritakan kesudahan Ammi dengan kawan-kawan Ammi diganggu sebelum kami semua berpindah kerumah lain..

jadi tunggu part 5 (final) ok…

2 responses to “Misteri Banglo Lama @ Part 4”

  1. reza says :

    fuh.. hebat sungguh pengalaman anda semua !! selalunya kalau terjadi ‘gangguan’ kepada seseorang, orang lain disekeliling kita akan nyenyak tidur dan tidak akan bangun kalau kita kejutkan mereka semasa ktia `diganggu’. ini pernah terjadi pada saya juga semasa di alam asrama sekitar tahun hujung 1987 di taman setia jaya, tengkera, melaka.

  2. Ammi says :

    reza… menarik tu… apa kata u share cerita tu dengan ammi… boleh ammi poskan di blog ammi ni… kalau sudi nak cerita boleh emailkan ke email ami yer.. ammibear@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: