Misteri Banglo Lama @ Part 5 (Final)

Related : Part 1, Part 2, Part 3,

Recap : Part 4

cerita tu memang jadi bualan kami semua pagi tu.. sampai la ke pengetahuan pengetua sekolah….

pengetua kami nak pindahkan kami ke asrama yang lain… tapi korang nak tau, kami semua diganggu masa last day kami di situ..

kali ni makhluk aneh tu mengganggu kami semua secara terang-terangan dan kami semua nampak perkara-perkara yang aneh berlaku kat rumah tu..

korang bayangkan 15 orang diganggu serentak… memang kuat betul makhluk tu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sambungan….

Malam terkahir, selepas solat maghrib, kami semua berkumpul di hall utama.. tujuannya macam biasa la.. membaca al-quran secara beramai-ramai…

kami duduk dalam bulatan yang besar.. dan masing-masing membaca surah masing-masing..

semasa dalam susana membaca tu, tetiba seorang kawan Ammi ni, Mustajir nama dia, nak pergi toilet katanya…

dia pun pergi la toilet, tapi dia pergi toilet masjid..

tak lama lepas dia pergi toilet, tiba-tiba tombol pintu yang menghadap tembok rumah dan masjid tu bergegar macam ada orang nak masuk..

masa tu pintu tu di lock dari dalam…

jadi semua orang nampak tombol pintu tu, jadi kami ingat si Mustajir ni nak masuk dalam la..

lepas tu kawan Ammi si Hadi ni suruh la kawan Ammi si Abu Hanifah ni bukak pintu..

(pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Abu Hanifah ni pun pergi la bukak pintu tu dengan girangnya..

bila dibuka pintu tu, tak ada siapa-siapa pun kat luar… masa tu kami tak fikir apa-apa pun yang buruk atau aneh kat situ…

kami sambung bacaan al-quran kami, kemudian bergegar lagi tombol tu.. kami tahu Mustajir ni agak nakal sikit budaknya…

si hadi kawan Ammi ni pun sound la.. “main-main betul la Mustajir ni..!!!!”

si Abu Hanifah ni pun pergi la lagi buka pintu tu… masih tak ada kelibat Mustajir…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

si Hadi ni dah bengang…

jadi si hadi ni suruh la si Abu Hanifah tu  berdiri betul-betul di sebelah pintu tu…

Hadi cakap “bergegar je tombol tu, kau terus bukak tau!!”

Abu Hanifah pun setuju…

tak lama lepas tu, tombol pintu bergegar lagi…. Abu Hanifah terus buka pintu tu sejurus tombol pintu tu bergegar…

terperanjat kami… bila pintu tu dibuka, tak ada sebarang kelibat orang pun kat luar tu….

mustahil kalau Mustajir sempat lari dalam amsa yang singkat macam tu.. nak panjat tembok pun tinggi, nak lari ke hujung tembok jauh… mustahil kami tak boleh nampak…

(pic : copy from internet)

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kami dah mula rasa takut….

Kami memberanikan diri… sambung membaca al-quran…

dalam masa yang sama… si Hadi ni sound dengan nada yang agak kuat… dia cakap… “jangan kacau kitaorang boleh tak..!!!” dengan nada menengking…

lepas si Hadi ni menengking… pintu bilik di bahagian bawah yang menghadap kami semua dihempas dengan kuat sampai pintu tu bergegar….

Ya Allah.. bayangkan betapa terkejutnya kami… makhluk tu menghempas pintu bilik tu, sedangkan bilik tu tak ada siapa-siapa kat dalam tu..

macam mana dia boleh hempas kuat macam tu sekali.. kejadian ni di saksikan oleh semua orang dalam rumah tu yang sedang membaca al-quran…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Kami dah tak tahan lagi…

Kami semua tutup al-quran dan terus lari keluar ikut pintu atas… tak ada siapa pun yang berani ikut pintu bawah sedangkan pintu  bawah adalah yang paling dekat dengan hall utama…

kami menjerit ketakutan… Ammi masa tu dah cuak giler dah.. muka masing-masing dah pucat…

sejurus kami keluar je, pengetua sekolah merangkap ustaz kat situ sampai jumpa kami, seolah-olah macam tahu je kami ni ditimpa kejadian aneh…

kami semua lari ke ruang legar sekolah… ustaz dan penjaga asrama berdiri di depan kawasan rumah sambil membaca sesuatu…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

malam tu kami tak tidur di rumah banglo tu… sebab dah terlalu takut.. kami semua ditempatkan di rumah Mak Ngah dan Pak Ngah.. ayah kepada pengetua sekolah…

Alhamdulillah, kejadian tu tak menyebabkan seorang pun dari kami histeria… syukur sangat-sangat..

tak lama lepas tu baru kami dapat tahu, dulunya rumah banglo tu ada sepasang suami isteri tinggal kat situ… ntah macam ntah masalah keluarga kot.. kalau tak silap Ammi, suami dia bunuh diri dengan menggantungkan diri di dalam toilet yang ada kat bahagian dapur tu..

munkin roh dia tak tenteram kot… ye la.. korang pun tahukan.. sesiapa yang bunuh diri, rohnya akan berulang kali melakukan perkara yang sama dia buat tu sampai la kiamat nanti…

semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

lepas kami berpindah ke rumah baru, kami tak diganggu lagi dengan benda-benda aneh…

selera makan pun makin dasyat… senang kata perut sentiasa bahagia…

~~ TAMAT ~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: