Meronggeng @ Genting Highland

2 February 2011 – Rabu

Meronggeng????… hehe.. yeee~~

hari tu Ammi pergi “meronggeng” kat Genting Highland… best wooooo~~ (jakun ni..) al-maklum la setelah berbelas-belas tahun tak pergi…

kira ok la kan meronggeng kat sana daripada Ammi pergi meronggeng kat Disco ke, atau dekat Kelab-kelab malam kan…  buat maksiat je… hehe

Ammi pergi bukan sorang-sorang.. tapi pergi berlima… adik-adik Ammi pun pergi jugak… hehe.. Ammi, Epan, Bard, Sowen & Wawa…

perjalanan dari Kuala Lumpur hanya mengambil masa dalam 1 jam sahaja..

yang menariknya kami naik “Tabby”.. walaupun kami semua badan comel-comel, tetapi!!! Tabby telah berjaya membawa kami semua ke Genting Highland.. jangan main-main haaa~~ “credit to Tabby”..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Ammi park kereta di perhentian pertama, sebab nak naik cable car…park kereta kat cable Car ni free sahaje…

tak best la terus naik atas kalau tak dapat rasa naik Cable Car/ Genting Skyway ke puncak Genting..

jauh perjalanan ke atas dalam 3.38km.. agak jauh sebenarnyar, mengambil masa dalam 20 minit macam tu la..

Lift Gondola ni jugak adalah yang terlaju di Asia Tenggara… tapi memang betul pun.. Ammi tak penat nak tunggu cable car tu datang.. sekejap je dia dah sampai.. hehe..

Perjalanan ke atas puncak memang best.. cuaca memang sejuk pagi tu…

Tiket tak mahal… korang boleh beli tiket pergi dan balik sekaligus…

RM5.00 : Pergi

RM5.oo : Balik

Counter tiker outdoor..

masa Ammi datang sini harga tiket untuk outdoor RM46.00  ( with IC )

cuaca masa ni sangat best.. kabus tebal la jugak..  masa ni dalam jam 8.30 pagi..

by the way, masa ni outdoor ditutup sebab kabus tebal…  bahaya untuk pengunjung..

tapi korang jangan la risau sangat sebab outdoor ni bergantung cuaca… kalau pagi kabus tebal, tiba-tiba tengahari cuaca ok, outdoor ni akan dibuka.. jadi dia tak menentu time operasi tu…

sampi-sampai je, pergi makan dulu, padahal sebelum datang dah breakfast dah..nasi kerabu lagi..  cuaca sejuk la katakan…

harga KFC di Genting ni agak mahal berbanding KFC di bawah…

Harga tiket Indoor Ammi tak pasti berapa ringgi sebab masa kat sana Ammi beli tiket single-single Ride.. sebab tak main semua pun so malas la nak beli package indoor…

tak tahu game apa benda ntah nama dia..

Rio Float ni tak sempat naik.. hehe

Children Ride..ada banyak lagi kat dalam tu tapi tak ambil gambar pon..

Euro Express.. yang ni tak boleh blah sekali… harga RM8.00, sekali pusing dah habis… sekejap giler nak mampos~~

baru feling feling  nak jerit tetiba dah kena turun..  menyesal aku beli…  tapi kalau beli pakej indoor maybe berbaloi la kot.. sempat la nak jerit untuk second round.. kikiki

Yang ni memang best… tayangan hari tu cerita pasal tuan kucing ni ajar kucing dia naik jet sorang-sorang..

memang mantap… tapi Ammi nak bagi tips, kalau nak rasa keseronokan 4D ni, korang duduk depan sekali.. baru terasa best…

tapi kesian.. ada “”seseorang tu”” tak dapat menikmati keseronokkan 4D.. kesian kat dia.. kan Epan kan kan~~… hehehe

Snow World

yang ni pun antara aktiviti yang korang kena buat jugak..

tapi Snow World tak masuk dalam pakej Indoor.. kena bayar asing..

Harga :

RM20.00 (with IC)

kalau korang nak masuk Snow World ni, ada beberapa tips yang korang kena ikut cakap Ammi… iaitu~~

1. pakai kasut sendiri..

2. kalau tak nak bawak kasut pun korang bawak stokin sendiri

3. bawak duit syiling (  50 sen x 2  ) untuk loker simpan barang..

p/s :

ini punya nasihat sangat penting.. kalau korang tak ikut cakap Ammi korang pasti menyesal… hahaha

kat dalam snow world ni tak dibenarkan ambil gambar sebab diorang ada jurugambar diorang sendiri..

lepas dah menggedik kat dalam snow world ni boleh la claim gambar kat counter luar..

TETAPI… claim gambar kena bayar… kalau tak silap Ammi… 4R + 8R = RM30

sangat mahal la… Ammi bukan nak merungut sangat.. kualiti gambar pun tak bagus so jangan la caj mahal-mahal sangat..

Ammi terpaksa adjust sendiri gambar-gambar ni suapaya nampak lebih jelas.. maaf la Ammi terpaksa kritik untuk pertingkatkan kualiti korang & kepuasan pelanggan…

gambar kat bawah ni pulak semua outdoor..

DinosaurLand ni Ammi tak sempat naik sebab ramai giler orang…

Space Shot ni pun tak boleh naik sebab dah 2 minggu dia tutup.. korang tengok la cuaca kat belakang tu.. kabus tebal..

Grand Prix Fun Kart.. yang ni Ammi tak bernafsu nak naik..

Cyclone pun tak sempat naik jugak..(yang sebenarnyer cuak)

benda merah pusing-pusing ni nama dia Matahari…  dalam dia cukup kecik.. korang tengok la Ammi duduk macam mana… macam tin sardin.. Peha bertemu Peha kot…

yang ni Ammi tak tau nak cakap apa… gelap gelita je perjalanan…bila capture gambar guna flash, baru tahu ada benda kat dalam tu.. haha..

Spinner.. yang ni Ammi suka sangat… tapi pening sikit lepas turun.. game ni korang terasa macam selamat sangat..  so boleh naik lagi lepas ni..

Monorail Caterpiller ni sesuai untuk semua peringkat umur… kalau nak santai-santai memang sesuai…

sementara tunggu si sowen dan Wida pergi cucuk duit, Ammi sempat la jugak naik Carousel kat outdoor punyer… Ammi naik wunta la wunta wunta~~~

Sebelum balik, sempat la jugak naik Antique Car.. ni pun best jugak.. suke suke~~

dalam jam 6.00 petang kami dah bertolah balik.. terpaksa balik awal sebab Epan nak buat sedikit persiapan majlis tunang Nana El…

pemandangan genting skyway masa balik memang terbaik… memang cantik sangat…masa tu dah nak senja… so nampak cahaya-cahaya yang terpnacar dari celah-celah awan.. “Ray of Light” sangat cantik

overall kat sana Ammi tak sempat jalan-jalan habis.. 1 hari memang tak cukup.. insyallah jika di izinkan Allah boleh la jejakkan kaki lagi ke sana…

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

3 responses to “Meronggeng @ Genting Highland”

  1. Epan says :

    Nak pegi lagi nak pegi lagi nak pegi lagi.. haha.

    Kali ni kene naik sume ride. Aritu pegi time kite masuk da lewat sebab ride bukak lewat kan. This time kite g awal, dok sehari atas tu naik sampai muntah. Haha.

    Kecewa ngan 4D. Tetibe rase nak buat Lasik.. huuu…

  2. Ammi says :

    nak pergi jugak nak pergi jugak nak pergi jugak… huuhu..
    apa lg membership la… hehe
    tapi takot la nak naik semua… x cukup kekuatan lg…

    kata nak try contact lens.. try la dulu mana tau ok x yah buat Lasik… (n_n)

Trackbacks / Pingbacks

  1. Kena Culik Pergi Genting~~ (n_n) —> Suka » ammibear.com - March 7, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: