Tak Puas Hati Dengan TM Mengenai Voice Deal 68

assalamualaikum dan selamat petang…

Sempena Maulidur rasul ni, kalau boleh tak mau la cakap perkara-perkara yang boleh menyakitkan hati… dan menyinggung mana-mana pihak…

tapi entry kali ni Ammi nak buat la sedikit teguran dan nak luahkan sedikit ketidak puas hati Ammi dengan Pihak Telekom Malaysia.. ataupun dikenali sebagai TM…

Baru-baru ni Ammi ada terima bil TM beserta dengan bil Internet… seperti bulan-bulan sebelumnya.. Ammi akan terima benda yang sama.. itu semua tak kisah la.. memang Ammi maintain bayar setiap bulan sebab memang Ammi melanggan produk TM tu..

TETAPI… baru-baru ni dalam hujung bulan satu ke awal bulan 2 macam tu, Ammi menerima satu lagi bil tambahan dimana Ammi  tak pernah pun melanggan pakej ni…

Nama Pakej :

VOICE DEAL 68

PENYATA PENGESAHAN LANGGANAN PAKEJ VOICE DEAL 68 dimana Ammi perlu buat bayaran bulanan sebanyak RM68 dan sebarang pembatalan pekej perlulah selepas 6 bulan.. seolah-olah Ammi sudah bersetuju dengan kontrak ini…

Ammi rasa terkejut sangat sebab tak pernah pun melanggan pakej ni… bahkan tidak pernah menerima sebarang panggil tawaran oleh pihak TM… dan tanpa persetujuan serta tandatangan Ammi, pakej Voice Deal 68 ni telah pun di proses dan di sahkan oleh pihak TM..

untuk lebih jelas dan bukti.. disahkan oleh :

AZHAR MUSTAPHA

GENERAL MANAGER,

STATE CONSUMER SALES HEAD QUARTERS

TELEKOM MALAYSIA

bukti bahawa penyata di sahkan oleh pihak mereka…

account TM & Streamyx di rumah Ammi didaftarkan atas nama abg ipar Ammi… tetapi segala urusan memang Ammi yang uruskan.. senang kata, Ammi yang guna khidmat TM dan streamyx tapi yang pergi register pasang ialah abang ipar Ammi… jadi segala urusan pembayaran dan problem streamyx atau telefon memang Ammi yang uruskan daripada A sampai Z..

Ammi call TM 100..

Ammi dah tanya bagi masalah Ammi ni.. kemudian diorang check kat system diorang.. memang VOICE DEAL 68 ni ada dalam system diorang…

“kalau encik nak terminte akan dikenakan bayaran RM100…”

What The F*#$…..persoalannya… bila masa Ammi langgan?????

so dioarang cakap, diorang tak pasti pasal perkara ni sebab bukan diorang yang uruskan mengenai langgan Voice Deal 68 ni.. diorang cakap semua ni bahagian telemaketer.. fine~~~ diorang bagi nombor telemaketer suruh tanya diorang…

nombornya :

1 800 888 763

Ammi pun call la diorang… tak dapat call.. mungkin cuti chinese new year kot…

Ammi sabar lagi tunggu sampai hari isnin.. call diorang balik.. ammi tak ingat diorang angkat ke tak.. tapi yang pastinya hari kedua tu dapat berhubung dengan pihak telemaketer..

TIBA-TIBA~~ diorang cakap.. Voice Deal 68 ni bukan mereka yang uruskan sekarang ni… dan actually bukan Ammi je yang buat aduan pasal benda ni, tapi ada lagi beberapa orang yang call buat aduan.. so dia cakap dia tak terkejut la kalau ada aduan pasal  voice deal 68 ni lagi…

so.. takkan tak ada apa-apa tindakan…???

lepas tu dorang tolak Ammi suruh pergi ke TM POINT pulak.. sebab dia kata mungkin ada kekeliruan… fine~~~ sabar lagi…

esoknya…. Ammi pergi TM POINT di Ampang, berhadapan dengan Hospital Ampang Puteri…

jumpa la dengan pegawai diorang… ingat boleh settle.. tapi dia cakap…

“maaf ye encik… kalau nak buat pembatalan kena owner account yang datang sendiri.. atau pun dapatkan surat persetujuan daripada owner bahawasanya encik nak batalkan pakej ni dan bawa sekali photostat IC owner… kalau owner datang lagi senang.. ”

ok.. Ammi ingatkan dengan owner datang boleh la kami terminate tanpa sebarang bayaran…

Ammi bagi tau abg ipar Ammi pasal benda ni.. so dia pun pergi ke TM di TITIWANGSA.. dah buat aduan… tapi diorang cakap benda  ni dah run.. so encik kena bayar jugak la… masa di TM TITIWANGSA ni Ammi tak follow abg ipar Ammi…

jadi abg ipar Ammi yang cerita pasal benda ni… memang Ammi angin la satu badan….

lepas tu diorang bagi borang report kat abg ipar Ammi dan tulis complain kat borang tu…

Aduan di tulis telah diterima

tetapi… dalam surat bertulis tak ada tandatangan daripada pihak TM…  so macam mana??

dalam report bertulis tu abg ipar Ammi tersalah tulis sedikit pasal pakej streamyx… dia tulis Streamyx Blocbuster.. actually Ammi guna Streamyx Combo… tak kisah la Blocbuster ke.. Combo ke….. tak effect pun sebab benda tu tak ada kene mengena dengan VOICE DEAL 68.. sebab Voice Deal ni pasal pakej penggunaan talian telefon…

jadi.. aduan dah buat secara bertulis… dan Ammi takkan bayar Voice Deal 68 ni… kalau sampai bil bulan ni mengatakan kena bayar,

Ammi takkan teragak-agak untuk buat :

POLICE REPORT & ADUAN KEPADA PERSATUAN PENGGUNA

kerana…

Pihak TM telah menganiayai serta membuat pembohongan dengan pengguna TM

jadi ammi harap.. pihak TM sila bertindak cepat…. Ammi musykil… macam mana Azhar Mustpha ( General Manager ) untuk State Consumer Sales Head Quaters, Telekom Malaysia Berhad boleh meluluskan langganan Voice Deal 68 yang palsu…

dan jika benar pihak Ammi ada terima panggilan bahawa pihak Ammi bersetuju dengan pakej ini, sila keluarkan record rakaman perbualan kami…

Jika pihak TM rasa Ammi berbohong dengan cerita ini.. sila keluarkan kembali rakaman rekod perbualan Ammi dengan pekerja-pekerja dari pihak TM seawal bulan Februari 2011… Terima kasih

Please bertindak segera sebelum ramai lagi yang akan teraniaya!!!!!!!

Tags: , , , , , , , ,

8 responses to “Tak Puas Hati Dengan TM Mengenai Voice Deal 68”

  1. akma says :

    wooo..wooo..
    sabar bah😀
    hihi nie sume dorg nk market jer nie,yg menanggung nye cust.
    kol sana sini,tp dok putar belit ckp,fedup!

  2. Ammi says :

    akma..
    tak nafikan Ammi memang suka TM punya produk.. dan still pakai sampai sekrng.. tapi jangan la buat market tipu mcm ni…
    mencik mencik mencik i uolss~~~ heheh

  3. akma says :

    2la,prouct dorg mmg beest..kiterorg mmg da fedup ngan tm nie..
    kenkdg ader kes curik line phone pun dorg ignore jer..

  4. Ammi says :

    itu la… kesian kat diorng yg kena curi line tp x de apa2 tindakan… memng kesian… sepatutnya TM kena lebih prihatin pd kawasan luar bandar.. bukan sekadar dlm bndr sahaja… kami di luar bandar ni pun bukannya buta teknologi..

  5. akma says :

    pinggir bandar lah ammi,luar bandar da ase cm org asli lak..hikhik
    btul!btul! sy sokong statemnt ada..hihi

  6. Ammi says :

    kira terkeluar la jugak dr bandar kan.. ahahhah….

  7. Epan says :

    Rase cam nak lempang2 je si Azhar tu. Tah bile2 mase korang agree nak amek package ni. Gile melampau desperate.

    Ko report kat sini terus http://aduan.skmm.gov.my/

    TM ni mmg kekadang cam bangsat jek. Product derang streamyx je yg okay sket, tu pun sbb derang monopoly. klau broadband ni macam Telco dier punye saingan, da lame mampos streamyx ni.

  8. Ammi says :

    epan.. bukan rasa nak leampang.. rasa mcm nk p bakar je HQ diorang.. semua x guna…. tu la desperate sangt pon jangan la aniaya org sampai mcm tu sekali…

    sebab fikir pasal streamyx dia yg bagus tu je la yg masih x terminate lg internet ni…

    btw, thanx untuk link aduan tu.. memang kena buat report jugak… sebb bil pertama dh sampai rumah n kena bayar jugak macam mana pun… memng bangsat sangat…. geram geram~~

    jom sungai esok??? hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: