Mini Preparation 4 Michi

Untuk pertama kali nak bela kucing ni… preparation tu amat lah perlu….

bukan setakat Knowledge, tempat tinggal kucing pun perlu di ambil kira…

untuk rumah pertama Michi (my cat), ada laa~~ Ammi sediakan persiapan tempat tinggal ala kadar je… ikut kemampuan…

actually, Ammi ada servey kat pet shop dan kedai-kedai yang sama waktu dengannya…

amatlah mengejutkan.. harga sangkar agak mahal… sangkar saiz yang untuk seekor kucing pun mencecah RM70 ++…

jadi.. untuk plan ke dua, Ammi try cari melalui online…Ammi cari melalui website Mudah.my… cari punya cari, akhirnya jumpa la satu penjual ni.. nickname dalam Mudah.my, kalau tak silap ialah Awish Butique

untuk lebih senang korang nak cari, boleh la terus ke website diorang… just klik EMPAYARKU.COM

di website empayarku ni, korang boleh dapatkan harga sangkar kucing korang yang agak berpatutan…

sangkar ada dijual secara single dan juga secara pakej…

Ammi ambil secara pakej… iaitu :

1. sangkar saiz 24″ x 17″ x 20″H

2. makanan kucing

3. Pasir kucing (nyah bau)

4. spray syampoo

5. litter scoop

6. Bekas makan

Jumlah

RM80.00 + RM5 penghantaran

ini produk yang Ammi beli dari Empayarku…

sangkar ni kalau beli single harga dia RM45 (putih) dan RM48 (hitam)

Litter Scoop.. kalau nak senduk tahi kucing tu, tak payah la pinjam sudik mak korang lagi… eeuuwww~~

bekas makan kucing.. untuk anak kucing sesuai la kot… tapi rasanya nanti kena beli yang lain… hehe

bekas pasir… untuk kucing nak melabur…

pasir.. pasir ni unik sikit.. kalau kucing buang air besar kat atas pasir ni, bau tahi kucing tu akan ditukar dengan bau wangi.. hehe.. oo yee.. ada jugak sediakan dengan pewangi lemon… tapi mahal sikit la…

spray shampoo… bau dia memang superb wangi… suka jugak la bau dia.. tapi tak pernah spray lagi kat Michi so tak tau la kesan dia macam mana…

spray ni jugak boleh digunakan untuk haiwan-haiwan yang kecil macam hamster dan anak arnab..

makanan kucing Bengy

makanan ni Ammi tak tau la macam mana hasilnya.. jadi Ammi dah bagi pada Mek, kucing si Akma… hehe…

disebabkan susur galur si Michi  masa diorang ni masih kecil, diorang ni diberi makan makanan Whiskas Junior, bila dia mula dewasa Ammi akan tukar diet Michi kepada frieskies…

actually, makanan ni dibungkus dengan bungkusan plastik whiskas warna purple tu.. tapi Ammi dah masukkan dalam bekas tin biskut dan lekatkan panduan pada tin tu..

bagi Ammi, panduan tu penting untuk pembela-pembela kucing yang baru macam Ammi.. heheh…

Sebab apa Ammi ikut diet makanan susur galur Michi ni??

sebab… Ammi sangat berpuasa hati dengan bulu diorang yang gebu dan tak gugur…

sebab tu Ammi ikut je diet keturunan Michi supaya mendapat hasil yang sama…

so~~ kesimpulannya… Ammi excited nak ambil Michi 26 haribulan ni… hehe..

Tags: , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: