Archive | March 2011

Teaser Tasik Chini

Lepas selesai majlis pertunangan Ammi punya abang, Ammi singgah ke Tasik Chini.. kononnya nak pergi naik bot la nak pusing pulau-pulau kat Tasik Chini tu…sebab Ammi memang dah lama nak pergi sana.. cuma tak berkesempatan…

nak pergi ke Tasik Chini ni Ammi ikut Gambang, Pahang…

Pertama kali sampai kat sini pun, keinginan nak naik bot tu terpaksa dibantotkan sebab masa tak sesuai… dengan saudara mara lagi berkonvoi ke Tasik Chini ni.. dengan budak-budak kecik lagi.. dengan nak hantar adik ke stesen bus kat Kuantan nak pergi ke Kuala Terengganu la.. time-time ni la semuanya nak rushing… hohoh~~ memang tak sesuai~~~

keinginan nak naik bot terpaksa ditangguhkan.. tak tau la bila nak pergi pulak… tapi Ammi sempat la jugak ambil sedikit info untuk korang yang rasa nak pergi ke Tasik Chini ni…

mari tengok teaser~~

Entrance untama ke jeti..

lebih kurang macam lobi utama la~~ barangan cenderahati pun ada jual jugak kat sini..

cafe pun ada disediakan kat sini.. harga tak tau nak habaq sebab tak try order pun..

kalau korang nak bermalam kat sini pun boleh… resort ada disediakan.. betul-betul berhadapan dengan tasik.. macam biasa harga tak tau jugak..

Senarai harga nak naik bot… ada pekej-pekej tertentu.. (klik pic ni untuk gambaran lebih jelas)

sejarah Tasik Chini.. (klik pic ni untuk gambaran lebih jelas)

macam ni la serba sedikit rupa pemandangan Tasik Chini 2011….

insyallah.. Ammi akan letakkan info yang lebih banyak bila nak pergi kali kedua nanti…

Advertisements