Archive | May 2011

Kena Try Satar & Otak-Otak ni…

Dulu.. Ammi suka pergi pergi makan kat kedai Haji Satar… tapi setiap tahun Ammi pergi, sevice dia dah macam sampah dah… opsss… sorry…

tapi itu la kebenarannya… so bila Ammi tak puas hati, dah tentu la cari tempat lain….

ni Ammi nak kongsi lagi satu kedai yang sedap.. ada kat Kemaman, terengganu…

otak-otak dengan Satar dia memang sedap giler…. terliur pulak bila cerita ni…

Info Harga :

semua sama sahaja…

1 pinggan : RM5.00

Nama kedai ni Satar Otak-Otak 31 Geliga… kedai di tepi jalan jer… berhadapan dengan rumah banglo ni…

kalau nak pergi ke kedai ni kena ikut jalan yang ada tulis ke arah Pantai Teluk Mak Nik… nanti sampai satu simpang tiga, kalau nak pergi Pantai Teluk Mak Nik kena belok kanan.. tapi kedai 31 Geliga ni kita belok ke kiri.. nanti mesti jumpa punya..

dulu Ammi tak makan otak-otak Terengganu ni.. semenjak jumpa kedai 31 Geliga ni, terus melekat dalam hati.. memang sedap.. dengan rasa ikan fresh, pedas dan rempah dia memang complete..

yang ni pulak Satar…. 1st yang Ammi suka kat sini memang Satar dia la… terbaik dari ladang….

lihat la hasil santapan kami… hahahha… banyak giler… memang makan sampai kenyang…

Ammi memang sangat berpuas hati dengan kedai ni… kesedapan dia memang 5 bintang Ammi bagi….

kalau korang ada kat Kemaman. jangan lupa cuba otak-otak dan Satar kat 31 Geliga ni ok…

Advertisements