Cuti Tahunan @ Cherating 2011

Setiap tahun dalam bulan 4 hingga bulan 7 adalah antara bulan yang akan Ammi pergi bercuti ke Cherating setiap tahun…

jadi tahun ni Ammi memilih bulan 5 untuk ke Cheraing sebab tengok cuaca macam cantik je kan… heheh…

tu dia.. semangat Cherating 2011… macam biasa Tabby menjadi pilihan kenderaan untuk tahun ni.. hehe

semua orang pun tahu Cherating ni terletak di Kuantan, Pahang… sempadan dengan Negeri Terengganu…

Cherating ni menjadi tempat pilihan setiap tahun adalah kerana…

1. tempat yang sangat sesuai merehatkan kepala hotak dan bandan

2. bulan 4,5,6 dan 7 adalah bulan dimana banyak penyu naik kedarat untuk bertelur

3. tempat percutian yang murah dan menjaminkan kepuasan (untuk Ammi laa~~ untuk korang Ammi tak tau)

4. dekat dengan Kemaman, Terengganu

5. ada restoran Sea Food yang sedap dan harga yang berpatutan

6. boleh jalan-jalan 2 negeri sekali gus

7. ada makanan satar dan otak-otak yang sedap berdekatan dengan Pantai Teluk Mak Nik

8. dekat dengan Pantai Kemasik yang cantik

9. boleh beli keropok lekor yang sedap di Kemaman

10. banyak aktiviti sihat yang Ammi boleh buat kat Cherating

rasanya cukup la 10 sebab kenapa Ammi suka pergi Cherating… hehehe…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Macam biasa.. penginapan Ammi kat Cherating untuk tahun 2011 ni masih di Kampung Inn..

tapi kali ni Ammi dapat Chalet kecik sikit… sebenarnya dah book yang Chalet lama punya… tapi sedih.. disebabkan semakin tahun owner Kampung inn ni semakin kurang pendengaran dan ingatannya… maka tercampak la Ammi di Chalet yang kecik jer tahun ni…

yang penting harga masih murah dan chalet ada air-cond yer…. bilik air ada mamar dan bersih… tu yang paling penting.. huhu

ini la Chalet yang Ammi tinggal selama 3 hari 2 malam… harga murah sahaja… RM50.00 satu malam

sebelah dengan Chalet Ammi ni ada Chalet baru tengah buat… tapi yang baru ni memang 100% batu.. sesiapa nak pergi tahun ni ok la.. ada chalet extra..

Pemandangan yang tak berubah setiap tahun…

Pemandangan pagi yang memang cantik… masa ni orang pun tak ada.. Ammi sorang-sorang je kat Pantai masa ni..

Petang Sabtu dalam jam 5.30 petang macam tu, Ammi, Epan dan Hafiz pergi mandi manda kat pantai… petang tu orang agak ramai jugak la.. tapi peduli apa kan.. kita redah jer~~~

yang pastinya enjoy…. ada lagi beberapa aktiviti yang Ammi buat masa kat Cherating ni.. kalau nak tau, nanti Ammi update lagi ek…. buat masa ni dah cukup la dulu.. dah ngantok nak tidor… bye bye~~~ (n_n)

Tags: , , , , , , , , ,

2 responses to “Cuti Tahunan @ Cherating 2011”

  1. Muhammad Husni says :

    salam..boleh bagi no fon chalet yang tuan pergi 2 tak…no fon sy 0123364459

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: