1st Time @ Santuary Penyu, Cherating

setiap tahun Ammi pergi Cherating, setiap tahun tu jugak la tak dapat masuk Santuary Penyu ni….

tapi tahun 2011 ni, rezeki Ammi ada untuk melawat tempat  ni… by the way tempat ni macam muzium jugak… cuma bezanya dalam muzium ni semua pasal penyu…

sangat menarik untuk orang-orang yang meminati spesis hidupan laut ni… banyak yang boleh kita belajar dan memahami dunia penyu ni…

tempat ni tak jauh pun dari Cherating.. dalam 5 minit je dah sampai dah…

tiada sebarang yuran masuk dikenakan…. kat gambar ni korang boleh tau time tempat ni beroperasi dan cuti…

macam ni la rupa tempat Santuary Penyu ni… actually kat belakang tempat ni ada laut… cantik laut dia… tapi tak dibenarkan untuk bermandi manda.. mungkin sebab kawasan penyu mendarat kot… hehehe.. agaknyer la…

masuk kat dalam ni, korang kena buka kasut… buka kasut je tau.. bukan buka benda lain… dan tunggu la turn untuk mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran… hanya wakil sahaja di perlukan untuk pendaftaran… masuk adalah percuma.. (part percuma tu yang paling best…)

species Dugong… nama dia Dugong Dugon…

antara jenis-jenis batu karang yang ada di lautan… nampak macam dalam airkan???… tapi sebenarnya dalam balang kaca jer… heheh

kitaran kehidupan penyu diterangkan dengan jelas melalui papan carta dan jugak diorama… menarikkan.. kalau tak silap Ammi pelakon-pelakon penyu diorama ni adalah penyu yang sebenar yang telah di awet..

alatan yang diguanakan untuk kajian penyu..

antara penyu-penyu yang ada kat dalam santuary penyu ni…

yang atas meja tu Ammi tak pasti asli ke atau tak.. tapi kalau dipegang dan diperhatikan, Ammi rasa penyu ni telah di awet sebab tak nampak cacat celanya…

walaupun masuk adalah percuma… kita sebagai manusia ni bantu la penyu-penyu kat malaysia yang hampir pupus ni… bantuan anda boleh dibuat melalui tabung derma yang disediakan di hadapan pintu masuk utama ke dalam Santuary Penyu…kalau tak banyak sedikit pun jadi la…

jadi.. kepada mereka-mereka kat luar sana yang nak belajar atau nak buat kajian mengenai penyu ni, boleh la datang ke Santuary Penyu di Cherating Pahang… kalau nak bermalam boleh la bermalam di Cherating dimana korang boleh sewa dengan kadar harga serendah RM50.00 sahaja… tak rugi kalau nak timba pengalaman dan ilmu… (n_n)


Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: