Archive | June 2011

Mantoux Test

Hari tu kat tempat kerja Ammi ada satu kes salah seorang daripada staff kat situ telah disahkan Positive Tibi… kalau nama saintifiknya Mycobacterium Tuberculosis..

jadi oleh sebab itu, Ammi dan kawan-kawan yang sama department terpaksa la buat ujian saringan Tibi..

ujian ni simple je nak buat.. cuma yang tak bestnya bila proses nak masukkan sejenis cecair khas di bawah permukaan kulit tu, kita akan rasa pedih.. huhu.. memang sedap sampai nak jilat jari kaki…

proses ni memang rasa pedih la jugak.. tapi tak ada la sampai meraung.. rasa macam gigit semut. tapi gigitan version 2 3 minit punya.. sedapkan..

macam ni la rupa bila cecair tu dimasukkan…

lepas 2 hingga 3 hari.. dah boleh baca bacaan keputusan pada permukaan kulit…

macam ni la rupa kalau positive mantoux test… kulit akan mengelembung sehingga 2cm…

tapi jangan salah faham.. kadang-kadang nampak macam positive.. padahal kesan radang pada kulit tu jer.. so nampak macam ala-ala positive..

kesimpulannya.. jangan cepat gelabah k…

lepas Ammi buat Tibi Screening Test.. alhamdulillah.. memang negative…

Advertisements