Kg Air Kianggeh @ Brunei Part 3

Part 1 : http://ammibear.com/?p=3163

Part 2 : http://ammibear.com/?p=3178

lepas je check in hotel.. Ammi rehat-rehat kejap.. disebabkan masa Ammi di Brunei terlalu singkat Ammi terus keluar pergi satu tempat yang sangat menarik untuk Ammi.. iaitu Kampung Kianggeh @ Sungai Kianggeh

map kawasan keluasan Kampung Air Kianggeh… memng besar…

ada apa kat Kg Kianggeh ni..?? nak cerita la ni…

iniAmmi senaraikan apa yang dah Ammi nikmati di sepanjang Sungai Kianggeh…

1. Sungai Brunei

2. Tempat Kraftangan

3. Yayasan Kompleks

4. Masjid Omar Saifuddin yang berusia 51 tahun

5. Istana Nurul Iman yang mempunyai 1720 bilik yang diperbuat daripada 22 emas

ada lagi cerita-cerita salingan yang akan Ammi cerita kat entry ni… hopefully dapat memberi info sedikit sebanyak tentang keunikkan Brunei kepada korang untuk melawat negara jiran kita…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

sikit sejarah nak cerita mai…..

Mukim Kianggeh merupakan salah sebuah dari 38 Mukim yang terdapat dalam Negara Brunei, dan juga merupakan satu dari tujuh belas mukim yang terletak dalam pentakbiran Daerah Brunei Muara

Mukim Kianggeh boleh dibahagi kepada dua kawasan utama iaitu

1.Pusat Bandar Seri Begawan

2. Kawasan Bandar Seri Begawan

Kampung Kianggeh ni termasuk dalam Pusat Bandar Seri Begawan…

nak tengok macam mana tempat Kampung Kianggeh ni.. korang boleh tengok gambar-gambar yang Ammi sediakan ni…

semoga dapat memberi inspirasi untuk korang melancong ke Brunei… (n_n)

Dari Hotel Jubilee Plaza ke Kg Kianggeh ni tak jauh pun.. boleh jalan kaki jer…

Landmark nak ke Kg Kianggeh ni senang jer.. cari tokong cina ni.. kat Brunei ni ada satu je Tokong cina… jadi tak ada la pening nak cari…

pengangkutan awam.. sempoi dan comel..

Kampung Kianggeh ni sekali dengan Tamu Kianggeh… Tamu Kianggeh ni ialah pasar… pagi-pagi memang meriah kat sini… macam-macam ada…

antaranya:

burung ada, kura-kura ada, ayam katik ada… macam-macam lagi la yang ada…

actually Tamu Kianggeh ni tak jauh beza pun dengan pasar kita di Malaysia.. cuma bezanya, jenis-jenis makanan yang agak bebeza dengan kita…

yang paling menariknya… di Tamu Kianggeh ni ada jual barangan antik… ammi tak pasti untuk dijual atau galeri sahaja… tapi yang kagumnya ada gambar album dulu-dulu raja Brunei dan sampai la ke Piring Hitam lama-lama tu… hehe

pengangkutan utama ke Kg Kianggeh ni adalah dengan menggunakan bot..kereta-kereta tak ada yer… harap maklum.. dan perkhidmatan bot boleh korang dapatkan di Tamu Kianggeh ni..

masa ni memang teruja sangat nak naik bot ni… paling teruja tu ha.. baju putih tu.. hahahah…

kadar bayaran untuk satu bot ialah B$10.00 (Brunei Dolar)… kalau convert duit Malaysia dalam RM20++.

masa kat Kg Air Kianggeh ni, Ammi menggunakan khidmat seorang pemandu bot yang tinggal kat sini jugak… Ammi sangat berpuas hati dengan khidmat yang diberi.. sangat sporting dan sangat berpengetahuan tentang sejarah tempat ni..

kalau nak dapatkan khidmat beliau boleh la contact nomber ni untuk buat tempahan nanti…

Nama :

Encik Aslan Mohd

Contact Number :

+6738183489

Rate Harga :

Biasa : B$ 10.00

kalau korang nak pergi tengok monyet belanda boleh la buat penambahan bayaran iaitu :

Tengok Monyet Belanda : B$20.00

salah satu hal yang menarik kat sini ialah.. korang akan perasan air sungai di Kg Kianggeh ni tak ada bau hanyer langsung… tak macam sungai-sungai yang biasa kita pergi…

Galeri Kebudayaan Dan Pelancongan Kampung Kianggeh..

antara pemandangan perumahan atas air..

Penduduk di Kg Air Kianggeh ni lebih kurang ada dalam 30 ribu populasi… dimana terdiri daripada 20 ribu rumah dan 17 buah sekolah..

kat Brunei ni ada satu makanan tradisional diorang.. actually Ammi sendiri tak pernah makan.. nama makanan tu Amboyat..

kalau tak silap Ammi.. kalau ada event besar-besar diorang akan adakan kat sini… nama dia kalau tak silap Ammi lakan ialah Waterfront BSB…

banyak majlis besar besar selalunya buat kat komplek ni.. menarikkan..

Kelas tau.. papan iklan kat tengah-tengah sungai… korang ada?? haha..

dari Kg Kianggeh ni.. kita boleh nampak Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin..

teruja ambil gambar tengah-tengah kampung…🙂

salah satu masjid di Kg Kianggeh.. ada banyak lagi sebenarnya..

Kalau sakit tak yang nak pergi jauh-jauh.. klinik kesihatan pun ada kat sini..

dekat kg Kianggeh ni ada banyak sekolah-sekolah…ada 17 buah sekolah.. sekolah diorang nampak sangat cantik, unik dan yang penting ada air-cond yer… kelasss~~ ko ada??? swasta dapat la.. huhu..

di Brunei cuti mingguan untuk budak sekolah adalah pada hari Jumaat dan Ahad..

siapa student yang degil-degil tu, campak jer kat dalam sungai tu.. senang cerita..

dalam banyak-banyak sungai.. sungai apa yang ada stesen minyak…???

jawapannya : stesen minyak Shell Kg Kianggeh

terkedu kejap Ammi tengok ada stesen minyak kat tengah-tengah sungai…

M.I.S.T.I.K

masa zaman dulu-dulu.. ramai orang kampung buang bayi uri a.k.a plasenta bayi di kawasan ni.. jauh sedikit dari kawasan perkampungan..

kawasan pembuangan palsenta bayi ni Pulau 3 Rumah Sabongor

dikatakan dulu kawasan ini agak keras dengan makhluk-makhluk halus..

tapi zaman 2011 ni dah tak ada dah orang buang uri bayi kat sini…

tapi… cuba korang perhatikan bungkusan yang tergantung-gantung tu.. masih cantik dan bersih bungkusannya.. huhuhu.. serammm~~~

Pemandangan senja di Kampung Kianggeh ni sangat la cantik, tenang dan damai… masa dalam jam 5  petang lebih macam tu.. kalau tak silap la..

kat sini waktu solat Maghrib awal iaitu pada 6.20pm… solat isyak dalam jam 7.45pm

kecantikan, keindahan dan ketenangan kat Brunei ni memang membuatkan Ammi betul-betul jatuh cinta dengan Brunei ni.. (n_n)

di Kg Kianggeh ni sama je macam atas darat.. bezanya kampung ni atas air dan pengangkutan utama mereka adalah bot..

tapi.. korang jangan salah faham.. mereka semua ni bukannya tak ada kereta.. tapi kereta-kereta mereka di letakkan di seberang sungai kemudian mereka akan naik bot untuk pulang ke rumah…high kelaskan life orang Brunei ni.. (n_n)

biasanya kalau diorang nak shopping tahunankan.. contohnya nak bukak sekolah ke apa ke.. diorang suka shopping kat Miri, Sarawak…

lepas pusing-pusing kat Kg Kianggeh ni.. kami rehat sebentar bersama kit kat.. nak tau Ammi pergi mana malam tu.. tunggu cerita Part 4 pulak..

p/s : maklumat dan cerita pasal Kampung Kianggeh ni Ammi akan update kemudian.. harap bersabar yer..

Tags: , , , , , , , , ,

7 responses to “Kg Air Kianggeh @ Brunei Part 3”

  1. Nasri J says :

    Ammi try letak link from google maps.. baru leh nampak beso x beso kg Ayer tuh..🙂

    View Larger Map

  2. Ammi says :

    abg nasri J..
    ermm.. briallant jugak idea abg nas tu.. insyallah nnt ammi re-update balik pasal kg air ianggeh tu ek…

    thanx a lot untuk cadangan itu.. sangat membantu.. heheh

  3. Mai nem hu says :

    i accidentally come across ur page n im Bruneian. U got few fact wrong in dis entry. Juz for example d kg air is not name kg kianggeh but infact has lots of name, d green mosque is located @ Kg Sungai Kebun, d petrol station is located @ Kg Sungai Lampai. Nway, u shud hav local guide 2 show u around nxt time n also shud try ambUyat😉

  4. Ammi says :

    thanx Main nem hu…

    ammi just gave info what i known.. but thanx tu support my blog k…

  5. Akay says :

    hmm.. pembetulan buat kompleks kiulap ialah ”Waterfront BSB” & gambar bagi Istana Nurul Iman bukan gambar sebenar. itu adalah Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. dan nama sebenar Istana ialah ‘Istana Nurul Iman’

Trackbacks / Pingbacks

  1. Night mood @ Brunei Part 4 » ammibear.com - July 28, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: