The Royal Regalia Building @ Brunei Part 6 (Final)

part 5 : http://ammibear.com/?p=3245

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.

Dalam Brunei Part 5, Ammi ada sebutkan sekit pasal lambang kebesaran Sultan Bruneikan… jadi tempat yang Ammi maksudkan tu ialah The Royal Regalia Building (TRRB)

Di TRRB ni adalah sebuah tempat simpanan Alat Kebesaran Diraja… dibuka pada 30 september 1992 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’Izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negeri Brunei Darul Salam..

ada macam-macam kat dalam TRRB ni… antaranya

1. Pameran alat-alat kebesaran diraja (Perpuspaan, 1968)

2. Galeri Pameran Diraja

3. Galeri Pameran Jubli Perak

4. Galeri Pameran Sejarah dan Perkembangan perlembagaan Negara Brunei Darul Salam..

untuk pengetahuan korang.. kat sini hanya kawasan utama / hadapan jer yang boleh kita bergambar… selebihnya tak boleh ambil gambar…

jadi tak banyak la gambar yang ada… tapi korang boleh pergi ke link yang Ammi bagi ni untuk lihat gambaran dengan lebih jelas…

SILA KLIK SINI

didalam TRRB ni kita tak dibenarkan

1. Hisap Rokok

2. Makan dan Minum

3. Pakai Kasut

4. Membawa Bag

oleh sebab tu… tempat simpan kasut disediakan dibahagian luar bangunan dan selepas membuat pendaftaran, korang akan dapat kunci loker untuk simpan bag yang korang bawak….

WAKTU BEROPERASIi :

ahad – khamis

9:00am- 5:00pm

Jumaat

9:00am – 11:30am & 2:30pm – 5:00pm

sabtu

9:45am – 5:00pm

P/S : pintu akan ditutup 30 minit sebelum berakhir waktu lawatan

masa nikan… ada oran tu, tiba-tiba jer terselit kat bawah Ammi tu hah… hahaha… yang syoknya berlaku secara spontan pulak tu.. nak tau siapa orang tu??? KLIK SINI

dah macam adik beradik dah ni…. hehehe

kat dalam TRRB ni, memang luas, cantik dan sangat bersih… kat dalam ni Ammi rasa dah macam jalan-jalan dalam istana dah sebab penjaga-penjaga kat sini semuanya macam berpakaian istana… i love it so much…

kalau korang nak tau sesuatu cerita mengenai sejarah kat dalam ni, boleh la korang tanya pada mereka… don’t worry.. mereka sangat ramah dan sangat berpengetahuan mengenai sejarah Brunei ni…

Lepas pusing-pusing kat dalam ni, Ammi pergi lunch sekejap di salah sebuah complex di Bandar Seri Begawan ni.. nama dia tak ingat la… hehe.. lepas tu terus balik hotel dan siapa-siap ke terminal feri untuk berangkat ke Labuan, Sabah…

memang sedih sangat bila dah nak tinggalkan Brunei dan orang-orang tersayang… tapi nak buat macam manakan.. rumah Ammi di Malaysia.. bukan di Brunei.. ada rezeki nanti boleh pergi lagi…

SAYONARA BYE BYE  BRUNEI…

Tags: , , , , , , , , , , , ,

2 responses to “The Royal Regalia Building @ Brunei Part 6 (Final)”

  1. Nana says :

    Salam.menarik info ni. Saya d labuan skrg.teringin sgt nak bercuti sekejap ke brunei, 3hari 2mlm cukup ka masa ni?hehehe..hotel yg berhampiran terminal fery ke labuan ada ka tu?

    • alifsobry says :

      kalau di labuan tu satu malam pun dah cukup.. sebab tak ada apa sangat di sana… tapi seafood u kena try sebab murah dan sedap…

      kat sana banyak teksi.. dan kecik jer kawasan dia.. senang nak dapatkan teksi ke terminal//

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: