Labuan @ Part 1

Selama ni Ammi tak tahu pun dari Brunei boleh pergi ke Kota Kinabalu menggunakan laluan laut dengan menaiki feri di Terminal Feri Serasa… ingatkan boleh naik flight sahaja.. rupanya banyak lagi pengetahuan umum yang Ammi tak tau sebenarnya….

betul la pepatah mengatakan.. “JAUH PERJALANAN LUAS PERMANDANGAN”

perjalanan dari Brunei ke Labuan kalau tak silap Ammi dalam 1 jam lebih macam tu…. tak berapa ingat…  Ammi menaiki perkhidmatan Feri Ekspress Ming Hai… pergi ke terminal terus jer beli…

banyak perkhidmatan feri disediakan.. cuma bergantung pada masa pilihan yang kita nak naik… jadi masa tu Ammi naik jam 3.30 petang.. dan pada masa tu pulak hanya Ekspress Ming Hai jer yang ada… belasah jer lakan…

harga tiket dalam B$15.00 dan caj service poenumpang dalam B$2.00

kebetulan… masa tu feri ni ada masalah teknikal dimana mengalami masalah air-cond yang tak dapat berfungsi… mula-mula tu macam ok la… tak ada masalah punya.. lagi pun bukannya lamakan… kononnya nak positif la..

dah lama-lama tu memang macam mandi la kan… dengan tingkap pun tak ada laluan udara.. perggghhh… memang terseksa masa tu…

korang tengok mamat yang tengah buat urusan jual beli ni… berpeluh peluh kot~~.. kat bahagian tangga tu dah ada orang mula bertenggek.. ni masih baru jer.. tak bertolak pun lagi dah rasa bahang aura kepanasan dalam feri ni…

tapi ada hikmah di sebalik kejadian… Ammi dapat lepak kat pintu masuk feri sambil menghirup udara laut yang segar dan melihat mepandangan laut yang sangat cantik….

masa ni memang terbaik dari ladang.. sepanjang perjalanan memang Ammi duduk di sini sahaja… sambil berborak-borak dengan dua orang abang ammi..

sampai jer kat terminal Labuan… semua orang kalut nak keluar.. haiii… maklum laa… baru keluar dari sauna… huhu..

kat sini laut dia not bad… dan masa ada kat Labuan ni Ammi rasa macam orang asing.. sebab ramai Ammi lihat orang di Terminal Labuan ni macam orang luar,,,

itu semua tak penting,, apa nak ditakutkan.. Ammikan warganegara Malaysia.. kita redah saja kasi pecah…

kat terminal Labuan ni… pemeriksaan immgration di buat macam biasa bagi pelawat-pelawat dari luar Malaysia…

sampai sahaja di Labuan.. kami terus beli tiket feri ke Kota Kinabalu… sebab Ammi di Labuan hanya satu malam sahaja…

Lepas beli tiket terus ambil teksi cabut ke apartment yang kami sewa untuk satu malam…

pasal apartment dan aktiviti di labuan nanti Ammi cerita dalam part 2 yer.. dah tak larat nak taip la… ok tu jer untuk Labuan part 1 ni…

Tags: , , , , , ,

9 responses to “Labuan @ Part 1”

  1. Pakcik Kopi says :

    mmm.. best kan masa tuu… macam mandi kot dalam feri tuu… habis segala air keluar… hiksss.. ;p
    Tapi tak serik pun nak ke sana lagi,,, best gilerrr….

  2. Ammi says :

    pakcik kopi…
    memang x serik.. satu pengalaman yg mungkin orang lain x dapat… hangpa ada???? hahah

  3. Anuar says :

    bestnye.. bile agaknye bleh sampai labuan..

  4. Ammi says :

    anuar.. ada rezeki x kemana… hehe… (n_n)

  5. Harmoney says :

    Ada tak sekiranya tiket dari Brunei ke Labuan (Pagi), kemudian dari Labuan ke Kota Kinabalu (pagi atau petang)- kira One way ticket lah??. Berapa harga kesemuaannya??saya orang Brunei, dan merancangkan hendak pergi jalan-jalan.

  6. Ammi says :

    harmoney…

    secara detail ammi tak pasti la… mintak maaf sangat2.. kemungkinan tu ada.. sebab banyak jenis perkhidmatan feri disediakan.. cuma masa ammi tak pasti…

  7. Azra says :

    Salam.. tumpang tanye.. camne korang pegi terminal feri dari hotel? korang amik teksi ke, ke naik bas purple itu? kalau naik bas, nak naik bas no brape n tunggu kat mane..?

Trackbacks / Pingbacks

  1. Labuan @ part 2 » ammibear.com - August 24, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: