Archive | September 2011

Kota Kinabalu @ Part 2

part 1 : http://ammibear.com/?p=3330

Sampai di Jesselton Point terus  ambil teksi ke Hotel Promenade…hotel ni not bad.. memang best la jugak, sangat selesa… Seperti yang ammi beri tahu, Hotel ni berada lebih kurang di centre point of bandar KK… nak keluar jalan-jalan pun boleh jalan kaki.. tapi kalau jauh-jauh tu terpaksa la jugak sewa keretakan..

jadi ini gambar didalam hotel yang Ammi sewa… mungkin boleh jadi panduan untuk korang kalau nak menginap di sini..

tapi pic bilik ni Ammi ambil masa dah nak balik.. so bilik agak bersepah.. hehe

keadaan di luar hotel dan dalam lobi utama hotel…

Di Hotel Promenade ni juga ada sediakan perkhidmatan sewa kereta… harga boleh la.. Ami sewa MyV sahaja.. 3 orang saja..cukup la tu.. kalau korang nak sewa kereta boleh terus pergi ke kaunter yang seperti di dalam gambar ni.. tak jauh dari lift utama.. Ammi ada sediakan juga senarai harga sewa kereta..

Ammi duduk standard room saja… hehe.. tapi puas hati la… bersih, kemas, cantik dan service diorang bagus…

Bilik hotel yang Ammi duduk berhadapan dengan pantai… dan korang boleh tengok sunset dari bilik..

lepas check in hotel semua, Ammi and the geng berehat kejap.. malam tu kami keluar pergi makan malam di pasar Filipin…

Advertisements