Archive | October 2011

Desa Cattle Diary Farm @ Kundasang/Ranau

Part 9 : Kinabalu Park @ Kundasang/Ranau

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Desa Cattle Diary Farm… tempat ni memang terbaik la sepanjang Ammi berada di Kundasang/Ranau… bergantung jugak pada orang lain kan.. tapi bagi Ammi ni la tempat yang memang kena dengan jiwa Ammi…

kat Desa Cattle ni sebuah tempat yang berada di Mesilau, Kundsang Sabah… di sini adalah tempat dimana lembu-lembu New Zealand diternak… alaaa… lembu putih tompok-tompok hitam tu…

Cuaca di Mesilau ni jugak sejuk sebab ia berada di atas bukit… dan pemandangan memang cantik… tak putus-putus mulut memuji kebesaran Ilahi… subahanallah memang sangat indah…

Bayaran masuk dikenakan bagi setiap kepala.. harganya tak mahal…

RM3.00 perhead (dewasa)

RM2.00 (kanak-kanak)

ada jugak orang cakap sebelum ni tiket di Poring Hot Spring boleh digunakan untuk masuk Desa cattle ni… tapi sebenarnya tak boleh pun… hanya boleh digunakan di Kinabalu Park sahaja…

jadi korang kena la beli tiket lain untuk masuk.. alaaa RM3.00 jer takkan tak mampukan…

Kat Bord coklat ni dah ada senarai harga yuran masuk ke Desa Cattle…korang buat bajet siap-siap ok… jangan lupa bawak kamera.. kalau tak rugi~~rugi~~

ini bahagian luar kandang… lembu-lembu dibiar bebas kat padang rumput.. memang gemuk-gemuk… rumput-rumput pun segar…

kat sini korang boleh tengok proses memerah susu dilakukan… ruangan khas disediakan untuk pengunjung-pengunjung yang nak tengok lembu-lembu ni…

Sebelum Ammi sampai sabah.. kawan Ammi dah sampai dulu beberapa hari sebelum Ammi sampai.. dia cakap tempat lembu ni bau busuk sampai pening kepala dia dan isteri dia….

tapi masa Ammi kat sana tak ada la pulak bau busuk yang melampau… mungkin sebab suhu yang sejuk jadi kurang bau busuk tu… kotttt~~ andaian Ammi jer la… tak tau la betul ke takkan… hehe

kalau dah sampai kat sini,, jangan lupa rasa susu segar dari ladang yang hanya dijual di Sabah sahaja… tak dapat kat semenanjung…

harga sangat murah.. hanya RM2.00.. ada disediakan dalam 2 jenis… satu susu segar dan satu lagi yang dah dicampur dengan koko khas bagi mereka-mereka yang sensitif bau susu dalam minuman susu segar…

tengok lembunyer kejap jer… ambik gambar yang lama… maklum la.. tak tau la bila tahun pulak nak datang sinikan.. hehe.. tapi Ammi memang puas hati 100%… anda bagaimana??

actually lepas balik dari Desa Cattle ni, Ammi nak pergi Memorial War.. tapi tak sempat sebab cuaca dah gelap… korang tengok la cuaca dalam pic kat atas ni..sure korang takkan pergi… silap haribulan memorial War pun dah tutup…heheh

perjalanan di Kundasang/Ranau berkahir di Mesilau Desa Cattle Diary Farm… balik semula hotel di Kota Kinabalu.. masa on the way bali jer Disk Break Kereta dah buat hal… maklum la turun naik bukitkan…

tidur lena malam tu sebab esok pagi(ahad) nak pergi Island Hopping pulak… Ammi pergi Mamutik Island dan Manukan Island.. kat sana pun best jugak.. ada buat aktiviti yang seumur hidup Ammi tak pernah buat.. tapi di Sabah dengan beraninya Ammi buat… kalau nak tau tunggu cerita pasal pulau ni nanti ok… cau~~

Advertisements