Sabah Tea Garden @ Kundasang/Ranau

Part 5 : Kundasang / Ranau @ Kota Kinabalu

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Sampai sahaja di daerah Kundasang dan Ranau.. tempat pertama yang Ammi pergi adalah Sabah Tea Garden… kami sampai di sana lebih kurang jam 8.30 am..

perkara pertama yang Ammi buat disana adalah menyerbu restoran kat situ untuk mencekik sarapan pagi…

menu kat situ ada yang biasa yang kita boleh dapat di semenanjung dan ada yang tak ada di semenanjung… nanti korang tengok la sendiri menu nanti yer…

masa Ammi sampai sana, tak ramai orang lagi.. ada dalam 2 hingga 3 group jer.. memaang relax dan santai… tapi jalan nak ke Sabah Tea Garden ni.. haddooiii~~~ terasa jauh sangat dan berbukit bukit… walau apa pun Ammi enjoy..

Kawasan luar… tempat ni actually berada di atas bukit sedikit.. bahagian bawah tu baru jalan utama…

Ammi ada ambil gambar bila time operasi restoran,,, makanan kat sini not bad… sedap jugak… kuantiti makanan setiap hidangan pun banyak..

Jenis Hidangan yang disediakan.. dan ada tertera alamat tempat ni sekali… kalau nak lebih jelas… ** KLIK IMEJ UTUK LEBIH JELAS…

Pilihan Menu boleh korang tengok sendiri.. ada sekali dengan harga.. so boleh la bajet awal-awal,,, ** KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS..

ini ialah Tea Pancake… dicicah dengan madu asli… yang ini harga dia RM9.00… korang kena cuba pancake ni sebab memang terasa tea dia.. lembut dan sedap…

ini pulak chicken chop… harga dia RM22.00…. ayam dia besar dan rasanya Ammi suka.. sedap… tapi Akma tak suka… ermmm tekak masing-masing la kan… mungkin Ammi kebulur kot pagi tu.. semua rasa sedap…

tapi tekak Ammi ni cerewet… kalau tak sedap memang tekak Ammi buat perangai… tapi boleh telan dengan lahapnya.. maknakata benda tu sedap la kan…

yang ini Ammi tak ingat la nama dia apa… tapi ayam ni digoreng… pun rasa dia terbaik dari ladang….. ini kak Emie yang order.. Ammi tolong makan bagi habis jer.. nanti membazir… kan Kak emie.. kann kannn~~~ heheh..

yang ini pulak Ammi yang punya… Sabah Tea Chickenn Soup… sup ni di buat dengan air tea.. memang unikkan… dalam dia ada macam-macam bahan yang boleh menyihatkan badan… rasa dia pun sedap…. harga RM10.00..

maknakata pagi tu semua hidangan yang di pesan memang Ammi puas hati… semua sedap-sedap belaka…

Actually kan.. kalau korang perasan.. menu yang kami order ni bukannya menu sarapan pagi.. semuanya set lunch and dinner…padahal baru jam 8.30 pagi… kelassss sangat perut kitaorang ni kan… memang perut beruang… huahuahua~~~

sambil makan.. sambil menikmati pemandangan Gunung Kinabalu… memang cantik di pagi hari…siapa  nak photoshot tu memang sesuai…

**KLIK UNTUK IMEJ LEBIH JELAS…..

kat sini Ammi ada ambil gambar Tea Factory Tour Packages… so korang boleh tengok pakej harga kat situ untuk panduan bajet korang nanti….

kat sini juga ada kilang pemprosesan tea.. tak ambil gambar… lupa.. tapi kilang dia boleh tahan la…

ini pulak.. kalau sesiapa nak cari tempat kediaman.. boleh la refer board pada gambar di atas ni… so boleh pilih mana yang korang nak… nombor telefon pun ada… **KLIK IMEJ UNTUK LEBIH JELAS…

Kedai souviner juga disediakan… sesiapa nak beli buah tangan atau cenderahati untuk orang yang dikenang.. boleh la beli kat sini…

anyway.. bagi Ammi harga di kedai ni agak mahal bagi pengunjung-pengunjung dari malaysia sendiri… kalau rendahkan sikit lagi mungkin lebih banyak boleh beli… tapi Akma dan Kak Emie tetap membeli yer…Ammi tumpang pegang beg hijau tu jer…action jer konon-konon beli.. padahal haprak pun tak beli…huhuu..

habis sudah Sabah Tea Garden… lepas ni nak pergi Tagal Fish Spa.. nak main geli-geli dengan ikan kelah yang besar gedabak.. actually tak jauh pun dari Tea Garden ni,,, turun bukit dan korang terus belok kiri..  kalau tak jumpa memang korang pendek umur.. sebelah jer dengan Sabah Tea ni.. harap-harap boleh jadi panduan kepada pembaca…

jom-jom berspa pulak.. tunggu next story ek…

Tags: , , , , , , , , , , , ,

4 responses to “Sabah Tea Garden @ Kundasang/Ranau”

  1. akma says :

    hihi 1st kot bekpes ala2 omputih..kihkih
    naseb badan lah tekak pagi 2 xberapa nak pelahap~~
    untong lah orang tuuueee kannnnn~~haha

  2. akma says :

    harga brg2 kt situ mmg mahal kalau bukan product sabah tea..klau product sabah tea agak murah berbanding di KK..
    Yang penting tgok tempat yg dilawati lah kalau nak membeli,jangan beli kasot bola plak kat tempt sabah tea nie..mmg lah mahal kan..hihi

  3. Ammi says :

    akam..
    betul2… makanan sedap….

    masalahnya ada ke jual kasut kat kedai souviner tu…. huhu

Trackbacks / Pingbacks

  1. Tagal Fish Spa @ Kundasang/Ranau » ammibear.com - October 23, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: