Mamutik Island @ Kota Kinabalu

part 11 : Gaya Street (GS) @ Kota Kinabalu

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Untuk orang yang pertama kali ke Kota Kinabalu mesti Island Hopping  akan dimasukkan dalam salah satu aktiviti diorang.. dan ia juga akan menjadi salah satu  aktiviti yang paling korang teruja…. haha…

lepas selesai ke Gaya Street dan dah siap makan semua… saya dan yang lain-lain terus shoot ke Jesselton Point sebab nak pusing-pusing pulau…

di Sabah kita tak boleh buang masa.. “masa itu mutiara..” kalau lambat-lambat terlepas la banyak peluang nanti.. hehe

jarak Jesselton Point dengan Hotel yang saya duduk adalah lebih kurang dalam 10 minit sahaja… disebabkan aktiviti Island Hopping ni adalah hari ahad.. orang dikatakan agak ramai la jugak.. jalan pun agak sesak sebab hotel saya duduk berdekatan dengan Gaya Street…

kaunter pembelian tiket sangat banyak kat sini… pilih jer mana satu yang korang nak.. harga tiket setiap kaunter saya tak tau samada harganya sama atau lain-lain…

saya memang memilih APURA HOLIDAY TOURS… sebab di cadangkan oleh Hotel City Park Lodge iaitu hotel yang saya tinggal…dapat resit khas dari pihak hotel dan tunjuk pada kaunter nombor lapan (8) .. so dapat la price murah sikit…

untuk panduan harga.. saya ada ambilkan gambar senarai harga untuk 2011.. untuk tahun depan tak tau la kot-kot dah berubah kan…

korang boleh pergi 4 pulau… iaitu pulau Sapi, Mamutik, Manukan dan Gaya.. tapi di sarankan oleh pihak syarikat, korang pergi Mamutik dan Manukan sahaja la sebab pulau lain tu tak ada apa-apa pun… tapi kalau rasa nak visit semua pun boleh… tiada halangan…

harga boleh korang tengok pada senarai yang dah saya sediakan… untuk sewa equipment pulak, tak payah la korang nak sewa semua… cukup sekadar sewa MASK & SNORKEL dan LIFE JACKET… tikar semua tu tak payah pun tak apa sebab kat sana dah ada meja… kecuali kalau korang nak duduk bawah-bawah pokok feeling feeling hindustankan kena la sewa tikar sekali…

saya senaraikan kaedah pembayaran nak pergi island hopping tu.. senang sahaja…

1. pergi ke Jesselton Point…

2. buat pembelian tiket mengikut kaunter yang korang suka

3. pembayaran sewa peralatan, Tax dari pulau ke pulau dan yuran island hopping di bayar di kaunter pembelian tiket..

a. yuran island hopping

(bergantung seperti didalam senarai harga)

b. equipment rental

(bergantung seperti didalam senarai harga)

c. tax pulau ke pulau

RM3.00 (termasuk semua pulau.. sekali bayar)

4. caj boat akan dikenakan dan perlu di bayar di kaunter asing berhadapan dengan kaunter pembelian tiket

TARIFF FEE

RM6.00

SERVICE CHARGE

RM1.20

Total : RM7.20

selepas pembayaran semua dibuat.. saya diarahkan pergi ke jeti berjumpa dengan Ben…

Ben adalah mamat yang pakai baju biru memegang pen… bukan yang baju hitam tu yer…

ada al-kisahnya…. saya sampai kat jeti.. nak cari Ben la ni… orang masa tu ramai gila… dah la saya tak kenalkan.. so saya pergi la tanya ada dua orang mamat kat bawah khemah tak jauh dari jeti….bertanya la saya ka mereka ni..

dialog ni lebih kurang macam ni…

saya : “bang .. tumpang tanya… kat mana saya boleh cari Ben..”

mamat 2 orang : diam sekejap… kemudian bersuara… “Ben dah meninggal dik…”

saya : terkedu dan terdiam sambil memandang akma… “tapi kaunter kat dalam suruh saya cari Ben kat sini.. saya nak pusing pulau…”

mamat 2 orang : “oooo~~ Ben 10… dia ada kat sana tu… ingat cari Ben.. dia dah meninggal… “..

dengan confidentnyer cakap si Ben tu dah meninggal.. ayooo~~~ kami bantai gelak pecah perut… alahai… mamat dua orang ni pun.. dah nampak kami bawak beg segala,,, mesti la nak pergi pusing pulau,,, bukan nak cari orang mati… haddoiiinyer pun~~~ letih la weiii~~~

so lepas jumpa Ben ni dia yang uruskan segala peralatan sewa dan bawak ke boat..

Perjalana ke pulau tak jauh pun… tapi sakit bontot la jugak sebab terhentak-hentak dengan ombak laut.. boat laju gila.. tapi enjoy sangat… siapa yg 1st time naik boat tu  mungkin rasa takut sedikit..

actually jeti ni saya pun dah confuse yang mana satu Manukan.. yang mana satu Mamutik… tapi lebih kurang jer… kira halal jer la yer..

dah sampai kat sini korang kena tulis dalam buku pendaftaran…

di Mamutik Island ni saya tak buat apa-apa sangat.. hanya snorkling dan jalan-jalan kat pantai jer…  cuaca memang panas… tapi best la.. kulit hitam pun tarak hal punyer… janji kepuasan…

dah puas pusing-pusing kat Mamutik Island, shoot ke Manukan Island pulak… Boat sampai jeti Mamutik pada jam 11.00 pagi… jadi korang jangan la sharp 11.00 pagi baru pergi jeti… atleast 15 minit sebelum jam 11.00 pagi dah ada kat jeti.. kalau lambat nanti boat tinggal jer korang..  sebab masa-masa tertentu sahaja boat akan datang..

mengenai masa boat ke setiap jeti akan diberi penerangan semasa di kaunter pembelian tiket dan akan di tulis di belakang tiket jugak.. pastikan tiket korang tak hilang ok…

habis sudah kat Mamutik… lepas ni ke Manukan Island… cerita nanti la ek… penat la… cau…

Tags: , , , , , , , , ,

5 responses to “Mamutik Island @ Kota Kinabalu”

  1. Epan says :

    Waaaa bestnye.. nak jugak pegi sane. cantik gile air laut dier.. uhuhu

  2. akma says :

    haha ader plak jeti halal n hareeemmm~~

  3. Ammi says :

    epan..

    memang puas hati.. kalau ada kamera under water lagi best.. sebab ikan2 banyak… batu karang pun banyak… (n_n)

  4. Ammi says :

    akma…
    perumpaan jer…. sebab dah kompius dengan gambar sendiri… hahah

Trackbacks / Pingbacks

  1. Manukan Island @ Kota Kinabalu » ammibear.com - November 17, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: