Manukan Island @ Kota Kinabalu

part 12 : Mamutik Island @ Kota Kinabalu

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Antara 4 pulau yang ada di Kota Kinabalu, Pulau Manukan adalah pulau yang bagi saya paling famous jika dibandingkan dengan Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Gaya… ramai juga orang dan banyak mereka masa habiskan masa di Pulau Manukan..

di Pulau Manukan ni ada banyak aktiviti yang boleh kita buat… cuma duit jer yang tak berapa mengizinkan.. tapi saya tak melepaskan peluang mencuba satu aktiviti yang mana selama saya hidup, ini la kali pertama saya cuba..

Perjalanan dari Pulau Mamutik ke Pulau Manukan tak ada la mengambil masa yang lama.. sekejap jer dah sampai…. baju basah pun tak sempat kering.. hehe

masa ni baju dan seluar masih basah… hehe

Cantikkan pemandangan di Pulau Manukan… dan kawasan dia sangat luas… sebab tu la banyak aktiviti kat sini… ramai juga pelancong dari dalam dan luar negara…

Yang ni saya tak tau la tempat apa ni.. tak fokus sangat.. rasanya macam tempat massage kot… ntah la…

macam biasa la… kat Pulau Manukan ni pun aktiviti snorkling ramai yang tak lepaskan peluang… termasuk la kawan saya si Akma tu.. tapi saya malas dah nak snorkling…so saya pergi main Parachute… hehe.. best best…

kalau korang nak main Parachute… saya syorkan jangan beli pakej dari jeti sebab mahal… kalau tak silap saya di Jeti diorang buka harga dengan RM90.00… tapai kalau di Pulau Manukan hanya RM60 sahaja… beza RM30.00…

Antara aktiviti lain yang ada di Pulau Manukan… harga saya tak tau… servey sendiri yer… hehe

Masa ni teruja gila nak naik parachute.. pada masa yang sama takut pun ada juga.. sebab tak pernah naikkan…

tengah prepare nak naik ke udara dengan payung besar yang dipandu dengan boat… saya terujaaaaa weiii~~~~ hahaha

Konsep main parachute ni memang mula-mula tu rasa takut.. lepas dah naik kat atas, kita akan rasa best… lagi best bila selamkan korang dalam laut lepas tu tarik balik naik ke laut… gila la.. memang tertelan air masin aku… terasa pedih sampai kat hidung… hahaha..

tapi selepas banyak pengalaman naik tempat tinggi… masalah gayat saya semakin hilang… dan kesannya buatkan saya lebin confident kalau nak naik tempat tinggi…

Kami gerak balik ke Jeti Jesselton Point lebih kurang jam 3.00 petang.. balik hotel memang melepek kepenatan dan kepuasan… kulit tak payah cerita.. dah macam red indian dah… walau apa pun… saya memang puas beraktiviti Island Hopping ni.. korang kena try jugak walau macam mana sekalipun..

esok hari terakhir saya di Kota Kinabalu… tapi esok pagi masih tak melepaskan peluang mengisi masa dengan aktiviti sebelum ke lapangan terbang Kota Kinabalu.. saya sempat lagi singgah ke Loke Kawi di mana perjalanannya lebih kuran 18 kilometer dari Hotel..

nak tau apa ada dalam Loke Kawi tu.. tunggu cerita terakhir saya di Kota Kinabalu ok… cau..

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

8 responses to “Manukan Island @ Kota Kinabalu”

  1. akma says :

    santuary 2 tempat penginapan yg hanya ade kt Pulau Manukan rsanyer..hihi bukan rumah urut..kih3
    waH! amazing feel dapat naik paracute🙂

  2. Ammi says :

    akma..
    tu la check x tau.. nasib baik ada PA.. hahaha

  3. Akma says :

    hahaha PA foc kannnn~~tp xpe PA nie dapat Guard😛 wakaka

  4. Ammi says :

    akma…
    FOC la yg terbaik.. hahah

  5. wans says :

    salam to GKM, just nak tanya klu parachute tu kita beli packge kt jeti pulau just Rm 60 kan??? tp utk brapa lama??? sejam ker??

Trackbacks / Pingbacks

  1. Loke Kawi WildLife Park @ Kota Kinbalu (final) » ammibear.com - November 22, 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: