Jom Sertai Pertandingan Fotografi!!!..

2 November 2011 adalah tarikh keramat dan bersejarah yang sangat memberi impak dan kesan yang mendalam dalam hidup saya dan keluraga saya…

pagi-pagi lagi telefon saya berbunyi.. dapat panggilan dari adik saya dimana, saya diminta pergi ke Hospital Besar Kuala Lumpur di bahagia Risasitation atau pun nama lainnya dipanggil RED ZONE…

saya diberitahu adik yang ayah saya berada dalam kritikal… bagaikan roh saya di cabut dari jasad… hanya tuhan sahaja yang tahu…doktor pakar juga dah menyatakan yang mereka tidak boleh buat apa-apa lagi..hanya doa…

ayah saya disahkan mengidap Myocardiac Infaction… iaitu KEMATIAN OTOT JANTUNG… perpunca daripada rokok…

tapi alhamdulillah.. tuhan masih memberi peluang pada saya untuk berjasa pada ayah saya… ayah saya hidup kembali di saat nyawanya hanya tinggal 28 saat sahaja…  syukur alhamdulillah…

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

oleh kerana itu…  mari kita sama-sama tunjukkan pada dunia betapa bahayanya kesan rokok pada diri, keluarga serta masyarakat… oleh itu satu cara menunjukkan bencinya kita pada rokok adalah dengan mengadakan satu PERTANDINGAN FOTOGRAFI

  1. Pertandingan ini di buka kepada semua warga Malaysia
  2. Pertandingan ini di buka dari 22hb November 2011 hingga 10hb Disember 2011
  3. Setiap gambar haruslah menyampaikan mesej Tak Nak Merokok tanpa melibatkan sebarang rokok mahupun kotak rokok.
  4. Gambar yang hendak dipertandingkan mestilah tidak menyalahi tatasusila dan sensitiviti masyarakat Malaysia
  5. Setiap penyertaan akan dinilai bedasarkan 50% undian dan 50% dari pihak Kementerian Kesihatan
  6. Pihak kementerian tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerugian atau tuntutan untuk menyertai pertandingan ini
  7. Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan di layan
  8. Pihak kementerian mempunyai hak, mengikut budi bicara dan peserta bersetuju bahawa pihak kementerian boleh menggunakan semua nama, foto, dan maklumat penyertaan peserta/dan pemegang tanpa perlu mendapatkan apa-apa persetujuan atau tanpa apa-apa bayaran kepada peserta atau untuk tujuan publisiti, pengiklanan dagangan atau promosi dalam apa-apa media.
  9. Pihak Kementerian adalah tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa maklumat yang tidak betul atau tidak tepat yang telah dihantar oleh pihak peserta dan tidak boleh dipertanggujawabkan ke atas apa-apa kesilapan, ketinggalan, gangguan, pemotongan, kecatatan, kelewatan dalam operasi atau transmisi kegagalan litar komunikasi, kemusnahan, virus dan sebagainya.

Semua foto, maklumat peribadi dan nama yang dihantar dalam Pertandingan ini, cap perkhidmatan, nama dagangan dan cap dagangan adalah harta kepunyaan Kementerian Kesihatan.

semua syarat dan terma dah pun saya lampirkan bersama… hadiah pun tak kurang hebatnya…

jadi mari sama-sama kita menyokong dan memeriahkan lagi perntandingan TAK NAK MEROKOK ini…

mari sama-sama kita membantu menyelamatkan nyawa… peace..  (n_n)

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: